Thursday, July 15, 2010

660 ~ Beli baju...


2 minggu lepas.. kami keluar membeli belah... yang hendak dicari adalah pakaian untuk anak-anak. Bukannya boleh macam masa depa kecik2 dulu.. beli selongok.. depa pakat pakai semua.. sekarang ni.. ada yang mempunyai 'citarasa' sendiri.... kena bagi kebebasan untuk memilih pakaian dan warna yang digemari.

Kena pula menyopping hari Sabtu... kebanyakan kedai-kedai besar mematuhi arahan tiada diberi beg plastik. Kita terpaksalah beli plastik beg yang disediakan ataupun bawa beg dari rumah. Akak sangat-sangatlah pelupa. Sewaktu menyopping di Ikea, akak ada membeli beg besar Ikea tapi akak lupa nak bawa. Maka kami membeli 2 beg yang dijual di kedai tersebut.

Beg ini pula memang dibawa dari rumah oleh Cik Aisyah. Dia menggemari gambar dan warna beg ini. Gemar sekali dibawanya beg ini kemana-mana. Kami memanggilnya 'bag lady..'

Bila dah penat menyopping, tentulah kami harus berhenti dan mengisi perut yang kelaparan. Inilah hidangan yang menjadi kegemaran akak kalau terpaksapergi ke Nando. Majoriti ramai memang akan memilih ke Nando. Si tekak Minang, menurut saja....


Entah apa pesyen pulak anak amoi sorang ni... Bertinggong atas kerusi sampai menanti makanan...
Posisinya sama seperti cerita Madu 3.. - apek pegang bendera ...


Ini adalah semasa Aisyah menaiki 'keretapi' haiwan mengelilingi sebahagian kecil Mines Shopping Center.

Ain kelihatan agak 'tak seronok' bila di paksa menaiki keretapi ini kerana dia terasa agak malu menaiki keretapi itu bersama-sama budak-budak kecil.


Sempat juga kami membelikan Aisyah seekor kucing yang tidak akan terberak atas katil Ain...


12 comments:

  1. Shopping HRaya ker Rahmah, Bagus tuh, kalau bulan puasa nanti berasak2 org dan keletihan, lapar, dahaga tapi tak leh menjamu selera sambil menyopping...

    ReplyDelete
  2. salam kak nani...
    lebikurang begitulah... nanti bila dah puasa.. tidaklah berebut-rebut dengan keadaan perut yang lapar dan kepenatan mencari sana sini....

    ReplyDelete
  3. Dialognya harus begini: "Haiya, mau makan syusyah, tatak makan pun syusyah...Tunggu makan ala syusyah...how meh? Ini macam wa baik jadi Aisyah..."

    ReplyDelete
  4. Lili...
    hahahahaha... lawak sungguh dialog tu...
    kena sungguh dengan gaya bertinggong Aisyah...

    ReplyDelete
  5. fa kalau pegi beli baju anak2, senang je. Bagi tau depa budget sorang berapa, berapa helai, dah berkenan tunjuk dulu utk dapatkan approval samada okay ke tak okay di mata omaknya...hehehe....

    (teringat masa anak2 kecik berderet dulu, shopping pulak last menet, nak pengsan, everytime nak menerai depa hilang dicelah2 baju! Qistina pulak dah nangis, letih asyik kena menerai baju!)

    ReplyDelete
  6. Fa..
    kalau anak lelaki okay... anak perempuan kena teliti ikut kesesuaian 'aurat'... puaslah mencari yang sesuai dan depa pun suka... itu yg kena cari bulan syaaban ni.. dah ramadhan.. tak larat pulak nanti...

    ReplyDelete
  7. Akaaak ehh Ibuuuu (sebutan berlagu2)
    Beli baju raya tak belikan baju 'anak sulung' sekali ehhh? Alaaa, kalau cam tu malas aaah nak pose :-(

    ReplyDelete
  8. Along....
    baju kuwung biwu dan kuwung putih bunga-bunga kat bawah yg Along pakai masa wedding ari tu pun cantik lagi... nampak anggun lagi.... hehehehehe .... ( I dah put 2 nad 2 together ) Baju kuwung biru dan putih bunga2 biru yg u pakai masa wedding tu memang dah shantik... Kalau owang tak pose tak boleh Waya.....

    ReplyDelete
  9. salam ziarah,selalu juga singgah disini ,hari ni teringat pula nak tinggal jejak. Suka baca blog you yang keibuan dan kesabaran menempuh dyalisis.
    Semoga dirahmati selalu.
    Love,makcik blogger dari utara.

    ReplyDelete
  10. Akak aka Ibu.. tapi Along nak baju lagi, lain kalew (kaleR).. naaak..nak jugak..

    ReplyDelete
  11. kaka chantik pun ada kucing tu, bunyi sejibik anak kucing, comel warna putih

    ReplyDelete
  12. mokjadeandell...
    terima kaseh singgah...
    terima kaseh juga sebab suka baca cerita harian akak.... semuga persahabatan akan terjalin....

    Along...
    kalau cenggitu along kena pose jugak tak boleh tinggal satu hari pun.... boleh tak?...

    Sya..
    memang seronok dengar bunyi kucing 'jadian' tu..
    warna putih macam harimau benggal lah.. cantik tu...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata