Tuesday, July 06, 2010

641 ~ Naik Komuter ke Meeting.


Petang semalam adalah hari yang agak sibuk buat akak. Selepas dialysis, balik rumah ambil Aisyah. Kemudian ambil Qeeb dan Ain. Kemudian kena 'cukai' ke 7E. Kemudian bila perut terasa lapar dan tekak meminta mee goreng panas-panas.. akak angkut semua anak-anak ke Warung Pak Kudus di depan Kilang Hitachi (Tak tahulah seksyen berapa).

Warung pak kudus memang terkenal dengan Rojak, Cendol dan Mee Goreng. Mee Gorengnya memang yang tersedaplah pada tekak akak. Yang sedapnya sebab boleh makan panas-panas. Sampai melepuh-lepuh mulut.... (Itulah nikmat.... tapi menyalahi sunnah Nabi... kena taubat...).

Balik rumah rehat sebentar sebelum nak berangkat ke KL Sentral. Akak dan beberapa AJK Majlis Reunion yang bakal di adakan pada 1hb Ogos perlu bersidang. Banyak perkara-perkara yang masih belum dapat diputuskan sewaktu perbincangan melalui FB. Bila dah berjumpa, macam-macam perkara dapat kami bincangkan dan simpulkan.

Akak memikirkan cara untuk ke KL Sentral adalah lebih mudah dengan menaiki komuter. Maka akakpun memilih untuk parking kereta di Stesen Komuter UKM dan naik komuter dari situ.
Mujurlah sewaktu akak keluar pukul 5 lebih petang, parking di sini tidak begitu sesak. Boleh akak parking berdekatan dengan stesen.

Ternampak Komuter dari kejauhan......
( Teruja nak naik komuter... tapi malu nak ambil gambar dekat-dekat...)


Akak dapat naik Koc Wanita.
Tapi ada jugak 'Wanita/Lelaki' yg konpius dengan gender dirinya....
Kesian.....


Rupa-rupanya dari rumah akak dah boleh ke Tanjung Malim menaiki komuter...
kalau teragak nak makan Pau Tanjong Malim... memang digalakkan....


Setibanya di KL Sentral, akak jumpa suami yang sedang menikmati/berehat di Secwet Wesepi. Akak lihat ahli2 mesyuarat belum tiba lagi. Mushkil sungguh akak. Kenapa? Salah tempat ke? Sebenarnya hari apa?... macam-macam pertanyaan dan persoalan yg berlegar-legar di minda akak. Lalu akak menalipon salah seorang ahli majlis/presiden.... Katanya mereka OTW.. kesesakan lalulintas....
Bertenang semula akak. Duduk-duduk dengan suami sambil menanti ahli-ahli mesyuarat.

Bendahari dan Timbalan Presiden.

Presiden dan ahli tertua.

Bendahari, Timbalan Presiden dan Naib Presiden...

Banyak yang dapat kami bincangkan walaupun masih ada AJK yg tidak dapat menghadirkan diri. Seronok bertemu dengan mereka walaupun mereka jauh lebih muda tapi idea mereka memang bernas.

Suami yang menanti akak dah bertanya bilakah 'persidangan bangsa-bangsa bersatu' nak selesai. Maka akak pun minta diri dahulu manakala adik-adik ni meneruskan mesyuarat. Komuter yang akhir adalah pukul 1000 malam. Mujurlah kami sempat mengambil komuter yang akhir.

Agaknya sewaktu duduk berbincang, perut taklah begitu lapar tapi selesai mesyuarat perut adalah tersangat lapar. Singgah di Tupai-tupai. Akak memesan mee hoon kampung. Sedapppp.... berbaloi. Suami pula memesan bubur ayam. Pun sedappp katanya. (Tak larat nak keluarkan kamewa...).

3 comments:

  1. mi hun kampung dia sedap ye? nanti kita pun nak cuba

    ReplyDelete
  2. amah..tak sabo rasanye nak tunggu 1 ogos..ke ko lumpor le teman..
    nak bayang jumpa kekawan..seronoknye..

    ReplyDelete
  3. Yani...
    jangankan mike.. teman pun tak tidor malam.. mengenangkan nak jumpa kengkawan. Pasal mike jugak ler, teman menalipon sana-sini cari kawan2 sekelas...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata