Sunday, July 25, 2010

677 ~ JJMM - Jalan-jalan Meeting Makan...


Semalam (sabtu) akak ada mesyuarat terakhir dengan junior sempena reunion pada 1hb ogos nanti. Dalam memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, kami harus membincangkan banyak lagi perkara. Suami yang kebetulan ada (sebelum ini suami berulang alik Bangi-Melaka) menghantar akak kerumah junior di Taman Seri Keramat dan kemudiannya pergi ke Expo Barang-barang Audio di JW Marriot.

Selesai perbincangan kami, suami menjemput akak dan kami menunaikan solat maghrib di Surau Jalan Damai. Hajatnya ingin makan malam di Restoren Arab Rawsha di Jalan Damai, off Jln Ampang. Selesai solat, kami pun menuju ke Restoren tersebut yang kelihatannya agak ramai pelanggan berbanding dengan satu lagi restoren Arab berdekatan dengan situ. Makanan Arab yang di hidang adalah dari Lubnan. Restoren Arab yang kami selalu makan di Cyber Jaya adalah dari Yaman.

Pemandangan dari pintu masuk.



Terlebih rajinlah pulak... ambil gambar menu...


Antara Hidangan Nasi yang di sediakan. Olehkerana di Restoren Saba kami sering makan Chicken/Lamb Khabsah.. disini kami mencuba Chicken/Lamb Mandy...


Kami diberi roti Nan ini apabila mengambil Mixed Grill...


Mixed Grilled...
Lamb dan Chicken...

Nasi Lamb Mandy...
Ada disediakan cili hijau lagi untuk ulaman.. tapi kalau makan dengan sos cili pedas dari Arab.. memang sedap...

Nasi Ayam Mandy...
Besar Ayamnya...

Pilihan minuman...
Jika di Saba Restoren mereka hidangkan Barbican..
di sini kita boleh memilih Delster...
Sesuai untuk menghilangkan muak bila makan nasi beriyani begini...


Akak memilih air buah delima..
Suami memilih air buah nenas dan strawberry...
Akhirnya suami mengatakan air buah delima lagi sedap dan berasa.. yang dua lagi tu hambar saja rasanya...


Bagi peminat makanan Arab dan si (tekak minang)... akak lebih menyukai Nasi Khabshah di Restoren Saba, Cyberjaya.. Nasinya lebih enak dan berasnya nampak lebih panjang dan bermutu.
Tapi ikut tekak masing-masing... (jangan percaya saja.. cubalah....)

10 comments:

  1. salam akak
    rasanya ida belum pernah mencuba makanan arab ni...lagipun tekak melaku ni agak kurang sikit makanan aaaaarab dn mamak...walaubagaimanapun semuanya nampak sedap dn menyelerakan.

    ReplyDelete
  2. Ida...
    bagi kita penggemar masak asam pedas melaka.. dan masak lomak cili api... makanan arab ni kurang kena dengan tekak... kerana rasanya tidak pedas... takder rasa rempah ratus... saya pun ambil masa nak menerima nasi beriyani khabsah yang selalu saya makan di Restoren Saba, Cyberjaya..

    ReplyDelete
  3. Salam DM.... ish ish... meriah sungguh... tp KZ tekak minang jugak.... sesekali boleh le tukar selera...

    ReplyDelete
  4. kak zah...
    saya tetap sokong lauk minang....
    walaupun saya boleh makan nasi arab...

    ReplyDelete
  5. kak
    sya suka roti nan
    makan g2 pun sodapkan...

    ReplyDelete
  6. Sya..
    roti nan yang ini memanglah sedap walaupun dimakan gi2...

    ReplyDelete
  7. Akak tekak melaka dan minang.Susah nak terima menu-menu Arab dan Mamak. Tapi air 'Delster'nampak best aje.

    ReplyDelete
  8. kak hajah nora...
    rupanya ramai sedaro saya disini...
    suami saya suka mencuba, saya pun ikut sudah menjadi tekak pelbagai rasa..
    terus terang cakap.. air delster tu, hanya perasa delima yang ada rasa... yg lain semua flat...
    tapi kalau barbican... semuanya sedap-sedap....

    ReplyDelete
  9. salam AKAK...

    apa khabar?
    moga akak sihat selalu..
    lama tak singgah sini..
    sudah banyak entri yang saya ketinggalan..
    nampak sedap makanan tu..tapi lom penah try..

    ReplyDelete
  10. Amy...
    apa kabar?... sihat???
    terus terang cakap, makanan yg di rawsha tu nampak memang menarik tapi rasanya sedap lagi yg ada di Saba restoren, cyberjaya.... tapi amy... tekak memasing.
    BTW tekak amy yg gemar roti sardin dah berjaya membuat akak minat roti sardin... pengaruh amy jugak...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata