Hari ini Hari Rabu.
Shift akak mencuci adalah hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
Mari kita berjalan-jalan ke opis akak........
Inilah Unit Hemodialysis Hospital Serdang. Terletak di Aras 2. Sama aras dengan Lobby Hospital, Kiosk Perniagaan dan Kantin.
Ini adalah pintu kedua... Macam cerita Get Smart... ada lapis-lapis pintu sementara nak menyampai ke 'opis' akak...
Ini adalah kaunter di bahagian depan.... Kelihatan di sini Puan Anis yang sedang sarat mengandung anak sulung. Tiapkali masuk pagi-pagi.. senyuman manis sudah diberikan buat kami pesakit di sini.... Terima kaseh Anis...
Di sebelah luar Unit Hemodialysis ini terdapat taman untuk pesakit ataupun keluarga duduk-duduk sambil menikmati udara segar...
Unit CAPD... Cuci menggunakan air melalui saluran di perut... ( akak kurang arif mengenai rawatan CAPD ini...)
Di sana tu adalah bilik untuk pesakit buahpinggang yang menghidap penyakit Hepatitis C.. Bilik mereka di asingkan dari kami. Hepatitis C boleh di jangkiti melalui 'dialyzer' yang tidak bersih yangmana terdapat di pusat dialysis swasta atau luar negara.... (melalui penerangan yg akak dengar melalui petugas)
Sebaik memasuki 'opis' akak... terdapat 2 bahagian... Akak dibahagian ini.. (sebelah kanan kaunter petugas)
Lupa pulak nak ambil gambar kaunter...
Di bahagian kanan ini opis akak...
Terdapat 9 buah mesin dialysis di bahagian kanan.
Kelihatan SN Romela sedang bertugas... orangnya lemah lembut dan berdedikasi dalam tugasnya... Pesakit sayang padanya...
Ini bahagian sebelah kiri...
Terdapat 10 mesin dialysis di bahagian sini.
Uncle yang ber'vest' hitam inilah yang selalu di tempatkan bersebelahan dengan akak apabila Mesin dialysis Gambro ini buat perangai...
Dahulunya uncle yang berbaju putih itu sering adalah teman sebelah akak...
memandangkan plug letrik terletak betul2 dibelakangnya... akak sering duduk sangat dekat dengannya. Isterinya pun dah faham... tak da nak cemburu-cemburu pun....
Perempuan yang bertudung hitam itu adalah kawan akak bernama Shamsiah.
Dahulunya kerusi yang didudukinya itu adalah tempat akak selama setahun sebelum akak diberi menggunakan mesin Dialysis B-Braun.
Shamsiah jugalah teman yang selalu membelikan nasi lemak untuk akak.
Uncle Kok yang disebelahnya adalah tuanpunya bibik yang selalu membantu akak dan teman-teman lain di Unit Hemodialysis.
Encik Chan adalah teman akak masa akak mula-mula mencuci darah di sini. Isterinya Puan Chan sangat peramah dan kami sering berbual-bual... Dalam entry yang terdahulu ada akak ambil gambar Puan Chan.
Inilah mesin baru akak. B Braun...
Akak dah pernah tumpang dialysis di Hospital Langkawi dan Hospital Melaka... terus terang cakap... Hospital Serdang adalah yang terbaek......
( Raya nanti akak akan ambil gambar di Hospital Melaka... Sebenarnya petugas dimana-mana pun baik cumanya keadaan unit dialysis itu, yangmana di Hospital Serdang terletak di bangunan baru... manakala di Hospital Melaka dan Langkawi.. di bangunan yang agak lama.... bukankah yang baru itu lebih lawa?... )
mesti semua orang pandang2 Akak dok klik2 ambik gambor!!!
ReplyDelete:)
sofisakated sungguh pejabat akak
ReplyDeletebersih lak tuuuuuu
lawa sungguh opis akak...dulu opis saya lebih kurang cam gini jugak kak..tp terletak di Kuala Lumpur nun:)
ReplyDeletecantik pejabat tu ya,Bertuah kat M'sia ada mcm tu.Kalau di Zimbabwe ada ke.
ReplyDeleteAnyway,baca blog puan dapat banyak pengetahuan ttg apa yg di hadapi ole seorang yang dekat dgn kami.
Akak
ReplyDeleteyour opes very impressivelah..
kak sementara nak sampai opis memacam boleh beli.. ;p
ReplyDeleteSalam DM... canggih hospital ni & baru ... mcm kat Hospital St James pulak... mesin baru tu pun mesti lebih canggih
ReplyDeleteSalam Mah,
ReplyDeleteKerusi dia nampak selesa mcm kerusi yg boleh urut org tu..4 jam menunggu proses dialysis brjln agak lama gak kan. Tidur sodap tu mah.
Abg saya pernah guna rawatan CAPD selama hampir 2,3 thn gitu semasa hayatnya. Bg dia ia lebih mudah. Isteri n anak boleh uruskan di rumah. Tp saya pn x pernah tengok.
Sesekali boleh tak gi jenguk opis mah..?
salam doktor...
ReplyDeletedi hospital wi-fi agak semput sikit. Kejap ada kejap tidak...
Masa akak ambil gambar tu, boleh dikatakan semua petugas dan pesakit beri kerjasama yang amat baik.. siap posing lagi macam masuk Malaysis Hari Ini... senyum manis semua....
pB,
ReplyDeletememang sophisticated dan semestinya bersih... kan namanya hospital... lagipula sentiasa dijaga/dipantau kebersihannya walaupun kadang2 ada darah yang tertumpah... semuanya kerana petugas amat cekap.
Salam Zila...
ReplyDeleteAkak pun belum pernah lihat unit diaysis di HKL. Khabarnya di bangunan lama juga tetapi mesinnya lagi banyak dari serdang....
Cikgu...
ReplyDeletelebihkurang pesakit dialysis dimana-mana pun serupa agaknya. Bila saya tumpang dialysis di Langkawi dan Melaka, kalangan ahli keluarga dan pesakit amat mesra antara satu sama lain... Seronok sungguh dgn kemesraan dari petugas... Memanglah kami bertemu mereka lebih kerap daripada bertemu keluarga sendiri. Sebagai manusia, rasa hormat dan sayang tu tentu ada.
Salam kak som...
ReplyDeleteDah banyak tempat i kerja (betul2 kerja) di sinilah i rasa relax sangat... mau taknya... takda punch card.. tapi memang lah i tak pernah lewat mana pun... kira okaylah.... Syukur Alhamdulillah.
Sya...
ReplyDeletebetul... turun kereta di lobi, masuk kantin... kemudian masuk kiosk jual surat kabar... lepas tu boleh cari pau daging di kiosk bakery. nak buah potong pergi kiosk jual buah2an... kopitiam pun ada... pendek kata, bawa ajer rimau... hihihihi
salam kak zah,
ReplyDeletekiranya mesin baru tu mmg bagus.. suasana bangunan yang masih baru.. memang ceria... petugas yang mesra dan baik hati... tak ada apa lagi yg hendak di rungutkan....
Yati,
ReplyDeletekerusi ni memang jenis 'recliner' boleh angkat kaki... tapi bukan jenis urut. Namun begitu, tetap selesa dan menunggu 4 jam tidak rasa jemu...
pelawat dibenarkan datang melihat pesakit... cumanya budak kecil di dibenarkan. jemputlah datang jika ada kelapangan untuk melihat sendiri proses mencuci darah.
salam kak,
ReplyDeleteSaya pn pesakit yg menjalani dialisis jgk..tp sy bt di swasta sbb hospital serdang da penuh..tp sy masih bt follow up di hospital serdang..sy ade masalah apabila menjalani dialisis..sy kerap mengalami tekanan darah rendah dan kadang kala saya hampir pengsan sebab nurse lambat masuk air. saya dimaklumkan mesin B braun ni boleh elak dr tekanan darah jatuh mendadak.Betul ke? dan ada yg kata mesin B Braun sgt effective..boleh akak citer skit pasal mesin B Braun ni...
Salam kak. Sy nk tahu susah atau senang untuk penumpang di pusat dialisis di langkawi? Sy sgt2 perlukn pertolongan akak ntok explain kt sy.
ReplyDeleteSalam kak. Sy nk tahu susah atau senang untuk penumpang di pusat dialisis di langkawi? Sy sgt2 perlukn pertolongan akak ntok explain kt sy.
ReplyDelete