Monday, July 12, 2010

652 ~ Wonderpets di Unit Dialysis....


Akak dah 2 tahun dialysis di Unit ini. Dalam seminggu 3 kali.. 4 jam tiapkali bertemu... akak akan jumpa dengan mereka semua. Memanglah pada bulan-bulan pertama, kami tidak begitu mesra dengan satu sama lain tetapi bila akak dah 2 tahun 'dikerjakan' (instead of bekerja macam u all..)di unit ini... hubungan kami sesama pesakit, isteri dan suami mereka malah pembantu mereka menjadi makin mesra. Sentiasa ringan menghulurkan tangan dan meringankan beban.


Ini adalah bibik kepada seorang uncle yg dahulunya ditempatkan bersebelahan dengan 'meja kerja' akak... Bual-bual dengannya dan kami jadi mesra. Dengan relahati dia menjadi pembantu khas akak. Tiap pagi akak sampai, buku rekod akak, selimut dan alas kerusi dan disediakan.
Sebaik akak tiba, beg akak akan dibukanya, dikeluarkan segala barang keperluan akak. Laptop akak, power cord dah siap bersambung pada power point, segala plaster yg diperlukan dah disediakan di meja... bekas untuk alkohol mencuci dah tersedia... akak cuma pergi timbang dan ambil BP sahaja. Lain-lain dah dibereskan.


Ini pula uncle yang akak selalu payah nak tau nama... Initialnya akan akak hapal... Muga2 semudah initial KFC.... Kenapa dia tunduk sampai begitu depan akak..???? Dia membantu akak menukar air yang diperlukan oleh mesin. Bagi mengelakkan mesin akak jadi 'bermasalah' dia tolong ambilkan air yang diperlukan dan disambung dengan mesin...
Kami selalu berbual-bual mengenai ibunya yang sudah tua dan telah 'nyanyuk' yang seringkali menganggu tidurnya...
Bila hatinya senang, uncle ini akan menari tarian klasik cina dan menyanyi-nyanyi... Antara yang baik perangainya.... A+


Pakcik ini pula memilih untuk tidur dengan menutup seluruh wajahnya dengan tuala.. Pendiam dan tak banyak kerenah... Antara yang terbaik.. A+

Inilah uncle yang sering memerhatikan akak makan. Dia adalah gambaran perangai akak yang sangat suka melihat orang sedang makan. Pernah sekali tu dia menyangka akak dah ingin menjamu selera tetapi tertangguh kerana leka melayan komen di blog. Lama juga dia menanti akak membuka bekal makanan. Akhirnya dia bersuara... " Kenapa you tak makan lagi?.. Tadi u kata u lapar?... Sekarang u dah leka main dengan u punya komputer....". Akak memang rasa nak tergelak sebab perangai akak ada pada orang yang akak kenal.... Terus akak buka bungkusan makanan dan makan. Uncle ini pun tersenyum riang. Akak perasan dia mencuri-curi pandang melihat akak mengadap/mengunyah makanan.... Hahahahaha.... bukan kita tak kenal....


Bila-bila dia leka, akak pula suka memerhatikan dia makan. Dan sekali-sekali akak akan curi-curi gambarnya. Dia jenis yang suka memandang kita, bukan mudah nak snap gambarnya....
Inilah uncle yang selalu mengatakan hidupnya dah kurang bermaya.. hanya menanti mati sahaja. Kalau balik dari dialysis, dia harus tidur dahulu seharian dan esoknya barulah dia segar semula. Dia suka guna perumpamaan begini... " Jika ada wang ataupun emas terjatuh di lantai,... saya hanya boleh tengok sahaja... saya tak boleh tunduk ambil kerana kepala saya selepas cuci darah akan menjadi pusing...." Dan tiapkali itu juga akak akan mengusik dia... " Uncle, bila uncle jumpa emas seketul di lantai... uncle talipon saya... saya akan ambilkan....". Berderailah ketawanya..... A++

Pakcik ini dahulunya seorang prof. di sebuah universiti. Uzur sangat dah. Sering pitam sewaktu sedang dialysis... (tak berani komen)

Uncle akak dengan isterinya yang berbaju merah dan SN Ros....

Ini pula seorang anak muda yang sudah kena cuci buahpinggang sewaktu usia masih muda. Jika tak silap sejak usianya 14 tahun. Antara pesakit yang mempunyai ibu yang sama-sama cuci darah di sini.
Bila perhatikan kisah beliau yang semuda itu sudah kena dialysis, akak merasa sungguh insaf dan tak komplen dah....

Pakcik ni di temani oleh isterinya selepas anak daranya mendapat tawaran kerja di jabatan kerajaan. A+

Uncle ini mempunyai dua orang anak lelaki yang telah berjaya menjawat jawatan sebagai doktor. Kedua-dua anaknya dibiayai oleh beliau keluar negara dalam bidang perubatan. Uncle ini pun termasuk golongan yang mudah mesra dan tidak banyak kerenah. A+

Hmmmmmmm.....
Pesakit yang paling banyak menimbulkan kerenah dan menyusahkan petugas....
(tak mau cerita panjang....)
Problem.....
(Yani, uncle inilah yg i dan adik u ceritakan....)
Bagi yang berminat nak mengetahui kisah dia ni... sila rujuk blog lama akak.. di
http://akak-akak.blogspot.com
Cerita Hari Ini.
Tarikh : November 6, 2009. Friday.

Inilah serba sedikit kisah rakan-rakan sama 'opis' dengan akak. My opismate....kekdahnya.

15 comments:

  1. akak ..

    pejabat akak ni kat mana ?

    ReplyDelete
  2. ini ke uncle tu..rupa pun semacam je..
    ingat masa u cerita ari tu nak tegelak pun ada..kerek nye manusia..dia ingat dia masih diatas..sikalang balu u tau ha..ha yaa..mau mati pun susah...

    ReplyDelete
  3. pB...
    pejabat akak di Unit Dialysis,Hospital Serdang.

    Yani...
    sengaja i ambil gambar dia untuk tunjuk kat u. I dan adik u boleh cerita ttg uncle ni macamlah menceritakan kisah pak sedara yg dah lama masing2 tak jumpa...hehehe...
    Memang mau mati memang susah maaa.....
    tapi mau idup.. jangan kasi olang lain pulak susahhh... maaa...

    ReplyDelete
  4. salam lompat2 blog... akak pe kabar hari ni?

    kakak saya ada sorang, 3 kali mtg setiap minggu kat dialisis center, skrg kat ijn sbb ada heart problem... begitulah cerita masing2 ek... harp ceria selalu :)

    ReplyDelete
  5. mak su...
    mmg kebanyakan pesakit buah pinggang... mudah mendapat penyakit jantung...
    macam2 kan...u tahu kerana ada keluarga yg sakit sama...
    Inysa'allah.... wonderpets ramai untuk menghiburkan.... :-)

    ReplyDelete
  6. Salam DM... kesian pulak KZ tengok ... itulah kalau kita rasa kita susah, ada org lg susah dpd kita...itulah yg menguatkan semangat KZ selama ini bila menerima dugaan Allah. Seperti uncle tu kata.. kalau jatuh seketul emas dpn dia pun dah tak guna dah....

    ReplyDelete
  7. Kak zah..
    saya suka bergaul dengan semua orang... bila kita kenal dgn orang yang lebih sakit dari kita, kita rasa syukur sangat dgn dugaan yg diberikan pada kita... kita tidak akan selalu mengeloh sahaja... kita redha dan kita hadapi. (Kata2 ni utk saya jer..)

    ReplyDelete
  8. Oh hari ini akak jadi papparazi pulak ye. Tangkap gambar officemate tanpa mereka sedari. Begitulah elok berbaik-baik, tolong menolong, buat kebajikan di mana boleh. Take care hajah.

    ReplyDelete
  9. kak hajah nora..
    memang jadi mamarazzi ari ni... buat2 ambil gambar mesinlah.. kerusilah.. katillah... syok jugak jadi mamarazzi...
    Memang kami disini faham keperluan masing2.. kami lakukan dengan seronoknya...
    thank you kak hajah nora...

    ReplyDelete
  10. cerita pasal org yang suka tengok kita makan....

    hairan sebab ramai yang kata, bila dia tengok Fa makan, rasa macam nampak sedapppp sangat! hahahaa...masa keje kat Bank dulu, pagi2 Fa breakfast kat office je, pagi tu, makcik cleaner tu dok peratiii je Fa makan, kita pelawa, dia tak nak. Not long after that, dia pun pegi beli mee yg Fa makan tadi...dia kata, nampak sedappp gituk! heheeeee...

    akak, ntah2 pakcik tu dok telan ayaq liuq jaaa bila tengok akak makan NASHI LEMAK...hehe

    ReplyDelete
  11. yang dapat F takde kan...???
    :)

    ReplyDelete
  12. alaa, cerita la pasal uncle yang bikin susah tu, hehe *saya suka dengar cerita hot*

    ReplyDelete
  13. boleh tahan jugak opismate akak. sib bek sorang je yg 'gred rendah' :)

    ReplyDelete
  14. Fa..
    nanti akak buatlah entry pasal 'tgk orang makan'..
    byk cerita yg boleh kita kongsi...
    Tgk org makan...adalah hobi pertama akak...hehehehe.. nanti nak tgk fa makan puas-puas...

    Doktor...
    Memang ramai yg dapat F tapi akak jenis yg kalau dah tak suka... nak memandang pun akak tak mau apatah lagi nak tgk gambar mereka... (itulah perangai akak)

    KOG...
    Pernah akak ceritakan dalam blog lama dulu.. takpa KOG punya pasal... akak ceritakan semula... tapi kalau u cari..(nanti akak dapatkan date entry...)

    Ai...
    Bukan sorang jer sayang... ramai lagi...
    tapi akak ni pesen Nyonya mansor...
    "Kalau aku dah tak suke dengan orang itu... gambar dia pun aku tak nak ambik..."
    (sambil sental-sental sentil digigi....hehehehe)

    ReplyDelete
  15. KOG..
    akak dah jumpapun..
    nanti KOG pergi ke
    http://akak-akak.blogspot.com
    cari tarikh November 6, 2009 hari Jumaat...
    memang penuh cerita ttg si 'samseng'tu...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata