Friday, July 09, 2010

648 ~ ISRAQ MIKRAJ - 27 Rejab


Sebaik azan Maghrib, kita dah memasuki 27 Rejab. Malam Israq Mikraj.
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w. naik hingga Langit ke Tujuh.

Bulan Rejab - Bulan Allah
Bulan Syaaban - Bulan Nabi
Bulan - Bulan Umat Nabi - Kita semua

Makna Israq - perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa
Makna Mikraj - tangga (yang indah dari syurga)-Nabi Muhammad s.a.w. naik ke Hadratul Qudus Menemui Allah.

Peristiwa Israq dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaranNya kepada Nabi Muhammad S.a.w.

Dari Surah Al-Israq: Ayat 1

Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

7 comments:

  1. Salam kak
    setiap apa yg Allah jdkan ada makna dan pengajarnya kan..?

    ReplyDelete
  2. Salam DM... t.kasih tolong mengingatkan. Di sini azan pun tak dengar.. silap haribulan boleh terleka

    ReplyDelete
  3. Sya...
    Kehidupan kita ini penuh dengan panduan. Berdasarkan Quran dan Hadis.. Memang indah.

    Kak Zah...
    Dulu masa saya tinggal di Penang, hal2 begini selalu mak angkat saya ingatkan kami semua... happy bila mengenang waktu dulu. Sekarang ni, saya suka nak meneruskan apa yang mak angkat saya selalu buat.. 'Ingat Mengingat dan berpesan-pesan...'. Insya'Allah... biarlah hubungan kita kerana Allah Taala.

    ReplyDelete
  4. kita tak boleh posaaa......
    (tak alih2...hehehe)

    ReplyDelete
  5. doktor...
    UUUuuuuu... doktor ABC...
    (Allah bagi cuti...)
    Pengaruh anak2 jugak...

    ReplyDelete
  6. Salam akak
    tiada peristiwa yang paling besar dan yang paling penting dalam kehidupan Nabi SAW..selain dari peristiwa Israq Mikraj..terlalu banyak pengajaran yg boleh kita dapat dari peristiwa tersebut...

    Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  7. Ida...
    Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW...
    Boleh menitis airmata bila mengenangkan bagaimana kasihnya Nabi Muhammad saw kepada kita umatnya....
    Subha Nallah

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata