Thursday, July 15, 2010

657 ~ Opis


Sebaik selesai disambungkan ke mesin... akak dah mula buat assignment sendiri...



Makanan dah boleh dibuka...(lihat uncle depan tu dok menunggu jer nak melihat tayangan pagi ini iaitu 'akak makan').... Hari ni teringat pulak nak makan nasi impit kuah kacang dan lontong... Memanglah sedap...

Selesai makan, bancuh air... selalunya akak suka minum 3 in 1 Nescafe, Teh Tarik atau Kopi 434... ikut selera hari itu.. tapi hari ini.. sebabkan masih batuk dan semput, akak cuma minum air putih hangat.... sambil menonton episod lama ER...

Begitu selesa... macam kat rumah sendiri...


Ni nak cerita pasal uncle ni.. semalam akak jeling kat buku rekod dia.. Nak tengok nama dia... Initial dia LET.. (macam ni mudah nak ingat) Loo Eik Tong..
Waktu akak ambil gambar ni, dia sedang membantu akak ambilkan air biru (untuk mesin) dari
tempat simpanan botol2 air ini di hujung sana...

Inilah air 'biru'... kami guna air 'biru' dan air 'merah'...
Nanti akak terangkan pasal air ni...

Ianya di ambil dari sini...

Petugas menghantar dan meletakkan air 'biru' di sini.....
betul2 berdekatan dengan prof...

Air biru bersusun di sini... Air merah di susun di sebelah kanan pula... tapi akak menggunakan AK3 bukan AK5... AK3 diletakkan dibahagian hadapan sekali. Selalunya bibik dah tolong ambilkan sebelum akak mulakan dialysis.

9 comments:

  1. seronok baca kalau akak cerita pasal opis. :D

    ReplyDelete
  2. Fa..
    terima kaseh.. ada jugak orang nak dengar kisah 'opis' akak ni... :D

    ReplyDelete
  3. pB pun seronok baca perihal pejabat AKAK

    ReplyDelete
  4. ada pulak air biru + air merah ye...apa kegunaan dia? nnt akak criter yek. hehe, dah dpt tau nama uncle baik hati tu, LET :)

    ReplyDelete
  5. pB..
    terima kaseh... nanti akak cerita lagi...

    Ai..
    air biru..(bukan airnya biru ataupun merah.. label saja biru dan merah..) airnya warna putih dan untuk air AK3 dan AK5 berbeza cuma kandungan garam dalam air...

    ReplyDelete
  6. Saya pun suka baca hal opis Mah...cuma lepas baca saya terkesan sikit...maklum ler cengeng. Saya jadi seriau, takut, dan macam-macam lagi. Tapi, apa-apa pun, saya tetap baca...don't you worry, babeh! Hihih! ;-P

    ReplyDelete
  7. lili...
    oh... thank you babeh...!!!!
    Terima kaseh...(sepatah kata david arumugam)

    ReplyDelete
  8. Akak
    Jauh perjalanan luas pandangan (benar, wpun I jarang jalan jauh2).

    Rajin membaca juga boleh luaskan pandangan. Timakasih.. (wpun dlm hati kecot dan takot).

    ReplyDelete
  9. kak som...
    maka bermulalah perjalanan yg jauh buat u... hehehe....
    (KL pun jauh... oklah tu...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata