Friday, July 23, 2010

673 ~ Alternatif dan Ikhtiar...


Alhamdulillah...
Pertama-tamanya kesyukuran kehadrat Allah di ucapkan...

Hari ini akak pulang dari dialysis tidak singgah dimana-mana untuk makan tengahari.
Anak-anak balik sekolah awal dan suami hendak menunaikan solat Jumaat.
Aisyah minta singgah di Kaf Fa Cha.. tapi masa dah suntuk untuk solat Jumaat.

Akak tiba di rumah dan keluarkan ayam
Hajatnya nak goreng ayam bertepung ala-ala Kaf Fa Cha..
tapi 2 kotak tepung yang akak beli dah expired 2009...
mana boleh nak digunakan lagi...

Okay tak putus asa..
ayam digaul dengan garam dan kunyit...
separuhnya di buat lauk...
sedang memikirkan lauk apa yang sedap tengahari ini...

Sambil masak-masak...
api dapur ni buat ragam..
tiba-tiba keluar bunyi menderam kuat..
sungguhlah menakutkan....



Tiba-tiba teringat nak guna dapur ini.
Dah lama suami belikan walaupun berkali-kali akak mengatakan tak perlu...
Suami beli juga... katanya berguna untuk anak dara kami yang baru nak belajar masak...
Sejak beli akak taklah menggunakannya...

Bila jadi kecemasan begini...
Dapur ini memang banyak membantu...
Akak dah pernah menggunakannya sewaktu kami sekeluarga mengikut abahnya bertugas di Hospital Bach Mai, Hanoi.


Mula-mula sekali akak Masak Lemak Ayam ciliapi...
Bila dah masak, akak gorengkan terung untuk dibuat sambal...


Masak Lemak Ayam ciliapi dan sambal terung.....
memanglah membuka selera....


Dapur Induction
memang membantu.....
( Bunyi macam iklan berbayar lak...)

6 comments:

  1. Akak
    Bila you guna induction cooker tu, you takleh guna calang2 jenis punya periuk, kuali dan sejenisnya kan?

    ReplyDelete
  2. kak ayam sepiring, sambal terung pun sepiring..
    hehehheheee... ;p

    ReplyDelete
  3. Dr. suami you bijak.Selalu ada contingency plan.Bertuah ibu.
    Berbeza dak rasa dapur induction dgn dapur gas atau letrik..Masa kecil dulu dapur mak saya pun kena induced juga. Guna serombong buluh utk tiup api menyala.
    Have a happy weekend. Salam.

    ReplyDelete
  4. kak som...
    betul.. dia ada periuk khas dia shendiwi.. beli daput induction dapat periuk tu. sebab tu, lepas masak ayam masak lemak... salin lauk tu dalam periuk lain... lepas tu basuh periuk yg khas untuk induction untuk goreng terung dan sambal... leceh jugak tapi itulah ikhtiar bila dapur gas semput.... (dapur gas ni memang mengada2... i letak dapur induction sebelah dia... dia buat merajuk pura2 sakit pulak...)

    Sya...
    masak lemak dan sambal terung....sampai...

    cikgu...
    rasanya tak bezalah...
    sejak kecik saya pernah merasa masak guna macam2 alat masak... yang paling terbaek dan wangi adalah dapur kayu.... memanglah leceh tapi nasinya harum dan sambalnya... rendangnya dan masak lemaknya lagi sedap. manakala induction, gas dan letrik... rasanya sama saja.....(tp tgk tukang masak tu jugak....)

    ReplyDelete
  5. Tadi akak lunch berlaukkan ikan bakar dan gulai lemak rebung. Tapi bukan akan yang masak! Dapur akak, gas tahan lama :=)

    ReplyDelete
  6. kak hajah nora...
    beli barang ni nasib2lah jugak..
    ada masa dapat yg baik... tahan lama dia..
    dapur saya ni rasanya baru sangat.. baru 3 tahun..aleh2 dah mengada-ngada meragam - ragam pulak apinya.. siap dengan bunyi yg sungguh menakutkan...(seolahnya nak meletup dah..)
    Ikan bakar dan gulai lemak rebung.... sedap tu...(bolehlah tiru esok)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata