Saturday, July 31, 2010

686 ~ Kesibukan hari ini....


Rancangan banyak bertukar disaat akhir.
Awalnya pagi-pagi akak dan suami hendak ke Pasar Tani di Mardi, Serdang selepas bersarapan berdua-duaan di Tepian pantai yang permaiBangi. Tapi bila suami mendapat tempat untuk kursus yang agak penting berkaitan dengan tugas... semua rancangan di tukar.

Akak tidak kemana-mana pada paginya sebab dah takder tukang angkat barangsuami dan anak yang selalunya membantu untuk menyorong bakul sewaktu tugas memetik sayur, menangkap ayam, itik, lembu, kambing dan menangkap ikan, udang, ketam, sotong.... Hajatnya esok jika ada kelapangan sedikit di sebelah pagi sebelum akak berpesta di majlis reunion dengan kenkawan senior dan junior.... YEY>>YEY>>YEY ....

Anak yang dah jadi macam anak bujang kami ada Qiamullail di surau berhampiran sekolahnya. Maka sejak petang semalam, qeeb sudah berada di sana hinggalah tengahari ini. Tepat pukul 12.00tengahari akak pun berkejar ke Surau Al-Kausar menjemputnya pulang.

Sopan sungguh anak dara akak keluar dari surau.... Amin...


Sopannya....


Soalan pertama dari ibunya yang merindui anaknya sejak semalam...
' dah mandi?????....'
terus di sapunya minyak2 dimukanya....


Kami terus ke rumah kakak akak yang sekarangnya dah jadi macam kakak yang sulong. Kakak yang sulong telah 8 tahun meninggalkan kami akibat kanser. Kak Yah (bertudung biru pekat) menjadi kakak sulong buat kami... Pengantinnya bertudung biru muda.... Rafiza adalah anak perempuan bongsu pada kak Yah.


Tiga sepupu dari 3 adik beradik perempuan keluarga Mohd Zin....


Kakak, anak dan anak saudara....


Selepas puas duduk-duduk dan bual-bual... (kami adalah antara yang lambat tiba sebabnya pengantin nikah pukul 10 pagi...) kami tiba jam 1 tengahari...

Kemudian akak kerumah adik perempuan akak, kiranya adik perempuan bongsu yang tinggal berdekatan dengan rumah kakak akak. Duduk berbual-bual dengan emak kami yang juga turut serta.. Emak menyatakan sejak semalam dia terlupa makan ubat, maka kami dengan menaiki kereta adik perempuan akak ke rumah emak untuk mengambil ubat. Olehkerana ini adalah pertama kalinya akak menaiki kereta yang dipandu oleh adik akak... akak mengabadikannya dalam kenangan.... 46 tahun wooooo... tunggu ini adik bawa kereta....

Keselamatan menjadi keutamaan.... talipinggang....


Cermin pandang belakang....
(terasa macam jadi pemeriksa JPJ pulak....)
Adik ni gabra kot....



Bukti dah naik kereta yang di pandu oleh Puan Maria...


Kalau ikut piawaian JPJ.... pemandu ini memang menepati piawaian yang ditetapkan....
cakap lansung tak pandang sebelah...
terus saja pandang depan...



Sesekali bila berkumpul adik beradik memang seronok..... macam-macam yang dibualkan...
selalunya ianya terjadi kalau tak berjanji...

8 comments:

  1. Wahhh... sungguh seronok wpun sibuk. Yang pasti, ahli keluarga sentiasa tersenarai dalam agenda harian.

    AKAK ada bakat jadi Guru Sekolah Memandu. Hehehehe!

    ReplyDelete
  2. seronok jumpa adik beradik kan?
    akak anak akak chantikkk... ;p

    ReplyDelete
  3. Azie...
    Hahahahahahaha....
    suami akak dah menggelarkan akak JPJ..
    azie kata akak guru sekolah memandu...
    (Garang sangat ke akak ni????)hihihihiihihi...

    ReplyDelete
  4. Sya...
    jumpa adik beradik dan emak memanglah sesuatu yg menyeronokkan...
    banyaklah yang hendak diceritakan....
    (akak dah boleh cakap minang dengan mereka... satu kemajuan....)

    ReplyDelete
  5. salam akak..
    seronok kan bila berkumpul...mcm2 ragam...penat tp best.
    semalam ida balik melaka, mak dgn abah masak kat surau di rumah nenek di ketapang,pernu..dusuk besembang ng nenek..kemudian nenek sorg lagi dr JB sampai...eh...dah ramai2 rasa mcm hari raya pulak..

    akak dtg rumah mak ida raya nanti tau....

    ReplyDelete
  6. ida..
    rajinnya ida balik kampong... tapi puashati kan bila melihat ibu dan ayah gembira melihat kepulangan kita, rasa berbaloi sangat....
    Insya'Allah raya nanti saya sampailah di rumah ida...

    ReplyDelete
  7. Tindakan Akak memotong-kensel ayat2/perkataan2 tertentu dlm n3 ni sgtlah mengundang rasa cuak yg menebal di ati sanubari I..

    U tanak ke tanya I "dah mandi?".. Tanyalah Akak, tanyalaaahhh..

    ReplyDelete
  8. Ja...
    janganlah meluaskan lagi imaginasi mu ya dinda ja...
    Jika ditanya pun.. jawapannya tetap sama....
    ' ayaq mahai... sayang nak baziaq ayaq... '

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata