Hari ini di dialysis unit.. dah terlupa nak bawa ear phone.. makanya tak boleh nak tengok ER...
Jadinya bolehlah akak bercerita mengenai KKM.
Sewaktu kami bersekolah rendah, sekolah kami berhampiran dengan Masjid Pakistan, Jalan Raja Muda. Di perkarangan Masjid ada di jual capati... dan diluar kawasan sekolah pula ada dijual nasi lemak...Kejadian berlaku sewaktu akak berada di dalam darjah 5....
Setiap hari, kami yang gemar makan...(tengok tu... sejak sekolah akak dah kuat makan) mengumpul dana dari wang belanja masing-masing akan membeli capati atau nasi lemak untuk dimakan bersama-sama. Setiap ahli harus memberi 30sen tiap seorang untuk dibeli capati yang akan dimakan beramai-ramai sewaktu rehat. Akak adalah ketua yang mencadangkan dan mengumpul duit.
Entah macamana, satu hari... ada teman yang ingin menyertainya tetapi tidak mahu membayar wang untuk dibeli makanan. Sekali dua... dimaafkanlah... tapi dia boleh belanja beli makanan lain tetapi tetap enggan membayar. Kawan-kawan yang lain rasa kurang puas hati... Kami semua pun dapat duit belanja cukup-cukup. Bila berbincang dgn kenkawan lain... kami merasakan harus beritahu si-polan bahawa jika dia nak makan sama-sama kenalah bayar sama seperti kami.
Akak menulis surat untuk si-polan. Ada tertulis initial nama Kumpulan KKM. Nak jadi ceritanya... surat tersebut jatuh ketangan guru kelas kami... Membaca initial KKM pada tahun 70an... memang menggerunkan. Kerana apa?..... time tu Parti Komunis Malaya masih diperangi oleh perajurit negara.
Akak dipanggil dan disoal siasat oleh Guru Kelas kami.... Pertanyaan yang pertama ditanya.... kenapa tulis KKM?... Apakah itu maksud KKM?.... Wajah cikgu kelas ketika itu memang serius.. ada riak ragu-ragu dan ingin tahu.
Akhirnya dengan perasaan yang sangat malu kepada cikgu kerana rahsia dah terbongkar... akak beritahu maksud KKM itu. Kumpulan Kuat Makan. Cikgu pun terus berubah airmukanya dan tergelak besar. Sejak dari hari itu akak di panggil dengan nama Ketua Kuat Makan.
Salam Akak
ReplyDeleteSelamat Berpuasa.
sampai sekarang masih Ketua Kuat Makan ....kan....
ReplyDeletemmg elok la akak sandang jawatan ketua KKM tu. haha..kene ngan tema (^_^)
ReplyDeleteakak...saya pun nak gelak besar juga....HAHAHAHAHAAAAAAAA
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteSalam pB..
Selamat Berpuasa juga untuk pB....
Doktor...
ReplyDeleteSiapa???? Siapa kuwat makan??????
Hahahahahahaha......
Ai...
ReplyDeletehmmmmm... rupa-rupanya sampai tua perangai tak berubah... hihihihihi
Syina....
ReplyDeleteakak pun nak gelak jugak....
ada cerita lagi tau sebalik tu....
Boleh I jadi penolong KKM?
ReplyDeleteFa...
ReplyDeletekeahlian tu dah lulus serta merta... jawatan itu mmg tepat untuk you....
welcome aboard....
tak pepasal sya gelak sowang sowang dipagi nih...
ReplyDeletekak sya pun KKM gak..nasiblah kita jauh kan?
akalu dak...harus sya daftar sebagai ahli jugak... ;p
Sya...
ReplyDeleteWelcome aboard....
(ahli dah ramai ni.... kena adakan AGM tak lama lagi...)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete