Sunday, August 01, 2010

687 ~ ALHAMDULILLAH Reunion yang berjaya....


Alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah snw...
Reunion yang dirancang dengan teliti selama beberapa bulan
berjalan dengan lancarnya.....
Kami berjaya mengumpulkan seramai 170 orang bekas pelajar dan 12 orang guru...

' Kasih yang terlerai 30 tahun dahulu
kini bertaut kembali....
Janganlah hendaknya kita berpisah lagi...
tak sanggup menanggung rindu selama 30 tahun lagi....'

Akak rasa sangat berbaloi bila usaha mencari bekas guru, kawan, adik, kakak...
dapat dijalinkan kembali hari ini....
paling terkesan bila
kasih yang terpendam 30 tahun dahulu
kini berani disuarakan....

Bila akak pernah rasa 'hampir mati' dan diberi peluang sekali lagi untuk menyambung semula kasih sayang yang sedia terjalin antara kawan-kawan... tak dapatlah hendak akak ucapkan dan gambarkan dengan kata-kata... hanya inilah saja yang dapat akak paparkan...




Inilah kawan-kawan yang keluar rumah awal dari waktu perjumpaan dalam memastikan kami mempunyai masa yang banyak untuk beramas mesra, mengenang kembali zaman-zaman persekolahan dahulu.... I love all of you...





17 comments:

  1. best!!
    ladies only....
    berapa jam bergebang ni Kak??!!
    :)

    ReplyDelete
  2. doktor...
    mmg tha best...
    duduk dari 900pg hingga 7mlm....
    dahsyat....

    ReplyDelete
  3. Tahniah, memang terror, ladies' day out.

    ReplyDelete
  4. Salam DM.... salute kat AJK yg bertungkus lumus sehingga berjaya... bukan senang nak 'menggeder2kan' kwn lama... masing2 sibuk

    ReplyDelete
  5. Kak Hajah Nora...
    Terima kaseh... semalam memang sesuatu yang amat bermakna dengan kehadiran semua yang tersayang... cikgu tersayang... kawan2 tersayang...

    ReplyDelete
  6. seronokan kak
    sesekali bergebang gebang, jumpa kawan lamo memang tak ingat......
    kira macam holidaylah tu ;p

    ReplyDelete
  7. Kak Zah...
    Terus terang cakap, saya tak sanggup nak menghadapi lagi kawan2 yg hanya pandai bagi cadangan, reject perancangan kami... bagi komen yang langsung tak membantu...
    tapi syukurlah akhirnya berkat segala usaha murni AJK yang bertungkus lumus memastikan kejayaan majlis... semuanyan berjaya... ALHAMDULILLAH...

    ReplyDelete
  8. Sya...
    tak dapat dinyatakn betapa seronoknya apabila setelah 30tahun terpisah.. rupanya kasih sayang itu masih ada dan sudah tak dapat nak dibendung....

    ReplyDelete
  9. seronoknya kan kak...zila bln lps buat kat umah tak bape nk berjaya...7 kerat je yg dtg.tp meriah gak jiran2 dok meramaikan

    ReplyDelete
  10. Zila..
    jika percubaan pertama tak berjaya, kita boleh cuba lagi... macam akak, ini adalah kali keempat usaha akak nak jumpa balik dengan teman-teman. ALhamdulillah... yang ini paling berjaya....

    ReplyDelete
  11. Tahniah!

    saya leh faham perasaan AKAK sebab saya dah pernah buat juga sebegini (selepas 22 tahun terpisah). Yang datang hampir 30 orang. Meriah giler!

    Semoga persahabatan AKAK dan kengkawan, berpanjangan.

    ReplyDelete
  12. Azie...
    Terima kaseh....
    bila you dah merasa hampir mati dan kini u masih berpeluang bertemu semua yang you rindui... memanglah perasaannya 'tak dapat nak diucapkan dan digambarkan dengan kata-kata'.....

    ReplyDelete
  13. congretulesion!! berbaloi baloi....**terbayang2 akak tengah sibuk angkat letak telepon, contact sana, contact sini, I hello you, you hello I** semata2 nak menjayakan program tu....mmmm...ada tarian poco poco tak? heeeee.....

    aduh! 9 pagi hingga 7 malam????

    ReplyDelete
  14. Assalam Akak....seronok nampak Akak dengan sahabat2 masa reunion tu kan? Saya jugak baru buat reunion dgn kawan-kawan sekolah masa sekolah rendah..dah 32 tahun tak jumpa. Rindu, syahdu betul bila berjumpa setelah terpisah sekian lama.
    Semoga Akak sihat....take care Sis ;D

    ReplyDelete
  15. Fa...
    Thank you....
    Memang berbaloi fa.. segala penat lelah.. titik peluh dan air liur basi yang terpaksa dikeluarkan...
    hinggakan sedang ambil gambar pun sibuk jawap talipon... bizi tak bizinya...
    Tak mainlah poco-poco.... 4 tahun nak masuk warga emas.. beb... tak mahulah...

    ReplyDelete
  16. Ungku Betty...
    Salam buat you..
    Memang syahdu... Kasih sayang yang tergantung 30 tahun.. timbul kembali....
    Memang tersangat syahdu....

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata