Sunday, July 11, 2010

650 ~ Di Kampong....


Sabtu, kami pulang ke kampong untuk melihat FIL yang tidak berapa sihat. FIL memang minta kami pulang untuk dijamunya buah durian dari kebun ah seng di Tiang Dua. Sudah berapa tahun kebelakangan ini, memang di kebun Tiang Dualah kami mendapatkan bekalan durian untuk dijadikan jamuan pesta seisi keluarga bilamana musim buah durian.

Semalam juga sempena hari Israq Mikraj, akak telah berpuasa. Kami bertolak dari Bangi pukul 500petang kerana pada paginya suami ada kursus ECG untuk semua petugas kesihatan termasuklah doktor dari klinik swasta..(doktor singa.. join tak semalam????)

Kami tiba di Melaka tepat pukul 730mlm... waktu maghrib dah sampai, akak berbuka dalam kereta dengan double cheese burger dan sarsi... Nyamannya. Akak teringin nak makan ikan bakar dan suami pun bersetuju.

Kedai Pak Haji Aziz yang selalu menjadi kunjungan kami di Anjung Batu, kelihatannya seperti sudah tidak meniaga lagi. Kedainya tutup dan kerusi meja pun tiada. (Kebetulan akak ada nombor talipon Pak Haji Aziz, akak baru talipon dan bercakap dengan isterinya... InnaLillahiwainnailaihirojiun... Pak Haji Aziz sudah meninggal pada 30hb Januari 2010 bersamaan 14hb Safar.. kerana mengidap kanser usus tahap 4 sejak tahun lalu. 8 bulan dirawat di PPUM kerana anaknya juga bertugas sebagai jururawat di PPUM. Lama sungguh kami tidak berjumpa.) Kami memang dah kenal sejak tahun 1992 waktu belum ada anak hinggalah sekarang... Jika jumpa memang mesra.

Setelah melihat kedai Pak Aziz tutup, kami ke Pengkalan, Medan Ikan Bakar Umbai. Hendak cuba makan di Parameswara tetapi kelihatan begitu ramai pengunjung yang sedang menanti untuk memilih ikan. Meja-meja juga sudah penuh dengan pengunjung. Kami akhirnya ke salah sebuah kedai lama yang terletak di Medan Ikan Bakar. Cuba di salah satu gerai yang pada awalnya agak lengang tetapi kemudiannya terdapat ramai pengunjung.

Nasi lemaknya memang sedap dan sambal nasi lemaknya juga sedap.

Memang habuan anak sulung yg kuat makan ikan siakap bakar...

Sotong goreng tepung pun sedap...

Kupang goreng 3 rasa...
Kegemaran anak nombor dua...
Sepinggan memang khas untuk dia saja...

'Tuka' anak ikan pari yang dibuat masak sambal...
Sedap.. puas hati...


Budak yang hanya mengadap kupang...


Bila ternampak ada pelanggan lain order ABC... orang yang berpuasa dapat lesen besar untuk turut menikmati ABC... biasa-biasa saja...

Budak baju choklat kurang menikmati nasi lemak dan ikan bakar... kegemarannya dalah double cheese burger....


Budak ini pun kurang suka ikan bakar.... double cheese burger saja kegemarannya...
Mungkin sebab demam pun iya juga kot...

Budak baju choklat ni pun demam dan batuk juga....
Kurang enjoy bila diajak makan luar...


Akhirnya budak gigi besi tumbang selepas menghabiskan Teh O Ais Limau di gerai ikan bakar dan kemudiannya makan sebiji durian. Semputnya datang menyerang tapi mujurlah abahnya bawa bersama 'Nebulizer'. Aisyah mengalami demam, batuk dan sakit perut.


4 comments:

  1. saya seronok bermandi-mandian di kolam buatan manusia di subang jaya....
    he heh he...

    ReplyDelete
  2. doktor...
    bermandi-mandian saja tak per..
    jangan jadi singa jadi-jadian...
    (kena mengena tak????)

    ReplyDelete
  3. Best best best.... meleleh air lior lagi... hmmmm
    Kesian Aisyah... nasib baik ayah doktor

    ReplyDelete
  4. kak zah,
    best lah jugak...
    amacam kalau lepas kak zah balik, kita gi makan ikan bakar kat umbai?....
    Ahamdulillah lah ayahnya pun ada rumah masa dia sakit... mlm td aisyah disyaki kena jangkitan peparu...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata