Pertama kali menjejakkan kaki di bandar Hanoi, akak terasa berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman sewaktu awal tahun 1970. Pemandangan bangunan yang usang... penjualnya masih mengandar barang jualan... Lampu jalan yang tidak begitu terang....
Antara penjual buah-buahan yang masih menggunakan 'Kandar' untuk mengandar barang-barang jualan...
Keadaan pasar di Hanoi...
Amat sibuk sekali dengan penjual-penjual...
Penjual baju-baju di sepanjang jalan di Old Quarters. Yang seronok di sini ialah menyopping.....
Hati berasa lapang saja walaupun kita tak faham bahasa penjual... duit saja dah cukup untuk menjadi 'jurubahasa'.
Antara kedai yang akak suka menyopping.... pakaian kanak-kanak...
Masih lagi mundur nampaknya... ada kawasan yang nampak sangat uzur.
Tapi kalau pandai mencari, kita akan jumpa Restoren makanan 'Halal' yang menjual Nasi Briyani milik warga Pakistan.
Pengangkutan seperti motor memang tersangat banyak di sini. Di jalan-jalan besar sangatlah bising bila penunggang motor membunyikan honnya. Macam satu tradisi pula... penunggang motor cukup suka membunyikan hon motosikal dan pemandu kereta membunyikan hon kereta. Boleh jadi riuh rendah.
Jalanraya di Hanoi memanglah tersangat sibuk dan bingit dengan bunyi Hon.
Antara pemandangan di Old Quarters.
Salam DM
ReplyDeleteSebab dia org masih mundur, tu sbb best shopping .. semua barang jadi murah.. tu yg KZ nak pergi tu.. tp tak tau bila... angan2 dulu
Kak..
ReplyDeletesampai sekarang diorang masih ada kandar barang yek?
Kak zah...
ReplyDeletesuasana menyopping disana memang seronok.. pernah saya lihat di depan hotel saya nak dibuat bangunan rumah 4 tingkat, masih menggunakan peralatan lama seperti tuil..(tarik barang dari bawah naik ke tingkat atas..) memang banyak kita rasa pengalaman baru bila disana...
Kak zah pergilah melawat, ajak kak som sekali...
Sya..
masih sya.. memang kehidupan mereka di sana sangat susah... jual dengan mengandar barang2 jualan.. badan mereka kurus2... suami akak pergi kesana kerana disanalah terdapat banyak pesakit yang kena sakit jantung bukan sebab kolestrol.. sebab kemiskinan... mmg menarik..
terperasan gambar yg last teww ada kete mercedes fulakkks.. ahaks
ReplyDeleteen me...
ReplyDeletedalam pada ramai yg miskin, adalah satu dua kereta mewah... (tokeh hotel kot..) kenderaan yg banyak dibawa masuk Toyota...
tapi rata-rata pakai motor saja...
Hajah,
ReplyDeleteTerima ksih kerana berkongsi pengalaman tinggal di Hanoi. Kita sepatutnya merasa insaf dan bersyukur.
kak hajah nora...
ReplyDeleteSaya pulak rasa tak lengkap bilamana gambar kami tiada. Kami hanya ambil gambar melalui kamera menggunakan filem, tp yg ajaibnya sampai sekarang tak jumpa mana filemnya. Ambil video guna video recorder.. tapi entah kemanalah perginya video2 tu... misteri betul... gambar2 yg saya gunakan diatas dari gugel... Byk lg gambar yg kami ambil sewaktu perjalanan dari Hanoi ke Ha Long Bay. Melalui jalan-jalan kampong.. byk rumah2 yg sangat daif... saya akan cuba carilah jugak..
dowang mmg ramai gunakan moto ye kak...
ReplyDeleteAi..
ReplyDeletemotor adalah pengangkutan yang terbanyak kerana itulah yang termurah dan termampu oleh mereka....
(maaf lambat jawap komen...)