Suami akak dihantar bertugas di Bach Mai Hospital, Hanoi pada hujung tahun 2006. Awal November dia berlepas ke Hanoi. Kami sekeluarga tidak dapat ikut serta kerana anak-anak masih bersekolah dan belum musim cuti sekolah. Suami memang mengajak kami bersama-sama tinggal di sana. Jika ikutkan hati akak, memanglah akak rasa kurang selesa nak tinggal di daerah yang kita tak kenal sesiapa dan budaya dan bahasa mereka amat berbeza dengan kita. Akak keberatan juga pada awalnya tapi suami telah membeli tiket untuk kami anak beranak datang bercuti sewaktu cuti sekolah.
Anak-anak memang tidak akak beritahu tujuan kami dihantar oleh bapa saudaranya ke Airport. Alasan akak cuma hendak menghantarkan kain baju abahnya yang abahnya minta akak hantar melalui penerbangan khas. Sewaktu akak memasukkan baju2 mereka di dalam beg, akak lakukan ketika mereka samada di sekolah ataupun sedang tidur. Beg besar akak saja letakkan di tingkat bawah. Sebab kalau dah diisi pakaian, siapa pula nak mengangkutnya dari tingkat atas untuk dibawa turun ke bawah?.. Andeh ni jugak yang tentunya akan sakit2 badan mengangkatnya... tapi sebab Andehnya cerdik sikit... tak perlulah Andeh melakukan kerja2 berat itu.
Tiba di Airport.. barulah anak2 diberitahu bahawa kita semua akan ke Hanoi bertemu abahnya. Menjerit kesukaan mereka. BIL menguruskan mengenai pendaftaran hinggalah kami selesai masuk ke dalam ruang menunggu (departure Hall). Bila penerbangan yang dinanti tiba, bisinglah mulut akak memastikan tiada anak yang tinggal. Bayangkan.. seorng ibu bersama 4 orang anaknya yang masih kecil-kecil... Anak yang besar akak suruh pegang tangan adik kuat-kuat. Sambil jalan, bising mulut akak memastikan si kakak betul2 menjaga adiknya dan tiada anak yang tercicir.
Tiba di Hanoi... sewaktu pemeriksaan imigresen, dah nampak suami di luar sana. Senang betul rasa hati... Memang susah kalau kita tak ada yang menunggu. Anak kecik-kecik. Paling besar masa tu yang sulung baru 12 tahun. Kecil sekali Aisyah baru setahun setengah.
Sebaik jumpa abahnya, Aisyah terus memegang tangan abahnya tanpa lepas. Malah sewaktu dia duduk dipangkuan abahnya dalam teksi menuju ke bandar Hanoi, dia senyap tak terkata tapi pegangan tangannya tak lepas memegang jari abahnya. Aisyah memang tak pernah berpisah dengan abahnya, agaknya selama 3 minggu pertama abahnya tiada.. nak bertanya tak pandai bercakap sangat lagi... dia diam saja...
Tiba di bandar Hanoi, kami pergi ke Restoren Melayu Muslim. Restoren ini milik orang melayu johor menetap di bandar Hanoi setelah berkahwin dengan perempuan Vietnam. Nama Restorennya An-Nisa. Masakannya memang sedap. Yang paling akak ingati hingga kini ialah daging dendengnya. Memang terbaek.
Suami menetap di hotel sepanjang dia bertugas di Bach Mai Hospital. Dan kami pun dibawa tinggal dihotel sepanjang sebulan kami tinggal di sana. Dari daerah kami tinggal hendak ke bandar Hanoi, agak jauh juga. Menaiki teksi kadang-kadang kita sebagai pelancong mudah ditipu dengan bayaran teksi yang berbeza-beza. Jadinya untuk makan pagi dan tengahari, akak lebih suka masak sendiri. Masa inilah akak berkenalan dengan Induction cooker. Selesa sungguh masak dalam bilik hotel. Pagi2 akak pergi pasar yang berdekatan dengan hotel. Peniaganya dah naik kenal apabila akak pergi hampir setiap pagi membeli bekalan untuk masak seperti udang, ikan, sayur, buah-buahan dan beras.
Pandangan di pasarnya agak menjijikkan bila kebanyakan tempat ada menjual 'kerbau pendek'. Kita perlu hati-hati sewaktu dia melapah binatang tu, tidak terpercik pada makanan yang hendak kita beli. Umpamanya jika penjual sayur, beras berdekatan dengan penjual binatang tu.. akak akan pergi cari sayur dan beras yang dijual jauh dari gerai binatang tu.
Sepanjang 4 minggu berulang alik kepasar, akak banyak dapat kawan. Bila mereka nampak akak, siap ada yang bangun.. tunjuk-tunjuk buah2 yang akak selalu langgan dari dia. Waktu akak sampai di Hanoi adalah musim limau kecil-kecil yang warna hijau oren mans-manis tu... Tiap-tiap hari tanpa jemu, akak akan membeli buah limau itu...
(bersambung pada entry akan datang...)
Salam Rahmah, lama akak tak tinggal jejak, computer akak slow sgt2, bila nak tunggu comment box pun takes so long..so akak just close the page jer..Anyway, citer jgn tak citer, Akak suka baca citer2 mcm nih, tambah2 bila duduk luar negara kan? Diff culture and religion. Ha! akak pulak kena tunggu Rahmah sambung..he he he
ReplyDeletesalam kak nani...
ReplyDeleteterima kaseh berminat nak baca kisah lama ni... nak tiru kak nani, buat cerita suspen.. cerita banglo PD tu lagi hebat...
Salam hajah,
ReplyDeleteDibenarkan ke masak dalam hotel? Atau tinggal di apartment hotel. Sebab hajah bawa balik udang serta berbagai bahan basah, orang hotel tak nampak ke?
Salam ziarah,
ReplyDeleteBerpisah bila kita saja kena keluar negara,aduh perit sekali.Menangis sepanjang jalan bila tak dapat buat panggilan.Buat apa pun mesti teringat anak yg tinggal.Tengok playgound pun dah sebak.Itu perasaan makcik kena berpisah beberapa bulan. Kalau bertahun,tentu demam.Tapi itulah satu pengalaman -20>thn sudah.
kak hajah nora..
ReplyDeletesebenarnya pengurusan hotel memang tak benarkan masak dalam bilik hotel tapi kami sorok2 masak. Beli barang pun sorok2 bawak naik... bila depa kemas bilik, kita dah siap kemas semua. dapur inductrion mudah di sorokkan dalam almari baju..
cikgu...
kami sekeluarga jarang sekali berpisah lama-lama.. samada kami dibawa sekali ataupun pergi sebentar saja.. Alhamdulillah... setakat ini cuma berpisah masa suami pergi haji saja 46hari adalah jarak paling lama berpisah...
wahhhh...suka tol ai baca pengalaman org duduk di negeri lain. nnt sambg lagi ye kak..lalalalala
ReplyDeleteSalam DM... suspen... tak sabar nak tunggu part II
ReplyDeleteAi...
ReplyDeleteWah! ada permintaan khusus dari Ai ni... mesti ceritalah... tapi takderlah apa2 suspennya...
okay akak cerita...
Kak zah...
ReplyDeletecerita biasa-biasa jer.. takder suspen. cumanya kisah si andeh yang mulanya tak suka nak ikut tapi akhirnya seronok disana....
terima kaseh sudi membacanya...
masak sendiri, terjamin kan kak
ReplyDeleteSya..
ReplyDeletekalau negara macam Hanoi ni, memang lebih baik masak sendiri... tau kita halal haramnya... kalau u tengok jualan 'kerbau pendek' di pasar mereka.. memang geli...