Sunday, July 18, 2010

665 ~ Rumah ku...



Asalnya inilah rumah akak sewaktu akak tinggal di Kg Baru dahulu...
Di rumah inilah akak membesar...
bersama seorang ibu dan seorang makcik..
dulunya rumah ini hanyalah rumah kayu...
dan pada tahun 1980 rumah ini dibina 3 tingkat...
di tingkat paling bawah di jadikan 2 kedai...
sebelah kanan... opis... dan sebelah kiri adalah bengkel kereta....

Setelah rumah ini bertukar pemilik...
Syarikat Naza Motor telah menjadikan rumah ini sebagai pejabat dan show room kereta-kereta mewah..

Baru-baru ini akak telah menjejakkan kami semula ke rumah ini sejak pemiliknya bertukar tangan...
nampak kedudukan rumah akak dahulunya terletak di bahagian belakang bengkel kereta...
sekarang dah dijadikan pejabat dan bilik pameran....

Kebanyakan yang pernah menjadi jiran akak
telahpun menjualkan tanah mereka kepada syarikat Naza...



Di tapak rumah dapur akak sekarang diletakkan kereta ini...
kereta mewah yang sangat-sangat diminati oleh seorang 'lady' doktor...
Nissan Fair Lady...



9 comments:

  1. saya!!!
    saya!!!!
    kereta idaman saya!!!!

    ReplyDelete
  2. Pssst..Akak salah sorang 'jutawan'Kampung Baru kah?
    .
    .
    (kita nak kereta tu satuuuuu....)

    ReplyDelete
  3. kita baaaru nak tanya soalan sama, jual tanah kat kampung baru takkan tak jutawan? hehe... kita pun nak jual tanah la... tanah bakor bapak kita buat kat tepi rumah ;)

    ReplyDelete
  4. doktor...
    sebaik akak nampak kereta ni, terus teringat kat doktor yg memperkenalkan kereta ini... cantik sungguh..
    pssst.... akak tak cukup syarat nak jadi jutawan..(duit tak cukup sejuta)..

    KOG..
    tanah bakor pun laku..
    jual tanah kat kg baru.. sekarang mmglah jutawan.. dulu... suku jutawan... hihihihi...

    ReplyDelete
  5. kak, ada kongsi dengan nazalah ye?
    wah dr boleh lah dapat satu fldy tu.. ;p

    ReplyDelete
  6. sya...
    pembetulan.... rumah akak tu dah dijual pada Naza Motors... mana akak mampu nak kongsi dengan naza... dia bisness billion2 maaa.....
    Ini doktor..(suami akak) doktor kelajaan ma.. bukan doktor plebet mcm itu doktor singa.... kami mana mampu ma..... tengok saja mampu... mau baak tatak mampu ma....

    ReplyDelete
  7. Salam DM... wah tapak dapur dah jd parking kereta mewah.... sedih jugak kan...down memory lane

    ReplyDelete
  8. Akak,

    .. maka terpikirkah kita bahawa tempat kita berkarya ngadap laptop tiap hari akan jadi tapak roket pertama Malaysia berdekad2 akan datang ...

    Tak mustahil kan? Mcm my kampong halaman, hilang ditelan dek highway (to heaven)

    ReplyDelete
  9. kak zah...
    Gitulah.. dahulunya kampong.. sekrang dah diambil atas nama Pembangunan. Cuma yang tinggal hanyalah kenangan mengusik jiwa...

    kak som...
    Memang tak boleh nak dinafikan... tempat kita (seremban, bangi dan subang jaya)berkarya akan jadi satu kawasan yang luas untuk Pelancaran Roket Malaysia ke Bulan.
    HIghway (to heaven) dah ada... Highway to Bulan.. sedang dalam perancangan....

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata