Friday, July 02, 2010

634 ~ Sempat ke KL


Semalam, awal pagi akak dah mesej Marina. Ajak pergi sarapan sama-sama. Waktu yang dipersetujui ialah 900pagi.
Belum pukul 900, akak dah sampai di kedai kak Maria. Nasi Lemaknya memang kira sedap ikut piawaian si tekak minang. Lauk yang akak suka ialah sambal kerangnya. Sambal nasi lemaknya juga sedap.

Minta nasi lebih. Cadangnya sehingga waktu marina sampai, sure nasi masih ada lagi dan sempat makan sama-sama. Akak memang terlalu/tersangat lapar selepas berulang-ulang ke 'water closet'.

Tunggu punya tunggu, kunyah punya kunyah... nasi dah nak habis... bayang Marina pun tak tiba lagi.. macamana nak makan sama-sama. Janjinya sarapan sama-sama. Tengok jam dah dekat 915pg. Dapat mesej katanya maaf lambat sikit.
Kalaulah akak makan nasi sebutir -sebutir pun nasi yang akak minta lebih itu tetap akan habis jugak. Akak makan kerang sekor-sekor.. Kerang pun dah nak habis...

Perut masih lapar jugak. Ingatkan naklah mintak satu pingan lagi... (Dahsyatkan.. bila mengadap nasi lemak) tapi pikir kalau Marina datang nanti.. sempena nak temankan dia makan akak terpaksalah kena ambil sepinggan nasi lagi. So dapatlah makan sama-sama.
( Rasa bersalah sebab nasi dah habis sepinggan penuh + nasi tambah lagi...)

Taklama kemudian, tibalah Marina.
Dia nampak nasi akak pun dah nak habis, dia cadangkan kami ke Kuala Lumpur (yang paling jauh tu...~ kalau akak yg drive). Bagai orang mengantuk dihulurkan bantal, setuju aja. Kami ada barang yang ingin kami beli/cari di KL tu.

Kecekapan Marina memandu ke Kuala Lumpur membuatkan akak cukup suka kalau ke KL bersama-samanya. Kereta akak, akak tinggalkan di kedai kak Maria dan kami menaiki kereta Marina ke Kuala Lumpur. Selesanya....

Tiba di Kuala Lumpur, kami akan terus pergi ke belakang Semua House. Di situ terdapat tempat letak kereta yang terbesar. Olehkerana barang yang kami ingin cari terdapat di sekitar situ, maka di situlah tempat yang sesuai untuk meletakkan kereta.

Setelah mendapat barang yang dicari dan melihatkan jam sudah menunjukkan waktu hampir pukul 1200 tengahari, kami berkejar pulang ke Bangi. Anak-anak perlu di ambil.

Sempat akak rakamkan gambar Marina memilih kain.

10 comments:

  1. Salam hajah.
    Sekitar Semua House, semua ada, kecuali 'emak dan bapak' (kata orang kampung saya)

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora...
    dari masa saya kecik2 dulu, sampai dah beranak pinak ni pun.. saya masih mencari barang2 disini... segala-galanya ada. Tapi..kebanyakan peniaganya sekarang ornag seberang... dah tak macam dulu...

    ReplyDelete
  3. Hmmmm shopping baju raya? Sebut Semua House, lama sungguh saya tidak ke area situ.

    Nama saja dok KL, tapi tempat2 macam tu, setahun sekali nak pegi pun payah.

    AKAK tak nak ajak saya lawan makan nasik lemak kerrrr? :)

    ReplyDelete
  4. azie..
    nanti kita berdating di TPCA... jom...
    akak suka lontong dia... sedap....

    ReplyDelete
  5. Salam DM.... wah... banyaknya beli baju raya... jeles pulak....nampaknya raya ni KZ takde baju kurung baru... tak larat nak g shopping.. sampai Msia dh puasa....

    ReplyDelete
  6. Amy...
    Waalaikummussallam...
    ALhamdulillah... sihat adanya...

    Kak zah..
    baju raya pun tak tahu lagi ada ker tidak sebab kain dah beli, belum hantar tempah lagi...
    tak per.. lepas raya kita antar tempah...

    ReplyDelete
  7. dah membeli belah tuk waya ye?
    baju aisyah wawna apa?... ;o

    ReplyDelete
  8. Aik?? Akak tak masuk opis ke semlm? Masa kita dok merapu sms tu, Akak kat mana?

    ReplyDelete
  9. Sya...
    dah membeli kain ela shaja... tempahnya kena tunggu kawan jugak sebab dia ajer yg tahu tailor yg jahit baju superb tu... akak tak tahu cerok dalam ampang tu...

    Ja...
    Akak pergi KL hari Khamis... Jumaat Tetaplah akak masuk opis.. Mana buleh ponteng ke opis ooooiiiittttt.....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata