Wednesday, July 07, 2010

643 ~ Kematian.


Agak terkesan juga bila diberitahu seorang pesakit dialysis meninggal petang semalam.
Kami sama-sama dialysis dalam waktu 'shift' yang sama.
Sering akak menegurnya dan dia senyum dan balas jika ditanya.

Hari Isnin lalu, dia mengadu kesakitan.
Petugas memberikan pertolongan yang sebaik mungkin.
Akhirnya dia di hantar ke wad.
Itulah kali terakhir akak melihatnya.

Jika lihat pada gambar ini..
lihat pada sebelah kiri sekali...
ada pesakit yang sedang tunduk berbaju hijau pekat..
itulah dia...
Initial namanya KFC...
K... Fung Cheong...

Tiap-tiap pagi kelihatan anaknya menghantarnya
bila pulang dijemput suaminya...
Nampaknya tiada lagi kelibatnya
sedang mengadap makanan...
sedang menangis kesakitan...

Terkesan juga bila dengar berita kematiannya..
berbanding kisah 3 orang lain yang telahpun meninggal
sejak 2 tahun lepas akak dialysis di sini...


9 comments:

  1. salam akak

    semoga sentiasa berada di dalam rahmatNya. :)

    ReplyDelete
  2. eh..KFC dah meninggal :(

    -tamat sudah rasa sakitnya tu...semoga rohnya aman di sana..

    ReplyDelete
  3. Begitulah sebuah kehidupan... yang berakhir lebih awal dari kita...

    Siapapun dia, semoga dia tenang di sana.

    AKAK, jaga kesihatan dan semoga ceria selalu.

    ReplyDelete
  4. khairyn...
    terima kaseh...

    Ai...
    betul tu...
    dah tiada lagi rasa kesakitan.

    azie..
    terima kaseh azie...
    Insya'Allah...

    ReplyDelete
  5. hanya akak yang memahami apa yang dirasa. Allah ada bersama kita, sentiasa.....insyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Fa..
    terima kaseh, memahami....

    ReplyDelete
  7. 'untung' juga orang sakit, sentiasa diingatkan pada mati... dapat pahala tu

    ReplyDelete
  8. betul kata kucingorengemok (uishh..fa terbayangkan ada kucing yang gemok yang nak digoreng pulak!)

    Jangan terkesan sangat dgn apa yang berlaku di depan mata akak. Lagi bimbang bila kita langsung tak ingat mati padahal kematian datang bukan untuk orang yang sakit je!

    ReplyDelete
  9. KOG,
    baru sedar kesilapan dalam memeanggil nama u.. rupanya u bukan kucing goreng gemok.. rupanya kucing oren gemuk... sowwy.. dah tua2 ni konpius sikit..(walhal.. jauh benar bezanya..)
    Sentiasa mengingatkan mati sebab dah pernah hampir2 mati... walaupun jauh bezanya tapi masih takut sebab memang belum cukup amal yg nak dipersembahkan....

    Fa..
    hmmm... u pun menyangka kucing goreng gemok... akak baru hari ni sedar selepas ditepuk kak som nama sebenar kucing oren gemok...
    Mudah-mudahan kita akan mati dalam iman... (macam kisah ali baba dan 40 pencuri..)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata