Kami suami isteri memang seperangai...
bila dah ambil keputusan nak bawak anak-anak berjalan, kami suka buat surprise... suka bagitau last minute... tapi masih merahsiakan destinasi yang kami nak pergi.
Contoh...
1. Masa bawak anak-anak ke Serawak... kami tinggal di Pulau Pinang. Kena ambil 2 penerbangan.. Dari Penang ke KL dan dari KL ke Serawak. Tapi kami hanya bagitau nak ke KL.
Bila naik kapalterbang ke Serawak, kami bagitau anak-anak kita semua nak balik ke Penang semula...
2. Masa nak bawak anak-anak ke Hanoi. Suami memang ada di Hanoi, akak menyorok-nyorok masukkan baju dalam beg. Hinggalah pada hari yang nak pergi akak pakat dengan BIL katakan kita hanya nak hantar beg ke Airport, sebab abah dah tak cukup baju. Sebab baju abah dah habis tak berbasuh dan abah hendak pakaian baru... Mereka hanya tahu ketika akak isi borang landing di Mc Donald...
3. Sanggup berkemas masukkan beg-beg kedalam kereta pada waktu malam selepas anak-anak dah tidur. Berusahalah kami suami isteri mengangkat beg masukkan dalam kereta dan bila bangun pagi terus suruh anak-anak mandi dan berlagak macam takder apa-apa... Bila kelihatan kami mahu keluar dari Jambatan menuju ke Juru.... kami pura-pura katakan hendak jalan-jalan saja dan kemudian kami akan balik semula ke Penang...
Jadinya seperti selalunya kami berusaha untuk merahsiakannya. Hinggalah...
Qeeb : Ibu, kita ni nak kemana? Ni highway kemana?.. (sewaktu kami guna SKVE di PutraJaya..)
Ibu : Manalah ibu tahu... kan abah yang bawak kereta...
Qeeb : Tulis pergi Ipoh... ibu dan abah nak bawak kemana????
Ibu : Entahlah... ikut ajer ler......
Qeeb : Kalau katanya nak ke Langkawi tak mungkin sebab kita bawak beg banyak. Ingat dulu bila kita nak pergi Langkawi naik feri... Mulut ibu bising suruh bawak beg sikit jer... Ini bukannya main banyak ni...
Ibu : Hmmmmmmm....... mungkin jugak Langkawi...
Qeeb : Tak mungkin.... Abah, Highway ni pergi utara ke selatan????
Abah : Takkanlah Qeeb tak tahu-tahu lagi?????? Tengoklah....
Qeeb : ( Masih tak berpuas hati...)
Tiba-tiba....
Zahrah : Ibu, kita nanti solat Asar kat mana?
Ibu : Kat Sg Perak..... ( Dengan penuh konfiden....)
Budak-budak semua pakat ketawa sebab dah terbongkar rahsia kemana kami tuju.. Jika dah sampai Sungai Perak... mestilah ke Utara. Jika ke Utara.. kalau bukan Langkawi.. mestilah Penang.....
Abah : Yang... Lainkali, kalau kita nak pergi mana-mana... dengan Yang pun abang taknak bagitau..
( Sambil ketawa.....) Abang cuma bagi arahan siap baju untuk 2 hari ke 3 hari....
Ibu : Iyerlah Yang... lainkali jangan bagitau orang... orang tension dah ni menyimpan rahsia...
Sakit perut kami ketawa bila ibunya dah terkantoi.... hanya dengan satu soalan yg mudah....
Kami bermula dari Plaza Tol ini.... sebab itulah Qeeb boleh konpius...
Ain keletihan sebab baru balik sekolah...
Aisyah sanggup pangkukan Ain...
Tak lama kemudian... Aisyah pun mengantuk....
Qeeb melihatkan papan tanda ni dah mula meneka-neka...
( Saja ambil bahagian perkataan 'Rawang'.... hanya mereka yang terbabit saja memahami ...)
Dah dekat nak sampai kampong....
Hampir dengan Jemaktan....
Hati dah mula rasa seronok...
Dah nampak familiar...
kalau semasa kami tinggal di Pulau Pinang..(dalam Pulau) kami sering ke seberang jaya iaitu membeli belah di Carrefour Seberang Jaya....
Dah mula mendaki Jemaktan....
Dah makin familiar...
Kelihatan Menara berkembar Petronas...
Kalau dulu... kami akan mengambil simpang ke Gelugor untuk pulang kerumah...
Sejak Tesco mula beroperasi... kami dah mula jarang ke Carrefour Seberang Jaya... Teso pulak menjadi tempat membeli barang-barang bulanan....
Dari Lebuhraya Jelutong Expressway ternampak flat Mak Tok....
Juga Flat Mak Ngah...
Penat perjalanan bertukar seronok... ;P
ReplyDeleteSya...
ReplyDeletememang seronok.. asyik ketawa ajer..
yang ini paling sakit-sakit perut ketawa sebab dalam berhati-hati.. boleh terkantollll....
fa pernah sorang2 naik bas ke Pulau Pinang. Bertolaknya malam dari Puduraya, sampainya subuh. Kemudian terus ke hospital. **okay, tak leh sambung, cerita lamer!** :)
ReplyDeletefa....
ReplyDeletemaktok ja pernah beritahu..
orang muda tak baik cerita separuh-separuh... kalau cerita kena penuh... hihihihihi...
nanti buat entry kisah tu...
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete