Tuesday, July 20, 2010

667 ~ 2 Tembakan dan stetoskop



Tembakan pertama menggunakan DSLR...

Tembakan kedua menggunakan cyber shot....


Sebenarnya nak cerita mengenai stetoskop..

Cerita bermula sewaktu akak berada di Tanah Suci Mekah. Akak berkawan baik dengan seorang doktor pakar bius yang sama-sama mengerjakan haji dengan syarikat menguruskan haji swasta. Beliau juga dilantik menjadi doktor untuk jemaah-jemaah syarikat berkenaan. Akak berkenalan dengannya pun di dalam Masjidil Haram depan Baitullah. Memang indah sekali....

Doktor pakar bius ini namanya Dr Ainy. Sewaktu kami ramai-ramai bersama-sama ustaz (mutawwif) yang bertugas mendengar penerangan mengenai ibadah haji... jemaah-jemaah yang lain juga ramai. Sangat sibuk keadaannya di situ. Tiba-tiba... akak dan Dr Ainy berpandangan sama sendiri. Mutawwif dan jemaah yang sama-sama dengan kami berniat di Ja'ranah dah tiada depan kami. Hanya kami berdua. Kami memang tak pernah bertegor sapa sebelum ini kerana kami walaupun datang dengan satu 'travel agen' tapi berlainan bilik. Kak Munirah dan kak Anumma yang sama sebilik dengan akak dah hilang bersama-sama mutawwif.

Akhirnya kami mengambil keputusan untuk mengerjakan ibadah tawaf, sa'ie bersama-sama. Kami melakukan ibadah umrah hinggalah ke waktu subuh. Selesai solat subuh kami sama-sama pergi ke Pasar untuk membeli makanan. Pihak 'travel agen' ada menyediakan sarapan, tapi saja kami ke Pasar ingin membeli buah-buahan. Sebenarnya kami ingin berborak-borak dan berkenalan dengan lebih rapat lagi....

Duduklah kami di satu tangga di Pasar tersebut berbual-bual dari satu topik kesatu topik... Sejak malam tadi, kami tak berpeluang nak berbual sebab mengerjakan umrah... jadinya inilah masa yang terluang duduk-duduk sambil berborak. Kami berjanji akan selalu mengerjakan umrah bersama-sama.

Bila dah mesra dengan Dr Ainy, akak selalu mengikutinya apabila dia memeriksa jemaah yang tidak sihat. Apartment kami 5 tingkat, jadinya akak mengikut Dr Ainy kemana saja bilik jemaah yang tak sihat. Dr Ainy selalu membawa stetoskopnya. Akak teringin sangat nak dengar guna stetoskop... Nak mintak pinjam stetoskop Dr Ainy... malunya.... Bila akak cerita dengan kawan sebilik, akak nak sekali pinjam dengar stetoskop Dr Ainy, mereka kata cubalah tanya... Akhirnya sampai ke sudah..(balik malaysia) akak masih belum dapat pinjam dengar stetoskop Dr Ainy.
Bila balik Malaysia... begitu-begini.... 4 bulan lepas tu akak pun bernikah dengan seorang Doktor. Haaaaa...haaaaa....haaaaaaaaaa......
Akhirnya akak dapat merasa juga mendengar helaan nafas...degup jantung dengan STETOSKOP...

13 comments:

  1. pB...
    lama sangat dah 19 tahun.... saja teringat bila nampak stetoskop ni.... dup dup dup dup.. sedang dengar jantung...

    ReplyDelete
  2. Akak
    Kadang2 apa yang kita idamkan, pulak2 tu kita takde kudrat atau idea benda yg kita idamkan tu akan terjadi/materialise; maka satu hari nan indah pasti ianya berlaku juga.

    (bercakap menerusi pengalaman limaploh sen)

    ReplyDelete
  3. kak som...
    setuju...
    kadang2 yang kita idam2kan... menjadi kenNYATAan... Memanglah indah...
    tapi yang kita tak harapkan... jadi kenyataan pulak... memanglah sakit...
    apapun...
    semuanya ketentuan ALLAH snw juga... baik dan buruk..

    ReplyDelete
  4. sekarang..
    haaari2 pun boleh guna...
    (kalau Dr Jantung bawak balik la...)

    ReplyDelete
  5. Salam DM..... DM menunaikan Haji masa single lagi? maknanya berkat berdoa di Mekah dimakbulkan Tuhan...nak sangat mencuba stetoskop tak dpt... terus dihantar 'tuan' stetoskop sekali

    ReplyDelete
  6. doktor...
    cuba tanya dengan suami doktor... dia dulu minat tak nak cuba dengar stetoskop???...
    doktor kat umah ni, bawa balik macam jenis lah pulak...(ada khas untuk dengar jantung pun...)

    kak zah...
    betul.. saya tunaikan haji masa single lagi... memang berkat kot doa kat raudhah (bersama mak sedara suami).. lepastu jangan stetoskop... tuan stetoskop pun saya dapat... hihihihihihihihihi.... (pandai kak zah...)

    ReplyDelete
  7. Apa-apa pun Allah maha mengetahui...nak sangat dengar jantung berdegup melalui stetoskop, dipertemukan dengan yang selalu menggunakan stetoskop. Akak masa-masa kecik dulu main doktor-doktor guna stetoskop yang mainan punya!

    ReplyDelete
  8. kak hajah nora...
    betullah kak nora... Allah lagi maha mengetahui...
    saya pun masa kecik selalu beli 'kit utk jadi doktor'... dalam tu ada stetoskop,syringe,jangka suhu... kira cukuplah kalau 'doktor' tu kena buat house call.....

    ReplyDelete
  9. nasib baik jodoh dgn doktor dpt gak guna benda tu kan akak...

    ReplyDelete
  10. Ida...
    stetoskop dan doktor...
    memang kaitan yang amat rapat...
    untunglah masa kat mekah minat chopper ker...
    maunyer suami chef lah pulak....

    ReplyDelete
  11. Kalau sya balik kampung anak anak kerjakan stetoskop mak cik diorang,
    seronok pulak dengar bunyi dagdigdug tu kan kak ;p

    ReplyDelete
  12. sya...
    dengar degupan jantung dan helaan nafas tu mmg sesuatu yg menyeronokkan... jika budak kecil punya, punyalah laju degupan jantungnya... lebih2 lg masa depa takut...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata