Awal pagi lagi akak dah sms marina. Ajak pergi hantar kain untuk tempahan raya. Dia okay saja... senang sungguhlah marina ni.. bila-bila mudah aja nak ajak kemana-mana.....
Terus jemput marina dirumahnya. Akak rasa kalau nak pandai jalan, kena bawa kereta sendiri. Maka akak bawa kereta dan marina jadi penunjuk jalan.
Sampai juga ke Pekan Ampang. Selesai urusan mengukur dan tinggalkan kain... kami pun pulang ke Bangi semula. Marina yang baru balik dari Bandung teringin nak jamu selera di Restoren Padang, BBBangi. Akak cadangkan ke restoren IbuJah, BBBangi.
Hasil dari pilih-pilih lauk, akak dapat lauk yg sungguh sedap.
Sedikit rendang daging, kuah masak asam ikan, goreng tempe, sambal udang dan petai.. dan juga goreng taugeh.
Terasa macam lauk yang kita makan kat kampong rumah mak sedara kesayangan kita.... (nak menandakan lauk tu sedap.. kena dengan selera...)
Marina agak hampa kerana tiada sambal cili ijau dan cili merah.. tapi dia pun mengaku kesedapan dengan lauk-lauk tersebut..
Keluar dari restoren ternampak tokeh restoren iaitu bekas ketua menteri melaka turut beratur bersama isterinya hendak mengambil nasi dan lauk...
jauhnya akak tempah baju..dah dekat dengan rumah pekan ampang tu..
ReplyDeleteZie..
ReplyDeletememang akak dekat dengan rumah zie.. sebab akak pergi dekat ampang depan Dewan Datok Ahmad Razali... pekan yang depan tu (lupa nama... lupa nak ambil gambar) memang dah terasa dekat dengan rumah zie...
gambar yang bawah tu, pinggan kak Marina ke..sikittttnya nasi dia. And..and..Fa rasa pinggan dia pun kecik, tak boleh nak isi banyak2. (ekceli tengah posa ni..tu yang kemaruk tu!)
ReplyDeletefa..
ReplyDeletegambar pinggan yang bawah tu memang pinggan marina.. dia memang makan sikit. Kalau pergi nasi Arab di Cyberjaya, katanya satu pingan nasi beriayani tu dia kongsi dengan kawan dia.. tapi akak boleh habiskan hingga tak tinggal walau sebutirpun nasi...(macam sabtu lalu, betul2 lapar). dia memang suka makan tapi makannya sikit saja.... ekceli marina ni baya fa.. lahir tahun 1966.
salam akak
ReplyDeletehmmm..tgh puasa2 mcmni bila tguh mkanan ni teruja betul..tgh mengira2 nk beli apa kt pasar petang ni...
ida..
ReplyDeleteakak cuba gak puasa pagi tadi.. lepas dah janji dengan kawan, siap dia terliur mengenangkan masakan padang yang dia makan di bandung... akak pun takjadi nak puasa...
nikmat puasa apabila waktu berbuka... selamat berbuka puasa...(kalau rumah kita dekat,teringin akak nak pahala menjamu orang puasa juadah berbuka....)
akak, fa lahir 1967. Hehee muda setahun je.
ReplyDeleteakak ,
ReplyDeletekat mana tu...
sungguh menyelerakan ...
fa..
ReplyDeletesowwy... salah fakta..
pB..
IbuJah ada di Seksyen 8, BBBangi..
dekat dengan Yati ayam percik (kelantan), Mohd Chan Abdullah (Chinese Muslim) Bapakkaya (kopitiam). Dekat dekat PKNS BBBangi.
Akak
ReplyDeleteTuan punya kedai siapa nama?? TS A.Zahar ke atau ex yg lain?
Kak Som..
ReplyDeletetuan punya kedai ibuJah ialah TS A.Zahar.. dia yg i nampak masuk dengan isteri terus senduk nasi... Lauk dia mmg sedap... sama macam mak sedara kita yg kat kampong tu masakkan untuk kita kalau kita balik sekali-sekala..