Tugas seusai bangun pagi...
1. Rebus Laksa...
2. Potong timun, bawang dan cli api...
3. Bancuh dan goreng chekodok....
Selesai siap semua tugas... akak pun membancuh dua cawan kopi... (sementara menunggu boss siap-siap...) akak pun ambillah chekodok.. niatnya nak makan satu jer.. nak washa... aleh-aleh... terus tuang sos cili dan mengadap hinggalah boss pun join sama.... Duduklah kami menghadap chekodok yang lengkap segala bahan-bahannya.....
Lepas dah pekena chekodok... akak offer boss makan laksa... boss macam keberatan jugak sebab jarang dia pekena laksa untuk bekfes... akak buat jugak 2 mangkuk laksa... satu akak makan dan satu letak depan boss.... Boss pun tengok akak makan punyalah pelahapkesedapan... dia pun makan jugak laksa... habislah semangkuk laksa.
Macam ni punya laksa... ori punya... takkanlah tak teringin.. ya tak????....
Selesai sarapan... kami pun pergilah ke Pasar Tani di Mardi, Serdang. Dapat semua lauk-lauk yang diperlukan, kami pun pulanglah kerumah.
Kemudian keluar semula untuk menghantar Naza untuk di periksa aircondnya. Sebelum ini kami dah hantar ke Naza Servis tapi depa tidak dapat membetulkan masalah aircond tersebut. Depa bubuh gas sahaja. Langsung tak sejuk pun... (Niatnya nak bantu syarikat melayu meniaga.. tapi depa buat ala kadar sahaja...) Maka hari ini kami terpaksa luangkan masa juga menghantar Naza ke tempat servis aircond yang dimiliki oleh orang cina. Hantar tempat yang biasa akak hantar dahulu.
Tinggalkan kereta di kedai aircond tersebut, kami pun menaiki kereta keRAJAan ke hospital. PIL nak keluar hospital hari ni.
Selesai menghantar PIL hingga ke kereta, (BIL hantar pemandunya untuk menghantar PIL pulang ke Melaka), kamipun pergi mengambil Qeeb yang bersekolah hari ini di sekolahnya dan kemudiannya membawa Qeeb ke Restoren Saba di Cyberjaya.
Jika ke Restoren Saba, jangan lupa meminta air ini... Barbican Strawberry...
Memang sedap... jika kita rasa macam muak selepas makan beriyani yaman... bila di sulam dengan air ini... memang sesuai...
Inilah Briyani Lamb Khabsah untuk boss... memang sedap...
Briyani Chicken Khabsah untuk akak dan Qeeb..
sedapnya laksa tu
ReplyDeletenampak meriah
nakkk
nakkkkk
nak jugak..!!!;p
Gulllppp....silap la masuk sini waktu2 gini....**tengah tunggu nak berbuka** :-0
ReplyDeletePagi tadi akak breakfast soto dan cokodok cicah masak asam.
ReplyDeleteSya..
ReplyDeletejomlah... kalau nak merasa laksa akak, kenalah berjalan2 ke Bangi...
Fa..
(Banyak pahala U bila banyak yang menggoda...)
teruskan..teruskan...
Kak hajah nora...
Kira agak2 serupa juga breakfast kita... chekodok.. kalau namanya chekodok memang sedappp dicicah dengan apa pun...
Apo nak di kato.... den tolan air liur jo lah... nampak memang menyelerakan....
ReplyDeleteKak zah...
ReplyDeletememang tak terkato... memang menyelerokan... mahap jer lah.. nanti balek.. den belanjo yo...
nanti ke seri kembangan ,bolehlah nak minta anak treat kat restoran tu.Laksa tu laksa resepi negeri mana?penang, Kedah or peghelih.
ReplyDeleteSalam.
Makcik blogger asal Kedah.
salam cikgu...
ReplyDeleteJika ke Seri Kembangan.. bolehlah ke Cyber Jaya untuk ke Restoren Saba.
Laksa yang saya buat kali ini adalah laksa Penang... (saya pun bukannya tau beza laksa kedah,peghelih atau penang...)
wah...sodapnyo...laksa ni kalau dah semalaman..baru terasa kesedapanyer...masam,masinnya pedanye..semua dah sebati ngan ikan..ermmmmmmmmmm sodap...
ReplyDelete