Thursday, July 22, 2010

671 ~ Mujuqlah...



Sejak malam tadi akak memang dah niat nak puasa...
Pagi tadi menjawap entry mengenai burger.. akak asyik dok tulis nasi lemak. Dalam otak dah membayangkan kesedapan nasi lemak seksyen 7. Pagi tadi masa keluar hantar anak ke sekolah, akak dah ingat nak pusing stereng arah ke syeksyen 7, tapi akak kuatkan azam terus balik kerumah. Tiba di rumah, dalam kepala asyik dok teringat N A S I L E M A K seksyen 7.....

Akak memang pernah buat entry mengenai nasi lemak seksyen 7 ni. Mula-mula dulu akak membelinya hampir setiap pagi bila akak ke hospital. Lepas tu akak rasa macam malas dah sebab kalau nak beli kena berebut dengan ramai orang. Kadang2 bila kita ingat kita punya turn, dia dok tanya orang yg baru datang depan tu... Hangin akak satu badan.

Sejak akhir2 ni, akak lihat dia guna sistem beratur. Memang kekadang panjang kena beratur tapi hati puas sangat sebab memang adil. Takdelah kita kena buat muka macam 'puss in the boots' dlm cerita SHREK tu... baru depa nak bagi perhatian...

Sebaik dah teringat-ingat dan terbayang-bayang kesedapan nasi lemak seksyen 7 tu... akak pun terus menukar baju dan memakai tudung. Terus keluar rumah. Start kereta terus keluar. Sampai di pintu masuk kawasan perumahan kami, akak kena buat brek mengejut kerana hampir bertembung/langgar kereta Biras akak. Dia dalam perjalanan nak masuk selepas menghantar anak bongsunya ke tadika manakala akak arah nak keluar. Mujurlah kami sempat berhenti dan brek mengejut. Berbunyilah juga saat berhenti dan tekan brek tu....

Kami sama-sama turunkan cermin. ( Masa ni akak rasa rugi betul tak bawa kamera... kalau tidak boleh lihat wajah ceria dan gelak tawanya Biras akak tu...) Mujuqlah kami bersaudara... kalau orang lain mau kena jeling masing-masing... Kami memang duduk dalam satu kawasan perumahan. Kesibukannya bekerja dan akak pula jarang keluar, membuatkan kami hanya bertemu di majlis perjumpaan keluarga atau terserempak begini. Tapi kalau boleh, tak mahulah sampai dah berlanggar muncung kereta baru nak bertemu.

Akak pun meneruskan perjalanan ke Seksyen 7. Nampak dari jauh macam tak buka jer gerai ni.. sebab tak nampak pun orang beratur panjang. Agaknya memang nasib menyebelahi akak... orang memang tak ramai. Senangnya dalam hati. Bila dah dekat kelihatan nasi dan lauk masih banyak lagi. Akak minta nasi lebih.. sambal lebih... ayam dua ketul....

Dalam perjalanan pulang ke rumah dah berbau-bau sambalnya yang teramatlah menyusuk segala kalbu yang membaunya. Akak bawa kereta laju-laju untuk sampai kerumah. Terpikir jugak kalau berlanggar pun akak takkan berhenti selesaikan kerana akak dah lapar sangat ni... nak makan....

Sebaik tiba di rumah, terus jerang air panas. Nasi akak alehkan ke dalam pinggan. Air kopi O pekat dapat secawan.... Tiada hari yang lebih indah dari ini.....


Nasi Lemak yang jadi idaman...



Sebaik suapan yang pertama... hmmmmmmm....... tak boleh nak bayangkan dengan kata-kata...
cubalah sendiri...



20 comments:

  1. memang meriah kak.... saya ni plaks, pagi2 tak boleh nampak nasik goreng kampung, mesti nak ngap :)

    ReplyDelete
  2. rutin makcik sejak pencen -segelas nescafe,cicah rotiJacob's dgn telor .hai rindu kat akak kantin sekolah.

    ReplyDelete
  3. maksu...
    bila maksu sebut nasi goreng, teringat masa akak kecik2 40tahun dulu...nasi goreng arwah makcik adalah yang tersedap. hmmmmmm..... dah mula membayangkan nak buat nasi goreng ala-ala arwah makciklah pulak...

    cikgu...
    nescafe pagi2 memang menyegarkan sebelum saya berkenalan dengan kopi o kampung...
    sekali2 jenguklah akak kat kantin sekolah tu...

    ReplyDelete
  4. Akak, I bekpes nasik lemak tak sidap ari ni!!

    ReplyDelete
  5. Ja...
    bila u kena nasi lemak tak sidap... rasa rugi sangat kan... kolestrol yang tak berbaloi rasanya... tapi takdirnya u jumpa nasi lemak yang sesedap ini.... tak pikir kolestrol pun....

    ReplyDelete
  6. Ibuuu.. Ibuu..
    Kak Long makan bihun goweng pedas dgn samSOT; dizetnya mafin pithang. Thedaap Bu..

    ReplyDelete
  7. aduhai kak long...
    bihun goweng dan samSOT memanglah sedap.. siap dizet lagi....
    tekak kita ni serupa jer lah...

    ReplyDelete
  8. menyala nyala merah sambal tu....ari ni saya makan nasik lemak gak tapi di sebab kan telor dia kira harga lain..patah selera jadik nya....

    ReplyDelete
  9. ini kan,kalau along saya terbaca mesti dia sanggup pi redah seksyen 7 tu..sedangkan goreng pisang BBB yang kat jalan menghala ke Semenyih(lupa seksyen berapa) pun dia sanggup pi bila teringin hehehe

    ReplyDelete
  10. kak ezza...
    sambalnya kak ezza memanglah sangat sedap. harum sangat baunyer...

    zila...
    kalau nak cuba datanglah seksyen 7, BBBangi.

    ReplyDelete
  11. Salam DM.... hari ni breakfast mihun goreng gak.. tp tak mcm CikSom ada samsot & dizerrrt

    ReplyDelete
  12. kak zah...
    mee hoon ataupun mee kasar.. memang kena sangat dengan sambal sotong... memang paberet saya.... takpa.. sebelum puasa, kak zah pulang malaysia... insya'allah.. mesti boleh pekena... (kak som kenalah bersedia dengan sotong keringnya utk buat sambal sotong khas buat kak zah... harap-harap dlm perjalanan subang jaya ke seremban.. menyinggah dibangi dan bolehlah merasa sepiring samsot kak som... hihihihi)

    ReplyDelete
  13. kak..
    kenapalah makanan itu sangat menyelerakan, terutama nasi lemak tu.
    sya semalam puasa, tp balik dari kerja tengok trngok kawan baik dah say hai..hai...
    alahaaiiiiii.....

    ReplyDelete
  14. Sya..
    itu namanya ABC (Allah bagi cuti)... rasa rugi betol bila dah petang ABC tiba...
    nasi lemak tu memanglah tersangat sedap... Bau sambalnya... memang di puji.

    ReplyDelete
  15. alaaaa akakkkkkkk

    jauhnya dari umah pB ...
    kalau dekat , memang dah pergi beli nieeee


    Sabtu , ahad ada ker?

    ReplyDelete
  16. pB...
    akak pun tak pernah cuba pergi sabtu dan ahad..
    nanti akak tanyakan...

    ReplyDelete
  17. nasi lemmmmak laaaaagiii.....

    ReplyDelete
  18. fa...
    dah itu jer yg kena dgn selewa...

    ReplyDelete
  19. hehehe..sib bek ngan kete sedara yg dah nk terlanggar tu. isk..

    akak ni kannn..kalau bercerita psl nasik lemak, ngan roh2 ai skali termasok dlm criter akak tu. sedey sungguh la tgk nasik lemak akak tu. skang ni ai tgh adap roti bakar je mkn tghari ni..huhuhuwaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  20. Ai...
    memang nasib baik.. mujuqlah tak berlanggar....
    kita ni sama-sama suka nasi lemak. Ari tu, Ai cerita pasal nasi lemak bungkus.. terliur akak jadinya...
    (makan roti bakar??.... sedap tu.....tapikan nasi lemak adalah banyak mudharatnya.... Percayalah...)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata