Wednesday, July 14, 2010

656 ~ Cerita lama-lama dulu....


Sewaktu akak kecik2.. dan sedang membesar... arwah mak akak mempunyai 5 buah rumah sewa. 2 miliknya dan 3 lagi milik adik bongsunya. Penyewa yang menyewa rumah kami itu berasal dari seluruh Malaysia. Ada penyewa dari Kelantan, Perak, Melaka, Johor, Kedah, dan banyaklah nak sebut...

Dari penyewa-penyewa tersebutlah akak belajar dialek negeri masing-masing dan juga makanan kegemaran masing-masing. Budu, Keropok Lekor, Belacan, Pisang Salai, Ikan Pekasam.. dan macam-macam lagi. Masakan seperti Kari, Singgang, Masak Asam Pedas, Masak Tumis Ayor... mula akak kenal. Pertama kali mencuba memang rasa pelik sebab akak ni memang dah di latih tekak Minang... tapi bila dah berkali-kali di ajak makan oleh jiran, tekak akak dah terbiasa dengan lauk pauk begitu hinggalah sekarang ini.

Ingat lagi pertama kali merasa budu... akak di jemput oleh emak Linda, Makcik Mon makan tengahari di rumahnya. Emaknya menggoreng ikan tenggiri dan dimakan bersama budu dan masak lemak pucuk keledek. Hmmmmm..... masih akak terasa kesedapan hingga sekarang ini. Sedapnya...

Bila Linda berpindah rumah jauh dari rumah kami iaitu di Kampong Pandan Dalam, bila cuti sekolah akak akan pergi kerumahnya dan bermalam di sana. Selamba dek ajer mengajak diri sendiri... Kebetulan Linda adalah anak tunggal, kedatangan akak kiranya bagai memeriahkan lagi suasana dirumahnya. Pucuk dicita ulam mendatanglah... Makcik Mon akan masakkan lauk kegemaran Linda dan sungguh seronoklah akak bila berada di rumahnya.

Kemudian bila Nong berpindah ke Ayer Hitam, Johor... sewaktu cuti sekolah.. akak dijemput oleh Nong kerumahnya. Di situ akak mengenal Pisang Salai, Tempe Goreng Berempah, Masak Asam Pedas Johor masakan Makcik Som, arwah emak Nong dan perkataan 'Jajan'. Jajan adalah wang belanja yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang kanak-kanak atau remaja untuk dibeli makanan ringan.

Keseronokan berada di kampong Nong membuatkan akak telah melanggar janji pada arwah mak. Janjinya akak hanya mahu tinggal 3 atau 4 hari tetapi akak dah terlebih tinggal hingga 2 minggu. Emak telah menghantar taligeram bertulis :
Harap Balik Segera..Mak sakit tenat ...daripada Mak.
Hah!!... memanglah lawak.. Kalau mak yang sakit tenat, macamana mak pulak yang hantar taligeram...??? Mak memang dah salah strategi di situ... Tapi takdirnyalah jika jiran atau sedara mara yang hantar taligeram tersebut,.. harus tika itu juga akak dah pulang ke rumah. Dalam pada itu pun akak mengambil 3 atau 4 hari juga untuk pulang.


2 comments:

  1. Satu hari, (23 tahun yg lalu)waktu saya di ITM

    Fa : Hello, mak ke tu?
    Mak : Hah, mak ni..mak nak gi KL ni
    Fa : Gi KL? Nak buat apa?
    Mak : Kakak kamu dah bersalin.
    Fa : Bila? Anak lelaki ke pompuan? bla bla bla
    Mak : Ish!! Udah le! Org tengah EGERMENCY ni!!
    Fa : **egermency???hehee**

    oopss, sori akak! (rasa macam kat rumah sendiri pulak! hahaaa...)

    ReplyDelete
  2. Fa...
    Kalau egermency.. boleh hantar taligeram lagi.... hehehehe...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata