Monday, July 12, 2010

651 ~ Tak sangka2


Malam td suami minta akak lihat Aisyah yang sedang lena tidur. Dalam pandangan akak, Aisyah tidur lena. Tapi rupa2nya Aisyah sedang mengalami kesukaran bernafas akibat jangkitan kuman di paru-paru. Bila di pakaikan oxy meter di ibu jarinya.. bacaan oksigen cuma 89-91 sahaja... menandakan kesukaran Aisyah untuk bernafas. Suami dah mengambil keputusan Aisyah perlu dibawa ke hospital.

Bila suami memikirkan betapa susahnya keadaan akak harus menanti Aisyah di Hospital jika Aisyah perlu masuk wad, suami berikhtiar mengejutkan Aisyah. Ubat antibiotik diberi, nebulizer juga diberi. Bila dipantau dengan oxy meter... ada peningkatan. Tapi kesan ubat dari nebulizer membuatkan nadi Aisyah menjadi laju sehingga 179.. walhal kadar normal adalah dibawah paras 150. Manakala kadar oksigen meningkat ke 95 berbanding 89-91 sebelumnya. Badan Aisyah yang agak panas di lap-lap dengan tuala basah. Aisyah memberikan respon yg baik sekali berbanding pada waktu siangnya dia tak mahu makan ubat tetapi bila diberitahu Aisyah akan kena masuk wad jika tiada perubahan..... Aisyah terus bagi respon positif. Mahu minum air berbanding sebelumnya langsung tak mahu.

Pagi ini, suami mengambil cuti untuk memantau keadaaan Aisyah. Akak ke opis sendirian selepas menghantar anak ke sekolah. Selesai akak dialysis dan mengambil budak sekolah, suami akan ke hospital pula untuk melihat keadaan FIL yang sedang di rawat....


14 comments:

  1. Alahai kesiannya Aisyah.. Dahlah duk sensorang dipagi Senin sebab Ibu pergi opes.

    Cepat balik ya Buuu ... ??

    ReplyDelete
  2. kak som...
    abah dia tunggu ari ni.. lega sikit rasanya.. kalau mcm tu mmg susah hati nak tinggalkan sensorang.

    ReplyDelete
  3. untung abah Aisyah seorang doktor..semoga Aisyah cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  4. zila...
    Alhamdulillah... syukur sebab kesihatan Aisyah dpt di pantau... terima kaseh..

    ReplyDelete
  5. Salam Rahmah, Ya Allah mujur lah ayah Aishah saorang doktor, boleh lah dia monitor keadaan anak nya tanpa perlu ke hospital. Alhamdulillah..ada positif progress. Moga Aishah cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    Alhamdulillah...
    terima kaseh....

    ReplyDelete
  7. Mudah-mudahan Aisyah cepat sembuh.
    Makan ubat tau, Aisyah!

    ReplyDelete
  8. Aunty doakan Aisyah cepat sembuh....rajin2 makan ubat... ayah yg jaga.... first class treatment!

    ReplyDelete
  9. salam


    sib baik ada tuan doktor di rumah sendiri.
    Mudahhh gitu

    ReplyDelete
  10. lili...
    thank you....
    Inilah masalah AIsyah .. dah tak suka nak makan ubat macam dulu.. kalau boleh nak ubat wasa stobewi...

    kak zah...
    terima kaseh...

    pB...
    Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  11. Musim budak2 demam n x sihat skrg agaknye. Di sekolah ramai juga yg cuti sakit demam panas dsb. Smg aisyah cpt sembuh..

    ReplyDelete
  12. Itulah perlunya ada org yg sihat utk nak menjaga yang tak sihat....kadang2 bila berulang alik menjaga pesakit, yg sihat pun boleh jadi x sihat. (pernah dulu anak2 Fa semuanya demam, kita pulak rasa nak tumbang, berjaga siang malam)

    Semoga cepat sembuh!

    ReplyDelete
  13. kak hajah nora...
    Mujurlah... Alhamdulillah....

    Yati...
    memang musimlah.. dari kita kecik dulu, bila musim durian... adalah yg demam, selsema... sama juga sekarang ni.. Kan tengah musim durian?
    Ti... Lupa nak tanya... dah cuba ker nasi tomato tu?... sedapppp????

    Fa...
    Betul tu Fa.. tapi orang yg sihat pun boleh tombang bila ramai sangat yg tak sihat.. dengan dia-dia sekali boleh tak sehat....
    Terima kaseh... akak balik dari dialysis, tengok Aisyah dah menganazzzzz semula... Kiranya dah sehat lah tu... :-)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata