Saturday, July 31, 2010

685 ~ Di Opisku Semalam...


Setelah berbulan-bulanhari-hari dok makan nasi lemak.. akak tukar makan mee hoon dan samSot.
Dah berminggu-mingguhari-hari dok makan mee sam Sot... akak tukar makan mee kasar samSot..
Makanya semalam untuk sarapan, akak menjamu selewa dengan mee kasar samSot dan juga sebagai bonus akak letakkan juga seekorkeping rendang ayam... kiranya untuk menukar selewa yang dah berhari-hari mengadap mee hoon. Tapi... tetaplah jugak mee hoon samSot adalah yang terbaek.

Selalunya akak letakkan gambar sebelum makan...
ini pula gambar selepas makan...
( kesian kat Kak Zah yang berada nun jauh di Manchester sana.... )
pssstttt kak som.. you pun bekfes mee kasar kan???... tapi you punya lagi sedap sebab banyak rencah...



Setelah selesai mee akak buat pula Teh Boh 3 in 1... sambil mendengar halewa telinga...
mata pula membaca paper....
hmmmmm... memang selesa...


Uncle ni saja tau...
bila akak sedang mengunyah, matanya tak kemana-mana...
bila akak dah kenyang.... dia baru dapat lelap tidur...



Pandangan dari jarak dekat...


Bila tiba shift kedua, datanglah pesakit untuk shift kedua pula...
Tiba-tiba...
pesakit yang duduk di hadapan akak pitam...
isterinya meminta petugas datang untuk menengokkan suaminya...

Agaknya memang dah ajalnya waktu itu...
penderitaannya di akhiri pada hari itu juga...
Al-Fatihah buat beliau...

Sejak dua bulan ini, inilah pesakit yang (sama-sama dialysis) dan yang keempat menghembuskan nafasnya di hospital ini dan yang pertama meninggal sewaktu dialysis di unit ini dan di hadapan mata akak. Harus dijadikan iktibar kerana setiap manusia pasti akak merasai mati dan tiada siapa yang dapat mempercepatkannya ataupun menangguhkannya saat itu.

12 comments:

  1. Alfatihah buat aruah.
    Puan jaga diri tau .Semoga di lindungi ilahi.
    Have a nice weekend.Salam untuk Aisyah.

    ReplyDelete
  2. cikgu...
    terima kaseh cikgu... Insya'Allah...

    ReplyDelete
  3. Al fatihah buat arwah
    mesti akak pun turut suspen masa tu kan?
    ----------------------------------------

    kak uncle tu
    sya faham perasaan dio
    sbb sya pun suko tengok orang makan, gahlit syok..
    bila kita tengok org makan, macam kita pun rasa kenyang..
    hehehehehee.. ;p

    ReplyDelete
  4. sya..
    memang masa kejadian tersebut, jantung dan nadi akak bergerak laju..
    nampak depan mata, dengar segala-galanya...
    bagi petugas, mereka dah biasa hadapi itu semua...

    (sebenarnya akak pun memang suka perhatikan orang makan... tapi baru kali ini ada orang yg buat macam tu kat akak...hihihihihi..)

    ReplyDelete
  5. Uncle peminat hajah tu agaknya berkata 'kalaulah aku dapat makan macam dia, alangkah bahagianya'. Hajah pun jaga-jagalah diet ye, Take care.

    ReplyDelete
  6. kak hajah nora..
    memang itulah yang isteri uncle bagitau... isteri dia selalu datang tanya saya makan apa tadi sebab uncle suruh tanya. Kalau saya makan gula-gula, gula-gula apa... minum air apa.... isteri dia kata uncle suka nak tiru...
    betullah kak nora... saya terasa harus berhenti makan nasi lemak dan jaga diet yang baik.... Insya'Allah..

    ReplyDelete
  7. doktor...
    mee gumuk..
    mee kuning..
    mee kasar...
    apapun namanya...
    kalau dah goreng mamak, hailam, bandung...
    jadi international ma....

    ReplyDelete
  8. Akak
    I sama dgn DrSinga refer mee kuning as 'mee gemuk'. Banyak rencah tak menjanjikan masakan tu sedap (pulak2 I yg memasaknya, sob3).

    Mcm Kak Zah kita tu, dia buat biskut ikut resipi yg anaknya dah selalu buat. Tetiba komen dari anaknya "mama punya lagi sedap".

    Moral of the story: Air tangan memainkan peranan penting

    ReplyDelete
  9. kak som...
    pernah jugak kawan2 refer mee kuning mee gemuk.. tapi dah lama dulu...
    yesss.... air tangan memang memainkan peranan penting...
    (pssttt.. simpan sebotol, nanti petang i amik..)

    ReplyDelete
  10. Salam DM
    Ish ish.... mcm mana N3 kali ini namaku di sebut2 ... patutlah tak lelap tidor.

    Kali ini mi tu tak lah melilih air lior sbb tunjuk gambar dh habis.... kalau yg baru bukak bekal tu... ha.... itu tak terkata

    Mum's water hand.... dont play play

    Alfatihah utk arwah kwn DM

    ReplyDelete
  11. Salam kak zah...
    sengaja namamu ku seru...
    hihihihihi....
    kak zah...
    memikirkan keselamatan empangan air liur kak zah lah membuatkan saya mengambil gambar selepas makan...
    we never play with mum's water hand...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata