Thursday, July 08, 2010

645 ~ Berbudi pada tanah dan pasu-kekdahnya.


Bunga raya ni akan menyambut akak sebaik tiba di pintu pagar. Mesra dengan warna kemerahannya. Ceria saja nampaknya....

Akak beli anak pokok bunga raya ni sewaktu akak turut serta gotong royong di sekolah rendah anak akak 3 tahun dahulu. Cikgunya pula menjual anak pokok bunga raya untuk tabung sekolah. Akak beli 3 pokok. Satu warna merah, satu peach dan satu putih. Yang putih akak tanam di belakang rumah tapi tak menjadi (mati). Yang peach akak tanam di bahagian depan luar rumah sebelah kiri dan yang warna merah ni sebelah kanan rumah.


Pokok kari ini akak tanam sejak mula-mula mendiami rumah ini. Kejap subur menghijau, tapi bila datang penyakit pokok.. daun2nya jadi hitam dan putih berlubang-lubang. Buat masa ini, pokoknya dah berganti pohon baru selepas habis rosak sebelum ini. Untuk masak kari, memang berguna...

Ini yang tumbuh sepasu dengan pokok cili dan pokok limau purut.... subur pulak...


Akak beli pokok jambu batu ini yang sedang berbunga. Besar harapan nak merasa makan buah jambu batu dari pokok pasu sendiri. Tapi hari minggu lepas, angin agak kencang... habis putik-putik jambu akak yg 2 kilo/biji itu... sedehnya.... tak der rejeki...


Buah Mata Kucing akak masih ada di pokok putiknya... jumpa se kilo/biji jatuh di lantai... nak nanges... tapi kena tabah...


Tak disangka-sangka.... bila akak mencari-cari apakah mandul mangga chukanan ku ini.... akak ternampak ada sejambak bunga di hujung pokok. Akak naik untuk melihat apakah bunga mangga ataupun bunga pokok lengkuas yang akak tanamkan terlalu rapat-rapat dengan pokok mangga ini. Ingatkan lengkuas yang tinggal separuh tu, bila ditanam tak menjadi... eh eh.. menjadilah pulak... rimbun di dalam pohon mangga chukanan itu.
Mudah-mudahan merasalah kami walaupun sebiji buah mangga ini....


Putik mangga yang dalam pasu dah mula nampak buahnya..... Mudah-mudahan kuatlah dahannya di situ hingga dapat kami merasa buahnya.....


7 comments:

  1. Jangan putus asa, tanam lagi bila pokok tak menjadi..mungkin terlalu banyak baja, air tak cukup,..pokok akak pun banyak dah mati kena hempap batu-batu,

    ReplyDelete
  2. Salam Mah,

    Pokok kari senang kena serang dengan bena. Sekarang ni dah hujan hujan, eloklah pokok kari, kan! Rumah kawan saya menjadi-jadi, so baru-baru ni saya geram sangat kat pucuk2 nya, saya buat ulam...uish...sedap Mah...nak-nak makan dengan sambal nyiur. Perghhh!

    ReplyDelete
  3. KAK, HARAP HARAP DAPATLAH HASILNYA, BOLEH KITA BERKONGSI BERSAMA
    ;P

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora..
    memang saya gigih juga mengganti pokok2 yg mati... cumanya kdg2 hampa juga.. tapi kali ni.. mmg musim mangga nak berbungga/buah... girang betul hati rasanya...

    lili...
    daun kari mmg sedap.. wangi... suka guna dlm masakan.. goreng ayam pun sedap kalau guna daun kari...

    sya..
    mmg harap juga... lori dah akak tempah utk hantar ke pasar borong... hehehehe....

    ReplyDelete
  5. Akak
    dah lama tak dengar perkataan 'bena' (yg Lili sebut tu) tapi I sebut 'benah' ('e' bertanda).
    Dua2 boleh guna ke??

    ReplyDelete
  6. rajinnya akak,
    kat rumah tu banyak tanah kosong,tapi ila ni jenis alergik gigtan nyamuk so malas nak serahkan diri di belakang sana..silap2 bisa jadi bisul..huhuhu...

    la ni ada pokok pisang dan pokok pelam je yang sedang berbunga dan pisang sedang berbuah..kalau nak anak pokok pisang nangka meh la amik...pokok kari tumbuh meliar kat tepi pagar..

    ReplyDelete
  7. kak som..
    bila mengenal u dan lili... banyak ayat yg pernah guna dan dengar dulu2 digunakan semula... Blog kita ni boleh jadi wadah untuk menghidupkan kembali ayat2 yg lama yg dah tak digunakan.. kekdahnya..I Likeeee.....

    zie...
    nanti kalau akak datang minta anak pisang nangka tu... kira okaylah yer... (mempelawa diri sendiri)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata