Sunday, July 25, 2010

678 ~ Sayangkan anak....




Sudah lebih kurang dua bulan di kawasan Reko Central di adakan jualan tengah malam hingga pagi di panggil 'Bazaar Malam'. Selalu jugak kami teringin nak meninjau-ninjau apa yang diniagakan tetapi waktu operasi yang bermula dari tengahmalam, sering kali kami terlepas kerana samaada akak dah tertidur sebelum pukul 10.00 malam ataupun sama-sama dah malas nak keluar malam-malam berembun... (Muda-muda dulu lain lah... rajin...)

Banyak gerai dan kemah disediakan tiapkali mereka berniaga. Suasana sungguh meriah.

Kami ingin mencari baju t-shirt Pokemon atau Sponge Bob untuk Aisyah. Aisyah memang menggemari karaktor kartun tersebut. Puaslah berjalan dari gerai ke gerai namun masih tidak dapat juga.


Malam baru ni, kami mencari lagi baju t-shirt sponge bob yang telah kami berjanji dengan peniaga t-shirt kartun di salah satu gerai. Beliau berjanji akan membawa t gambar sponge bob.
Malam tadi, walaupun penat, dalam perjalanan pulang kami tetap singgah sebentar demi untuk mencari t pujaan hati Aisyah.

Menurut peniaga tersebut, watak sponge bob tiada diterima dari pengedarnya. Hanya Pikachu saja yang ada. Aisyah juga turut menggemari t gambar pikachu.
Gembira sungguh sebaik dapat t tersebut. Hinggakan hari ini dia masih memakainya.


Aisyah meminati warna hijau. Walaupun nampaknya cantik warna oren ini, akak mencari juga warna hijau. Mujurlah ada...


Akak meminati jugak kartun herbie... tapi Aisyah tak minat...


Terdapat beberapa corak kartun yang digemari kanak-kanak...


Aisyah hanya meminati Sponge Bob, Pokemon dan Pikachu..


4 comments:

  1. berwarna warni macam pelangi....
    mesti aisyah suka..;p

    ReplyDelete
  2. Seronok beli baju masa anak kecil.Bila dah besar,hm mama not our taste.Dah lama tak beli untuk anak,dia orang pula beli utk makcik.Taste orang muda utk orang tua.Dah terbalik.

    ReplyDelete
  3. Akak
    Tadi kat Summit ada 'exhibition' dari club kereta herbie dan diluar tempat parking ada berpuluh2 kereta yang sama. Cantik2 belaka. T terpesona (dan terjerit) maklum dia minat kereta tu.

    Psst ... T-shirt gambar Cinderella takde ke??

    ReplyDelete
  4. Sya..
    t-shirt gambar ni memang cantik.. berwarna-warni... tapi dah budak aisyah cuma sukanya warna hijau...

    cikgu...
    memang seronok masa anak kecik2 ni. Hanya 2 anak saya yg tak membentah bila dibelikan baju berbanding dua yang besar... mereka dah ada citarasa sendiri... tapi mujuqlah untuk baju raya masing2 suka sedondon....

    kak som...aka cinderella...
    rasa minggu lepas masa akak pergi bazar malam ni, gambar cinderella ada... memang cantik.. tp empunya badan tak minat.... dia lebih menyenangi kartun jepun... Pokemon, Pikachu dan Sponge Bob...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata