Saturday, July 31, 2010

686 ~ Kesibukan hari ini....


Rancangan banyak bertukar disaat akhir.
Awalnya pagi-pagi akak dan suami hendak ke Pasar Tani di Mardi, Serdang selepas bersarapan berdua-duaan di Tepian pantai yang permaiBangi. Tapi bila suami mendapat tempat untuk kursus yang agak penting berkaitan dengan tugas... semua rancangan di tukar.

Akak tidak kemana-mana pada paginya sebab dah takder tukang angkat barangsuami dan anak yang selalunya membantu untuk menyorong bakul sewaktu tugas memetik sayur, menangkap ayam, itik, lembu, kambing dan menangkap ikan, udang, ketam, sotong.... Hajatnya esok jika ada kelapangan sedikit di sebelah pagi sebelum akak berpesta di majlis reunion dengan kenkawan senior dan junior.... YEY>>YEY>>YEY ....

Anak yang dah jadi macam anak bujang kami ada Qiamullail di surau berhampiran sekolahnya. Maka sejak petang semalam, qeeb sudah berada di sana hinggalah tengahari ini. Tepat pukul 12.00tengahari akak pun berkejar ke Surau Al-Kausar menjemputnya pulang.

Sopan sungguh anak dara akak keluar dari surau.... Amin...


Sopannya....


Soalan pertama dari ibunya yang merindui anaknya sejak semalam...
' dah mandi?????....'
terus di sapunya minyak2 dimukanya....


Kami terus ke rumah kakak akak yang sekarangnya dah jadi macam kakak yang sulong. Kakak yang sulong telah 8 tahun meninggalkan kami akibat kanser. Kak Yah (bertudung biru pekat) menjadi kakak sulong buat kami... Pengantinnya bertudung biru muda.... Rafiza adalah anak perempuan bongsu pada kak Yah.


Tiga sepupu dari 3 adik beradik perempuan keluarga Mohd Zin....


Kakak, anak dan anak saudara....


Selepas puas duduk-duduk dan bual-bual... (kami adalah antara yang lambat tiba sebabnya pengantin nikah pukul 10 pagi...) kami tiba jam 1 tengahari...

Kemudian akak kerumah adik perempuan akak, kiranya adik perempuan bongsu yang tinggal berdekatan dengan rumah kakak akak. Duduk berbual-bual dengan emak kami yang juga turut serta.. Emak menyatakan sejak semalam dia terlupa makan ubat, maka kami dengan menaiki kereta adik perempuan akak ke rumah emak untuk mengambil ubat. Olehkerana ini adalah pertama kalinya akak menaiki kereta yang dipandu oleh adik akak... akak mengabadikannya dalam kenangan.... 46 tahun wooooo... tunggu ini adik bawa kereta....

Keselamatan menjadi keutamaan.... talipinggang....


Cermin pandang belakang....
(terasa macam jadi pemeriksa JPJ pulak....)
Adik ni gabra kot....



Bukti dah naik kereta yang di pandu oleh Puan Maria...


Kalau ikut piawaian JPJ.... pemandu ini memang menepati piawaian yang ditetapkan....
cakap lansung tak pandang sebelah...
terus saja pandang depan...



Sesekali bila berkumpul adik beradik memang seronok..... macam-macam yang dibualkan...
selalunya ianya terjadi kalau tak berjanji...

685 ~ Di Opisku Semalam...


Setelah berbulan-bulanhari-hari dok makan nasi lemak.. akak tukar makan mee hoon dan samSot.
Dah berminggu-mingguhari-hari dok makan mee sam Sot... akak tukar makan mee kasar samSot..
Makanya semalam untuk sarapan, akak menjamu selewa dengan mee kasar samSot dan juga sebagai bonus akak letakkan juga seekorkeping rendang ayam... kiranya untuk menukar selewa yang dah berhari-hari mengadap mee hoon. Tapi... tetaplah jugak mee hoon samSot adalah yang terbaek.

Selalunya akak letakkan gambar sebelum makan...
ini pula gambar selepas makan...
( kesian kat Kak Zah yang berada nun jauh di Manchester sana.... )
pssstttt kak som.. you pun bekfes mee kasar kan???... tapi you punya lagi sedap sebab banyak rencah...



Setelah selesai mee akak buat pula Teh Boh 3 in 1... sambil mendengar halewa telinga...
mata pula membaca paper....
hmmmmm... memang selesa...


Uncle ni saja tau...
bila akak sedang mengunyah, matanya tak kemana-mana...
bila akak dah kenyang.... dia baru dapat lelap tidur...



Pandangan dari jarak dekat...


Bila tiba shift kedua, datanglah pesakit untuk shift kedua pula...
Tiba-tiba...
pesakit yang duduk di hadapan akak pitam...
isterinya meminta petugas datang untuk menengokkan suaminya...

Agaknya memang dah ajalnya waktu itu...
penderitaannya di akhiri pada hari itu juga...
Al-Fatihah buat beliau...

Sejak dua bulan ini, inilah pesakit yang (sama-sama dialysis) dan yang keempat menghembuskan nafasnya di hospital ini dan yang pertama meninggal sewaktu dialysis di unit ini dan di hadapan mata akak. Harus dijadikan iktibar kerana setiap manusia pasti akak merasai mati dan tiada siapa yang dapat mempercepatkannya ataupun menangguhkannya saat itu.

Friday, July 30, 2010

684 ~ Gunting Rambut....



Semalam adalah sesi menggunting rambut untuk seisi keluarga...
4 orang anak tak termasuk ibu sebab ibunya sedang ABC...
tiapkali kami masuk ke dalam saloon gunting rambut.. tokeh perempuan itu senyum sampai ke telinga...
' wooo.. ini olang ada empat olang anak pompuan... empat-empat kasi gunting... dia pun kasi gunting... sekali datang 5 olang mau gunting.... '

Sesi before dan....


masih menunggu untuk digunting...


tekun... dengar kata ibunya...
tutup mata....
duduk diam-diam...
tegakkan badan...
jangan sandar....
jangan goyang kepala...
jangan senget ke kiri...
jangan senget ke kanan...


Sayang jugak bila lihat panjang begitu...
tapi dah nak raya...
kenalah kemas-kemaskan rambut tu....
taklah semak sangat nampaknya...

Voilla....
After....
cantik kan????
fesyen yang lain dari yang ibu selalu gunting dalam bilik air...
nampak macam anak dara sangat dah...



Thursday, July 29, 2010

683 ~ Jalan-jalan Kg Baru...


Malam tadi Marina dah hantar sms... ajak brekfes kat Kg Baru. Akak pun iya sajalah sebabnya akak pun sedang ABC nak puasa pun memanglah tak boleh. Kami memang hanya akan bertemu sekurang-kurangnya sekali sebulan sewaktu akak sedang ABC... Masa itu, Marina atau akak akan tahu akak memang tidak berpuasa dan boleh kesana kemari...bergumbira yayayayaya

Bangun pagi, siap-siap dan terus kerumahnya, Janjinya pukul 800 pagi. Memang awal.. dah namanya nak ke KL yang tersangatlah jauh tu.....
Marina kemudian beritahu ada 2 orang lagi teman yg ingin turut bersama. Kami harus ke Taman Cempaka untuk mengambil teman yg dua orang lagi tu.

Tiba di Taman Cempaka, rupanya ada 2 orang lagi yang akan turut serta.. Maknanya dah bertambah jadi 4 orang semuanya.. campur dengan akak dan marina dah jadi 6 orang..... ( Kak som, u masih dengan i????? )

Kami pun menujulah ke KL yang jauh itu. Dalam kereta kami beramas mesra... berbual dan mengenal antara satu sama lain. Selain dari Intan yg biasa akak kenal, ada Ain seorang guru tadika... Makcik Ani.. dan Makcik Maimon. Mereka adalah LOL yang menjadi rakan jogging di Taman Tasik Cempaka bersama-sama dengan Intan. Dahlah bertambah kenalan akak di BBBangi ini....

Makcik Ani dan Makcik Maimon adalah seorang yang sudah menjangkau 60 dan 70 tahun tetapi fizikal mereka amat sihat kerana rajin berjogging setiap pagi. Ain adalah seorang anak gadis yang sering mengikut Intan, Makcik Ani dan Makcik Maimon sama-sama berjogging dan mereka telah lama berkenal mesra. Manakala Intan pula adalah kawan kepada Marina. Akak mengenali Intan pun melalui Marina. Tapi akak mengenal Marina melalui Ella..... Ella adalah rakan akak yang pertama sekali akak pindah ke BBBangi. Melalui Ella lah kawan-kawan akak menjadi bertambah....

Tiba di Kampong Baru, Makcik Ani yang dah biasa makan di tapak Pasar Minggu mengajak kami ke sebuah gerai yang menghidangkan Lontong. Memang istimewa lontongnya. Akak pulak tak bawa kamera...(Sekali lagi Andeh dah buat hal..... ada ka blogger tak der kamewa...???? Hisshhhh)

Gunalah kamewa handphone yang sering jammed... dapatlah ambil gambar serba sedikit... (Adoi... Nak aja akak hempuk kamewa ni... canggih memanglah canggih tapi dia jammed ikut suka dia... Kalau akak Naga.. dah lama akak ngangah mulut keluarkan api dan rentongkan hp ni....)

Antara pilihan makanan dan lauk pauknya....
Nasi Lemak dan Lontong...



Nampak nasi lemak, akak dah berubah nak ambil nasi lemak... (Tah apa-apa tah...nampak macam sedap nasinya.. beras kukus... tapi kurang pedas.. manis-masni sambalnya... akak memang tak boleh/suka sambal manis-manis..)

Ambil gambar Lontong Marina...
Lontongnya adalah di kukus setelah dibalut dengan daun pisang... memang lembut dan wangi...
Siap ada sambal kelapanya.. sambal sotongnya... memang terbaek...


Mak Andeh punya Nasi Lemak...


Makcik Maimon...
kabarnya dahulu pernah berlakon dengan P.Ramlee dalam filem Sesudah Suboh...


Nak jadikan cerita..
penjual ni akak nampak familiar sangat...
rupanya junior akak di sekolah kg baru...
akak SPM tahun 1981.. dia SPM 1982...
Dia mewarisi kedai ini dari ibunya...


Nombor gerainya dan namanya
Alfiah binti Haji Samuri..


Masing-masing yang dah kenyang menaiki baskenderaan untuk pulang ke Bangi...


Sebelum tiba di rumah Marina, kami akan singgah ke rumah Ella. Duduk borak-borak dah gitu gini. Akak sempat mengerjakan jambu batunya yang pernah akak ceritakan cukuplah susah nak berbuah... tapi masa akak datang tu nampaklah berbungkus-bungkus...
Tanpa membuang masa yang tak banyak tu, akak terus ke dusun Ella dan memetik sebiji jambu yang rendang... memanglah sedap...

Tiba di rumah Marina, kawannya dah menunggu... Inilah Marina yang akak kenal... Sikapnya yang peramah dan suka menolong orang membuatkan dia punya banyak kenalan... Dalam sehari memang Marina tak akan sunyi... sebaik urusan kami selesai, urusan Marina dengan kawan yang lain pula bersambung... selalu macam tu... tiapkali kami bertemu... dia tentunya dengan salah seorang kawan-kawannya...

Boleh nampak kawannya yang sedang menalipon itu...
memang bersambung-sambunglah kawannya sampailah malam...

Saja akak suruh dia berdiri tegak sebab nak ambil gambar...
Gambar kami masa makan tak jadilah pulak...
memang kamewa ni nak kena hempok jer...


Dalam perjalanan pulang, akak mengunyah jambu Ella sambil memandu...
memanglah sedap.. manis... lembut....
Ella...
akak datang lagi petang ni...


Wednesday, July 28, 2010

682 ~ Sejak seminggu ini...


Sejak jumaat lepas, akak akan bersarapan dengan mee hoon di tambah dengan kuah sotong.
Rasanya yang menggembalikan nostalgia sewaktu zaman sekolah dahulu yang mana akak sering beli mee hoon atau mee kasar dengan sambal sotong di Pasar Chow Kit Road berdekatan dengan Jambatan Bata.

Memang waktu tahun-tahun 70an dan 80an kawasan berdekatan dengan Jambatan berhampiran dengan Bata di Jalan Tuanku Abdul Rahman... terdapat deretan kedai papan yang menjual kuih muih dan mee dan juga mee hoon. Sambal sotong juga ada di sediakan. Dari situlah akak mula merasa kesedapan makan mee kasar atau mee hoon bersambalkan sambal sotong.

Setakat ini memang inilah antara makanan 'faberet' akak. Nasi Lemak pun suka juga tapi bergantung pada tempat dibeli. Jika tidak akak tidak akan memakan sebarang nasi lemak yang tidak menepati citarasa dan piawaian si tekak minang.....
( Rasa rugi makan kolestrol bila makanan itu tidak enak....)


Tuesday, July 27, 2010

681 ~ Budak Ini....


Adakah kita akan .......

Kita sedang solat. Kelihatan satu objek sedang terkepit-kepit depan kita tanpa berseluar. Asyik merungut nak Tencing...
Takutkan akan apa-apa kemungkinan bencanabanjir kilat berlaku... kita terpaksa mempercepatkan solat kita...

Aisyah : Ibu, jangan mawah yer... saya nak tencing...

Ibu : Gggrrrr... hmmmmmm....

Aisyah : Kalau ibu mawah nanti ibu cepat tua....

Ibu : (Dah sedia dengan jawapan...) Alah... ibu memang dah tua....

Aisyah : Tapi nanti ibu lagi tua....

Ibu : @#$%^&*&^%$#@ ( Lagi lah bertambah geram...kalau setakat tua biasa-biasa tu.. bolehlah terima.. ini lagi tua dari tua biasa-biasa......kita ingat jawapan kita boleh matikan hujah dia.. tapi dia naikkan lagi ketuaan kita sesuka hati dia...)

Sunday, July 25, 2010

680 ~ Inilah lauk berbuka... dah separuh habis...



Nampaknya memang selekeh...
tapi rasanya... memang sedappppp...
Percayalah.....
(untunglah dah lama laku... kalau tak... takder mak mentua suka nak jadi menantu....)


Sambal Telur Ikan..


Kari Telor Ikan...


Sambal Belacan Buah Kuini..



679 ~ Anak Minang Juo...



Sebaik azan berbunyi, ibu dan abah pun terus memulakan bersantap...
Ibu yang berpuasa seharian dah tak menoleh kiri dan kanan..
Sedappnya lauk...
Kari Telur Ikan...
Sambal Telur Ikan...
Sambal Belacan Buah kuini...
(hingga terlupa nak ambil gambar...)
dah separuh nasi dan lauk habis baru teringat...
Kamera pun adalah di sisi...

Anak bongsu datang meminta sesuap..
Ibu suapkanlah sesuap nasi..
anak kesedapan meminta lagi...
Ibu pun suapkanlah sesuap lagi...

Tiba-tiba dia meminta sambal belacan buah kuini...
Ibu bertanya... betulkah...
Dia kata ia.. benar-benar ingin mencuba...
Pedas kata ibu...
Tak apa... katanya....
Ibu pun suapkan sedikit...
sebaik masuk mulutnya sambal belacan...
Terkejut wajahnya...
kepedasan akibat cili merah dan cili padi...
Terus berlari ke peti ais
minum ais sejuk...

Kemudian datang pada ibu dan menangis....
Ibu pujuk...
Tiba-tiba...
jarinya mencolek lebihan kuah dan sambal dari pinggan ibu...
kesedapan.. dibuatnya berulang kali...
Ini lah bukti....

Colek lagi...


Colek lagi....


Kelihatan air mata nya yang masih di pipi menangis kepedasan sebentar tadi...
Tangan masih mencolek...


Tidak pula berhenti....
Kesedapan...



Nampaknya masih tak puas...
Pinggan di ambil terus...


Dijilatnya hingga putih licin...


Tahulah ibu...
anak bongsu ini
Anak Minang Juo....

678 ~ Sayangkan anak....




Sudah lebih kurang dua bulan di kawasan Reko Central di adakan jualan tengah malam hingga pagi di panggil 'Bazaar Malam'. Selalu jugak kami teringin nak meninjau-ninjau apa yang diniagakan tetapi waktu operasi yang bermula dari tengahmalam, sering kali kami terlepas kerana samaada akak dah tertidur sebelum pukul 10.00 malam ataupun sama-sama dah malas nak keluar malam-malam berembun... (Muda-muda dulu lain lah... rajin...)

Banyak gerai dan kemah disediakan tiapkali mereka berniaga. Suasana sungguh meriah.

Kami ingin mencari baju t-shirt Pokemon atau Sponge Bob untuk Aisyah. Aisyah memang menggemari karaktor kartun tersebut. Puaslah berjalan dari gerai ke gerai namun masih tidak dapat juga.


Malam baru ni, kami mencari lagi baju t-shirt sponge bob yang telah kami berjanji dengan peniaga t-shirt kartun di salah satu gerai. Beliau berjanji akan membawa t gambar sponge bob.
Malam tadi, walaupun penat, dalam perjalanan pulang kami tetap singgah sebentar demi untuk mencari t pujaan hati Aisyah.

Menurut peniaga tersebut, watak sponge bob tiada diterima dari pengedarnya. Hanya Pikachu saja yang ada. Aisyah juga turut menggemari t gambar pikachu.
Gembira sungguh sebaik dapat t tersebut. Hinggakan hari ini dia masih memakainya.


Aisyah meminati warna hijau. Walaupun nampaknya cantik warna oren ini, akak mencari juga warna hijau. Mujurlah ada...


Akak meminati jugak kartun herbie... tapi Aisyah tak minat...


Terdapat beberapa corak kartun yang digemari kanak-kanak...


Aisyah hanya meminati Sponge Bob, Pokemon dan Pikachu..


677 ~ JJMM - Jalan-jalan Meeting Makan...


Semalam (sabtu) akak ada mesyuarat terakhir dengan junior sempena reunion pada 1hb ogos nanti. Dalam memastikan perjalanan majlis berjalan dengan lancar, kami harus membincangkan banyak lagi perkara. Suami yang kebetulan ada (sebelum ini suami berulang alik Bangi-Melaka) menghantar akak kerumah junior di Taman Seri Keramat dan kemudiannya pergi ke Expo Barang-barang Audio di JW Marriot.

Selesai perbincangan kami, suami menjemput akak dan kami menunaikan solat maghrib di Surau Jalan Damai. Hajatnya ingin makan malam di Restoren Arab Rawsha di Jalan Damai, off Jln Ampang. Selesai solat, kami pun menuju ke Restoren tersebut yang kelihatannya agak ramai pelanggan berbanding dengan satu lagi restoren Arab berdekatan dengan situ. Makanan Arab yang di hidang adalah dari Lubnan. Restoren Arab yang kami selalu makan di Cyber Jaya adalah dari Yaman.

Pemandangan dari pintu masuk.



Terlebih rajinlah pulak... ambil gambar menu...


Antara Hidangan Nasi yang di sediakan. Olehkerana di Restoren Saba kami sering makan Chicken/Lamb Khabsah.. disini kami mencuba Chicken/Lamb Mandy...


Kami diberi roti Nan ini apabila mengambil Mixed Grill...


Mixed Grilled...
Lamb dan Chicken...

Nasi Lamb Mandy...
Ada disediakan cili hijau lagi untuk ulaman.. tapi kalau makan dengan sos cili pedas dari Arab.. memang sedap...

Nasi Ayam Mandy...
Besar Ayamnya...

Pilihan minuman...
Jika di Saba Restoren mereka hidangkan Barbican..
di sini kita boleh memilih Delster...
Sesuai untuk menghilangkan muak bila makan nasi beriyani begini...


Akak memilih air buah delima..
Suami memilih air buah nenas dan strawberry...
Akhirnya suami mengatakan air buah delima lagi sedap dan berasa.. yang dua lagi tu hambar saja rasanya...


Bagi peminat makanan Arab dan si (tekak minang)... akak lebih menyukai Nasi Khabshah di Restoren Saba, Cyberjaya.. Nasinya lebih enak dan berasnya nampak lebih panjang dan bermutu.
Tapi ikut tekak masing-masing... (jangan percaya saja.. cubalah....)