Wednesday, May 27, 2015

760 ~ Sesuatu yang tak dapat kita elakkan.


Sebelum Aisyah lahir tahun 2005.. Kami pernah pergi ke Gold Coast, Australia.
Dah sememangnya waktu itu anak kami 3 org.. Maka hanya berlima sahaja lah kami.

Sekarang kalau kami nak melihat kembali gambar2 kenangan waktu di Gold Coast, Aisyah akan selalu berasa sedih.
Waktu kecil dahulu dia bertanya juga kenapa tiada gambarnya dalam gambar2 sewaktu kami di GC.. Kadang2 malas nak jawap sebab dia belum memahami sangat. Kalau dah dia jadi moody, waktu dia bertanya soalan begitu kemudiannya, akak akan jawap...
' Masa kami ambil gambar ni Aisyah sedang main pasir.. Panggil2 Aisyah leka...' - itu kalau gambar semasa di pantai.
Kalau di tempat lain..
' Abah sedang dukung Aisyah masa ibu ambil gambar ni '
Setakat sekali dua dia percaya. Tp kalau dah selalu dia tanya juga..
' gambar saya sorang2 tak ada? '
Hah!
Masak kita balik.....

Terpaksa pulak kalau kami nak lihat gambar2 sewaktu bercuti di GC, kena tengok sendiri2.
Aisyah tak boleh ada sama.

Jadi macamtu pulak ek?

Boleh kecilhati pulak anak dara bongsu tu...

Kalau dulu tak jadi hal. Rasa nak pergi tak pikir pun nanti tunggu anak bongsu baru boleh sama2 pergi nanti...

Ekekekekekek
Adapulak nak kena pikir sampai begitu.


Friday, May 22, 2015

759 ~ Dua dua nak.....


Pagi semalam lepas antar anak kesekolah akak terus ke pasar. Bila berteman sebab qeeb sdg bercuti... Langkah akak mmg panjang. Larat dgn tak larat jer yg membataskan nak kemana2... Qeeb mmg seronok bawa kereta jika diminta...

Bila ke pasar mmg akak pantang jika ternampak taugeh ipoh (besar). Mesti beli dan lengkap dgn kucai dan daun bawang.
Tauhu akak agak kuatir kerana kdg2 dpt tauhu masam.

Balik rumah... Baru dapat daun pucuk bebuas pokok kak Mah yg dihantar suaminya. Andai akak dpt awal sebelum pi pasar... Mmg akak tak ambil taugeh ipoh tu. Sebab kalau simpan rasanya dah tak sedap.

Qeeb beritahu mahu pucuk bebuas masak lemak dan buat sambal belacab. Ikan masin takda pulak dlm simpanan. Akak mmg beli ikan masin sikit2 sbb kalau simpan lama2 ikan tu jd tak sedap.

So.. Lauk kami ada dua set.
Kedua2nya tak sedap kalau dimakan sekali arung.

Set pertama:


Akak makan set pertama mula2...
Ingatkan nak mengulang makan.. Tp maybe perut makin kecik.. Oppsss usus.. Perut rasanya makin besar sbb seluar dan baju ketat.....
Sampai nak tidur akak masih takdpt nak ulang makan sbb masih rasa kenyang....
Sedih betul bila pg td tgk kuah lemak pucuk bebuas dah basi...



Tp...
Sbb suami kak Mah beri banyak...
Balik nanti boleh masak lagi....
Alhamdulillah.
Nak pi cari ikan masin juga.....

Jom join....

Thursday, May 21, 2015

758 ~ ALHAMDULILLAH.. So suwitt


Pagi ni terjadi peristiwa yg sangat suwittttt.

Jiran akak suami kak Mah (yg ada pokok pucuk bebuas tu...) tetiba datang depan rumah akak.

Asalnya akak terdengar bunyi kereta berhenti di rumah sebelah. Akak masa tu ada dalam bilik atas. Nampak suami kak Mah sedang berbual dgn jiran sebelah.
Taklama kemudian terdengar bunyi loceng rumah akak. Segera akak dapat faham apa ceritanya membuatkan suami kak mah ada depan pintu rumah akak.

Olehkerana akak tidak bertudung waktu itu akak minta Qeeb bantu bukakan pintu dan melayan suami kak Mah (SKM).

SKM : Assalamualaikum..
Sebenarnya saya sdg mencari seseorang.. Katanya dia minat pucuk bebuas..

Qeeb : Waalaikummussalam..
Iyer.. Itu mak saya

SKM : Katanya dia isteri doktor.. Saya tahu seorg jer doktor kat sini.. doktor Kahar.

Qeeb : Iyer betul.. Abah saya.

SKM : ( Awalnya tangan yg memegang bungkusan pucuk bebuas diletakkan dibelakang badannya.. Tapi sebaik dah confirm rumah akak, beliau terus menghulurkan plastik tersebut pada Qeeb)..


Sempat akak snap sweet moment dari bilik akak.

Benda yg diberikan memang sangat biasa sahaja. Tp cara pemberian dan usaha pencarian dan ingatan itu yg amat besar ertinya.

Kita tak perlu bawa emas permata utk ambil hati orglain. Hanya pucuk bebuas pun dah memadai.
In syaa ALLAH. Bila mangga chukanan akak berbuah, akak akan buat yg serupa pada kak Mah dan kak Lah.

ALHAMDULILLAH.



Friday, May 15, 2015

757 ~ Percubaan pertama.


Akak ni mmg laaaaaa
Sejak dari kecik mmg laaaaa suka lauk masak lemak.
Pantang nampak pucuk paku, petai, ikan senangin, udang, ketam, nenas....
Mesti ambil...
Pastu masak yg serupa juga.
Mujurlaaaa boss tak komplen.

Adalaaa sekali2 akak buat Asam pedas tetel kegemaran boss. Tp selalu terbuat waktu dia ada Hari Angio... Bila balik selalunya keletihan... Ajak mkn dah tak enjoy makan.
Pastu lupa lauk apa yg dimakan.
Sudahnya pada boss akak tak pernah masak Asam Pedas Tetel...

Hanyalaa baru2 ni akak lihat di FB anak kak Rosnah....(mesti masih ingatkan siapa dia)
Dia masak Paprik.
Mmg menarik gambarnya.
Terus akak minta resepi.

Esoknya beli bahan...
Tp sebab dah ternampaklaa pulak Pucuk Paku segar dok meliuk2 panggil akak masakkan lemak cili api dgn udang.... Habis punah impian nak masak Paprik....

Jdnya hari rabu akak baru dpt masak paprik.
Yg bestnya... Minta resepi beriya2
Beli bahan pun ikut resepi...
Masak buat kepala sendiri.
(Huh! Mkn tua makin degil)

Tp.....
Alhamdulillah....
Jadi juga...
Sedap juga...

Anak2 suka...
Akak rasa kurang sempurna sebab takda cili api titik...
Sebab kesian Ain dan Aisyah nak makan nanti.


Gambar kureng jelas sbb masakan sdg panas berasap...

Urang Minang bertekak thailand

Wednesday, May 13, 2015

756 ~ Ay Em Minang....


Beria2 minta resepi Seafood Paprik dari teman bila melihatnya di fb beliau.
Nekad nak pi beli bahan keesokkannya.

Sampai Pasar terus cari bahan utk buat paprik. Sayur2 yg biasa digunakan carrot, cauliflower dan kacang panjang.
Sanggup beli daun limau purut walau nak gunanya sehelai dua...
Tetiba sebaik ternampak Pucuk Paku segar.... Terus akak tukar menu nak masak utk berbuka nanti... Dari paprik bertukar Pucuk Paku Lomak dgn Udang.

Itulah kesudahannya...
Tiap kali akak ternampak pucuk paku segar.. Rasa mesti ambil dan masakkan  lomak dgn udang... Bertahun2 begitu.
Tak berubah lansung.

Sebab berdarah minang maka seleranya tak boleh ubah...

Jika nampak ikan senangin pun akak pasti beli utk dimasakkan lemak cili api dgn rebung...petai... mangga...


Anak akak yg betul2 sukakan masak lemak pucuk paku adalah Aisyah dan Qeeb.

Aisyah akan pegang pucuk tersebut tinggi dari mulut... Dapatkan hujung bawah pucuk paku tersebut dan sedut masuk mulut... Itulah style dia makan sayur pucuk paku....

Anak Urang Minang juga Aisyah ni....

Sunday, May 10, 2015

755 ~ Resepi cucuq bawang campur nasi


Nampaknya banyak juga permintaan hendak resepi cucuq campur nasi.
Mungkin lain orang lain caranya tp ini adalah cara akak buat tempoh hari.

Nasi sejuk 1 cawan
Ikan bilis segenggam
Udang hidup (tanpa kulit) 1 mangkuk
Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Air panas 1 cawan
Garam sedikit
- blend semua bahan tersebut

Tepung 2 cawan
Air panas agak2 (jgn sampai adunan lembik sangat)
Bawang hiris
- gaulkan dengan bahan yg dah blend

Hari tu akak terguna nasi sejuk lebih. Air pun terlebih.
Ianya jadi lembik.
Tapi bila goreng ianya kembang macam apam.
Luar garing dalam lembut sangat.

Akak tambah tepung sampai adunan tu pekat sikit.
Bila goreng, luar garing.. Dalamnya just nice.
Mmg lembut sampai petang.

Kalau nak sedap lagi lebihkan bawang hiris.
Masukkan hirisan daun sup dan daun bawang dan kalau suka letak taugeh dan daun kucai.

Resepi sambal cicah arwah makcik Ramlah..

Cili mesin
Bawang putih 4ulas
Gula
Garam
- blend semua
Kemudian masukkan air asam jawa


Thursday, May 07, 2015

754 ~ Akhirnya buat jugak....


Akak pernah makan cucur bawang dirumah sahabat akak.
Sebelum tu akak pernah makan dirumah kawan yang lain. 
Akak dengar kalau nak bg cucuq jd sedap guna air panas masa bancuh.
Ada pula org bgtau guna telur.

Okay...
Macam-macam versi kan?
Akhir sekali akak dapat resepi dari kawan mengaji. Akak dijamu sewaktu jamuan makan2 dirumahnya.
Memang sedap. Puas hati makannya.
Akak tanya resepi.
Katanya dia letak nasi dalam adunan cucurnya.

Dah banyak kali akak ketepikan nasi untuk di buat cucur. Tapi bila terkejar sana sini... Lupa. Simpan lagi nasi dengan niat nak buat, tak jadi lagi.

Akhirnya....
Malam tadi akak ketepikan nasi dengan niat hendak buat cucur pagi ini.

Alhamdulillah.
Sempat juga buat.

Bancuhan pertama agak cair sikit.
Cucurnya jadi kembang.
Bancuhan itu akak tambah lagi tepung...
Cantik hasilnya.

Alhamdulillah.
Dah selesai masuk perut.


Cicah dengan sambal buat sendiri resepi arwah Makcik Ramlah... Mmmmmmmmmmmmmmmm
Berbaloi.....