Saturday, July 24, 2010

675 ~ Pengalaman Tinggal di Hanoi (2).


Seperti yang akak ceritakan mula-mulanya... masa suami mengajak akak bercuti di Hanoi, akak agak keberatan. Nak mengatakan setujunya mengambil masa juga. Sebenarnya akak ni jenis malas nak mencuba. Maksudnya.. katakanlah suami mengajak tinggal di Europe ke... tentu akak seronok nak pergi. Ini Hanoi... Negara yang tak tahu mana tempat menarik nak pergi. Macam Europe yang kami pergi waktu 'bulan madu diawan biru...tiada yang mengganggu' memanglah best..... berada 2tahunminggu di sana memang menyeronokkan.

Okaylah dah melalut-lalut pula ceritanya...
Sewaktu suami akak cuti, dia mengajak kami ke Ha Long Bay... Tempat ni jauhnya 5 jam perjalanan dengan kereta dari bandar Hanoi. Suami turut mengambil pemandu pelancong yang akan bercerita sejarah dari Hanoi ke Ha Long Bay. Mujurlah suami dah menempah untuk bercuti di Ha Long Bay awal-awal lagi sebelum akak sampai. Jika tidak... memang tak merasalah kami kemana-mana... Pernah sebaik tiba di Hanoi, akak terserempak dengan sekumpulan pelancong Malaysia yang sedang makan di Restoren tersebut. Kami bertegur sapa dan berbual-bual. Mereka dalam perjalanan menuju ke kawasan Pergunungan untuk menikmati keindahan pemandangan (mungkin macam Cameron) dengan menaiki keretapi.

Sebaik akak mengetahui perjalanan yang begitu lama dalam keretapi dan cuacanya yang sejuk, akak tidak meminatinya. Suami mengajak juga tapi akak berkeras tak mahu... Malas nak jalan jauh-jauh begitu. Jadinya taklah kami pergi... Bila duduk-duduk begini, terasa ruginya tidak turut serta berjalan menaiki keretapi ke kawasan pergunungan tu.

5 jam perjalanan dari Hanoi menaiki van yang dimuatkan dengan 10 orang dewasa 4 orang kanak-kanak. Kami bersama-sama pelancong dari negara China yang sedang melakukan lawatan kerja di Hanoi. Mereka tersangatlah ramah dan ingin berbual-bual. Kiranya masing-masing pandai membawa diri walaupun berbeza adat budaya. 3 jam perjalanan yang pertama, kami berhenti rehat di sebuah kampung yang terdapat perusahaan kerjatangan yang di uruskan oleh orang-orang kurang upaya. Mereka samada OKU semasa lahir dan ada juga yang OKU semasa perang Amerika-Vietnam. Amerika dikatakan menggunakan sejenis gas yang boleh mengakibatkan bayi dalam kandungan dilahirkan cacat.

Sebaik tiba di jetty Ha Long Bay, kami menunggu pemandu pelancung menguruskan pembelian tiket untuk menaiki kapal yang disediakan untuk bermalam di tengah teluk. Pemandangan bukit-bukit yang berdekatan dengan jeti memang amat indah sekali.

(Gambar-gambar ini akak gugel dari photobucket.. kami hanya membawa Video recorder dan kamera filem)



Beginilah rupanya kapal yang dimaksudkan.
Di dalamnya ada meja makan dan tempat duduk penumpang.
Penumpang disajikan dengan makanan yang di masak oleh pekerja bot.
Bagi kami 'Muslim' kami hanya dihidangkan dengan ikan, sayuran dan telor dimakan dengan nasi.

Ada perahu yang datang lalu berdekatan dengan kapal kami menjual berbagai-bagai makanan ringan.


Inilah rupanya kapal yang menanti di jetty. Kami terpaksa melompat dari kapal ke kapal untuk sampai ke kapal yang kami sewa. Ada satu ketika pelancong cina membantu kami mendukong Aisyah untuk sampai ke kapal kami. Kebetulan dia mengatakan anaknya sebaya Aisyah dan dengan mendukong Aisyah, hilanglah rindunya.



Kami dibawa melawat di satu 'pulau' batu kapur. Masing-masing dikehendaki mendaki bukit untuk melihat keadaan di dalam gua. Akak dan Aisyah hanya menunggu di kaki bukit kerana akak rasa gayat nak mendaki anak tangga yang tersangatlah tingginya.


Sebelum hari menjadi gelap, kebanyakan kapal-kapal berlabuh di satu tempat dan kami bermalam di situ. Bilik disediakan untuk semua penumpang. Malah di dalam bilik tersebut disediakan bilik air dan 'water heater'. Memang satu pengalaman baru bagi kami, bermalam atas kapal. Syukurlah kerana suami beriya-iya mengajak kami bercuti di sini. Jika tidak tiadalah pengalaman baru yang akak rasai...



( Bersambung lagi...)


13 comments:

  1. betul juga kata pepatah
    hujan batu dan hujan emas tu kan.

    ReplyDelete
  2. Sya...
    bila kita dah merantau...
    pepatah tersebut memang berkesan....
    apa pun memang seronok di negara sendiri....

    ReplyDelete
  3. Salam DM.... KZ mmg teringin nak ke Hanoi nnt bila ada peluang...

    ReplyDelete
  4. kak zah...
    bila saya dah rasa seronoknya tinggal di Hanoi... saya pun teringin nak pergi lagi walaupun pada mulanya saya keberatan nak kesana... penerbangan dari KL pun hanya 3 jam...
    best untuk mencuci mata dan menyopping....

    ReplyDelete
  5. Tapi ada yang telah pergi Hanoi cerita, HCMC lebih menarik untuk shopping, betul ke? Saya suka melancong luar negara tapi selalunya 'touch n go' belum sempat menikmati, dah ke tempat lain pula.

    ReplyDelete
  6. Sronok la dpt berjalan kat negara org. Ai ni ntah bila la nk dpt merasa gi over the sea tu..

    ReplyDelete
  7. Akak, kenapa akak kensel part 'diawan biru...tiada yang mengganggu' tu? Adakah kerana:-

    A- Akak berhanimun di awan putih
    B- Ada yg mengganggu Akak di awan biru
    C- Akak berhanimun di awan putih tp xde yg mengganggu
    D- Akak berhanimun di awan biru tp ada yg mengganggu, kacau daun (*sila habaq saper org tu, I mau sedekah C4 kat dia)

    Akak fening kefala tak dgn I punya soalan objektip ni? I fening!!

    Akak, lain kali kalau akak nak pi Hanoi, bawaklah I skali.. Buat surprise2 mcm Akak buat kat anak2 tu pun ok gak.. Kalau I pi, bleh gak I temankan Akak kat kaki bukit tu.. harharhar..

    *type bnyk ni pun dah sengal balik tangan kiri I.. pdhal I guna utk tekan huruf A je ponnn..

    ReplyDelete
  8. Ai...
    akak percaya kalau bukan sekarang, mungkin bila anak2 Ai dah besar nanti.. Ai juga akan berpeluang ke Hanoi... mungkin Europe sekalipun.. Rezeki anak2 kita tak tahu... Hidup kita panjang lagi....Insya'Allah...

    Ja...
    akak kensel part tu.. sebab memang tiada yang menganggu... pergi hanimun, bukan ada sapa kenai pun masa kat sana... tapi bila pikir balik memang ada yang menganggu... hihihihi...
    Kalau u minat nak gi Hanoi, jom kita pergi kawan-kawan trip... setuju??? ajak kak som... kita pi bertiga... setuju???

    ReplyDelete
  9. kak hajah nora...
    dari perbualan saya dengan kawan yg lama tinggal di Hanoi, katanya bandar HCMC lebih menarik dari Hanoi. Malah restoren Islamnya lebih banyak dari Hanoi. HCMC adalah bandar besar daripada Hanoi... Ramai penduduk Islam... saya juga berminat nak melancong ke sana....

    ReplyDelete
  10. assalammualaikum, akak nak tanya ni. mane suami akak dapat maklumat segala urusan ke hanoi tu? saya nak pergi hujung bulan jan ni tapi kalau boleh xnak pakej, saya suke redah je tapi nak kumpul maklumat... harap akak dapat membantu, dapat sikit maklumat pun xpe. terima kasih

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan dari naimah mahmood.boleh nk join
    .melancong ni seronok.pernahkah awk baca mingguan mlysia 6.5.2012.ruangan destinasi.saya ada menulis .terapong di ha long bay.

    ReplyDelete
  12. selamat bkenalan dari naimah mahmood.jumpa saya di blog kaknik01. memang indah halong bay.teringin ke sana lagi

    ReplyDelete
  13. HORAS … !!! JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
    SALAM KENAL TUAN AND PUAN . MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN

    PERKENALALKAN KAMI DARI AGENCY PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA. KAMI ADALAH AGENCY PELANCONGAN YANG BER LICENSED DAN PROFESSIONAL. KAMI MENAWARKAN PAKEJ – PAKEJ MELAWAT MURAH KE MEDAN, DANAU TOBA, BERASTAGI DAN TEMPAT – TEMPAT SHOPPING MURAH DI BANDAR MEDAN, DAN PAKEJ LAWATAN LAINNYA KE PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA , BANDUNG, JOGYAKARTA , BALI, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MENADO, TORAJA.

    PAKEJ KAMI DESIGN SANGAT MENARIK, HEMAT DENGAN LAYANAN BEST, PASAL PERHIKMATAN KAMI DISOKONG BEBERAPA UNIT KERETA BARU DAN BUS PERSIARAN.

    DISINI KAMI BAGIKAN PAKEJ MELAWAT KE MEDAN DAN KE DANAU TOBA, PROGRAM 04 HARI / 03 MALAM ( FULL SERVICE ) TAK ADA EXTRA BAYAR.
    TAK ADA TIPU – TIPU !!!
    HARGA PAKEJ HANYA 380 ( MINIMAL 10 ORANG)

    ITINERAY :

    DAY 1 : ARRIVAL – SIANTAR – PARAPAT
    ARRIVAL AT KUALANAMU INTERNATIONAL AIRPORT. AFTER CUSTOMS CLEARANCE, MEET OUR TOUR GUIDE/DRIVER WHO WILL TAKE YOU TO START THE TOURS BY USING TOURIST COACH OR VAN. TRANSFER TO THE RESTAURANT FOR YOUR LUNCH. DEPART TO PARAPAT ALONG THE ROAD WHICH OFFERS THE ENDLESS VIEW OF RUBBER AND OIL PALMS PLANTATIONS THROUGH THE JOURNEY. STOP SHOULD BE MADE AT PEMATANG SIANTAR FOR SHOPPING OF LOCAL PRODUCT SUCH AS KACANG TUMBUK “TING TING, TENG TENG”, OTHER SNACKS ETC. ARRIVED IN PARAPAT THEN CHECK IN TO HOTEL. THE REST OF THE DAY IS FREE ON YOUR OWN LEISURE. DINNER WILL AT RESTAURANT

    DAY 2 : SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI
    BREAKFAST AT HOTEL. BY BOAT / FERRY VISIT TOMOK VILLAGE, TO SEE THE TOMBS OF THE KING OMPU SIDABUTAR & SHOPPING PLACE. AMBARITA VILLAGE, TO SEE THE TRADITIONAL BATAK VILLAGE WITH ANCIENT MEGALITHIC FURNITURES. RETURN TO PARAPAT FOR LUNCH AT LOCAL RESTAURANT. AFTERWARDS PROCEED TO BERASTAGI–A MOUNTAINS RESORT WITH IT’S REFRESHING WEATHER AND MAGNIFICENT MOUNTAINS SCENERY WHICH HAS AN ABUNDANCE OF FLOWERS, VEGETABLES AND FRUITS. EN-ROUTE STOPS AT PANORAMA SIMARJARUNJUNG , SIPISO-PISO WATERFALL. ARRIVED IN BRASTAGI THEN TO VISIT THE CENTRAL FRUITS MARKET (SHOPPING PLACE). AFTERNOON CHECK IN TO HOTEL. DINNER WIL BE SERVED IN RESTAURANT.

    DAY 3 : BERASTAGI – MEDAN
    AFTER BREAKFAST. PROCEED FOR TWO HOURS DOWN THE HILL TO MEDAN. VISIT LUMBINI PARK. ARRIVAL IN MEDAN CITY SIGHT SEEING TO VISIT A SEVERAL INTEREST SUCH AS THE MAIMOON PALACE, AL-MATSHUN GRAND MOSQUE. LUNCH AT THE LOCAL RESTAURANT, AND THEN PROCEED TO THE SHOPPING AREAS AS FOLLOW DANAR HADI BATIK EMPERIUM AND OTHERS WHOLE BATIK SELLERS IN MEDAN, INCLUDING TO PASAR IKAN MARKET AND MALLS. CHECK IN TO HOTEL FOR ACCOMMODATION. DINNER AT RESTAURANT.

    DAY 4 : HOTEL – AIRPOR
    AFTER BREAKFAST AT HOTEL. FREE PROGRAM UNTIL TIME TRANSFER TO THE AIRPORT FOR YOUR FLIGHT HOME.

    SERVICES TERMASUK :
    1. TRANSPORT
    2. PEMANDU PELANCONGAN
    3. HOTEL 3 BINTANG
    4. BREAKFAST 3X
    5. MAKAN TENGAH HARI 3X
    6. DINNER 3X
    7. SEWA KAPAN KE SAMOSIR ISLAND
    8. KARCIS / TIKET MASUK KE TEMPAT MENARIK
    9. MINERAL WATER

    BILA NAK MELAWAT KE MEDAN, SILA HUBUNGI DAN TEMPAH PAKEJ DI :
    TIARA TOURS INDONESIA
    JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : TIARATOURSINDONESIA@GMAIL.COM.
    HP / WA +6281383535091
    HP / WA +6285358982828
    HP / WA +6285762820068

    TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
    TOYOTA AVANZA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    SUZUKI ERITGA (05 ORANG ) MYR 155 / HARI
    INOVA REBORN (05 ORANG ) MYR 175 / HARI
    ISUZU ELF (11 ORANG ) MYR 235 / HARI
    TOYOTA HIACE (11 ORANG ) MYR 320 / HARI
    MEDIUM BUS ( 27 ORANG ) MYR 500 / HARI

    NOTE :
    HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL


    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata