(Akak ada ambil gambar tapi tak boleh nak upload.. nanti balik akak upload....)
Maaf.. Andeh dah strike semula.... Andeh ambil gambar tp memory card masih kat laptop... beriyer-iyer lah cik Andeh mengambil gambar.... tp takder.......
Bangun sahur.. beriyer-iyer akak mengadap pinggan. Lupa kiranya hari dialysis mmg akak tak boleh puasa. Sedihnya rasa sebab tak boleh nak puasa... (mungkin bila dah lama dialysis dan dah boleh adjust air.. mungkin boleh juga kot....)
Ada yg bertanya kenapa tak boleh nak puasa...
Kami bila menjalani rawatan dialysis... kena tarik air.. kadang-kadang tarik sampai 3 kilo. Bila lepas ditarik air... badan rasa letih. Rasa macam nak pitam pun ada... Jika jadi pitam, memang kena masukkan air dalam badan bagi mengimbangi semula... Jika B/P rendah pun, kena masukkan air semula dalam badan... Puasa pun boleh batal.... Jadinya suami akak tak menggalakkan akak puasa pada hari dialysis.
Suami masih kepenatan sebab awal pagi semalam dia berkejar balik ke Melaka kerana ibu saudara kami meninggal dunia. Tengah malam tadi baru tiba dari Melaka. Dalam masa 2 minggu ini FIL kehilangan 2 orang adik beradiknya jadinya suami akak hendak menemankan abahnya yang tentunya sedih bila kehilangan 2 adik beradik dalam masa yang dekat. Dengan kesihatan FIL yang juga tidak begitu baik... suami mengambil langkah untuk memantau keadaan FIL.
Suami meminta akak menghantar anak-anak ke sekolah sementara dia meneruskan tidurnya. Akak pula harus tiba awal ke 'opis'. Jadinya akak mengambil keputusan untuk memandu sendiri supaya suami mempunyai lebih sedikit masa untuk menyambung tidurnya.
Dalam perjalanan sempat ambil gambar... kamera sony cybershot memang ada dalam beg dialysis... mudahlah nak mengambil gambar...
Tiba di hospital, parkir masih banyak yang kosong. Selesanya...
mmm..alahai...dah ada gambar tak leh haplod la pulakkk....hehehehe
ReplyDeletesalam dari : WAN FA !!
salam kak..
ReplyDeleteselamat 'bertugas' diopis
Wan Fa...
ReplyDeletelihatlah donia....
setelah ditukar namanya...
terus menduduki tempat pertama....
nanti akak cuba jugak upload gambar utk u...
Sya...
ReplyDeletesebaik akak tiba... 'kaunter pengaduan' dah berfungsi... hihihihi... ramai benar nak bercerita....
salam kenal,
ReplyDeletesaya terpanggil untuk komen bila terbaca profil anda yg berdialysis..dah berapa lama?
arwah abah saya berdialysis selama 8 tahun..
anda duk mana?
mampir...
ReplyDeletesalam kenal kembali...
saya dah dialysis selama 2 tahun... saya tinggal di kajang.
o cite dah abis ke kak? ingat ada sambung lagi, hehe...
ReplyDeleteKOG....
ReplyDeletemacammana nak sambung... gambar elek....