Tuesday, July 13, 2010

654 ~ Hari Cuti....


Sejak dari semalam memang akak dah berniat hendak melakukan puasa sunat 1hb Syaaban, sudah sahur segala... tetapi bila bangun pagi ini, terasa badan panas, tekak perit... selsema pula maka akak batalkan niat hendak berpuasa. Akak harus menggunakan 'nebulizer' agar rasa sesak nafas akak berkurangan. Ubat juga perlu dimakan agar BP tidak meloncat dalam keadaan sakit2 seluruh badan. Terasa sangat dah towa...

Hajat hendak bergolek gelantang atas katil sambil nonton wayang atas katil tidak kesampaian apabila suami menalipon mengajak pergi ambil kereta keRAJAan dan hantar kereta sendiwi untuk diperiksa 'aircond'nya. Pemandu dirumah ni hanya dua orang... semua kerja kena guna pemandu ini walaupun pemandu ini dah tombang. Maka bergegaslah sipemandu F1 Mercedes Mclaren ini bangun dan mandi bersiap sedia untuk berlumba ke Spanco di Litar Sepang BBBangi.

Tiba disana dan selesai menghantar kereta lumba ke Pitt Stops, kami menaiki kereta keRAJAan ke Oldtimer Kopitiam. KOG ada menunjuk-nunjuk cekodok yang dia makan di Oldtimer... jadinya dengan penuh citarasa ingin meniru, akak pun mengajak suami ke Oldtimer selepas 3 kali bertukar-tukar rancangan. Sebut nak pergi Bapakkaya.. sampai depan Hailam Kopitiam, kami berhenti parking.... lepas tu ajak suami makan di Oldtimer Kopitiam..... Hmmmmmmmmmm....... U olls pernah buat cenggitu punya Andeh???????????????????????



Kopi O Pekat....

Cekodok.... yg (sedap lagi mak sedara kesayangan u buat kat kampong masa u balik sekali-sekala...)

Mee Rebus Muar..... ( Akak sempat bagitau secara komplenhati ke hati dengan bossnya mengenai 'kemanisan' pada kuah Mee Rebusnya. Dia setuju dan berterima kaseh dan katanya dah masuk 200 pelanggan dah beritahu padanya. Akak sempat bersalam dengannya dan dia menyambut dengan senyuman. Bukan apa... kalau mee rebus dia sedap dan memenuhi citarasa sitekak minangsemua orang.... sapa yang untung????? Akak dia jugak yang untung.... Kan??????


9 comments:

  1. Salam DM... kesian... tak sihat pun kena memandu jugak ye... tapi takpe... upahnya berbaloi... tengok mi rebus tu... Ayim's favourite.... KZ chekodok je

    ReplyDelete
  2. Kak zah...
    Memang upah memang sentiasa 'dibaloi'kan... Mee Rebus kat situ tak sedap... Nanti saya riki yang sedap2... kita makan ramai-ramai bila kak zah balik nanti...

    ReplyDelete
  3. Mengapa, ek, cokodok orang lain buat sedap, kita sendiri buat, tak sedap?

    ReplyDelete
  4. kak hajah nora...
    chekodok yg dijual tu, kureng dari segi bahan-bahan.. rupa pun kureng... mak sedara kita kat kampung tu buat untuk kita lagi sedappppp...hehehehe

    Ai...
    Baru belajar...:-)

    ReplyDelete
  5. hehehe..
    kelakar mula2 baca n3 ni...
    semoga akak cpt sembuh..
    cekodok yang sedap cekodok yang cukup bahan2nya..bawang besar nak banyak pas tu bancuhannya jgn terlau pekat api tak besar sgt..bila masak dia garing kat luar tp lembut kat dalam.Petua dr mak angkat di mana masa muda2 dulu cucur udang dia mmg fames

    ReplyDelete
  6. Zila...
    (bagi nombor talipon...)
    akak nak datang rumah makan chekodok.... boleh????

    ReplyDelete
  7. mak su...
    hmmmmm... mmg paberet dari kecik sampai dah nak jd warga emas ni....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata