Setelah 3 hari berbuka puasa di rumah, semalam (Sabtu) kami ke rumah emak untuk berbuka bersama-sama dengan adik beradik dan anak saudara dan ipar duai... (Hmmmmm... memang dari keluarga yang besar...)
Sebelum ke rumah mak, singgah di PaRam berdekatan dengan rumah untuk membeli jaudah berbuka.. Dah selalunya beginilah akak.. bukannya reti nak masak apa-apa untuk dibawa kerumah emak kerana emak memang terkenal dengan kesedapannya memasak lauk. Bila rasa-rasa nak bawak lauk... pikir semula.. hmmmm tak payahlah... segan nak bawa lauk masakan kita hari-hari kalau dibandingkan dengan lauk mak.
Adik perempuan dari awal dah ada di rumah mak untuk membantu mak memasak juadah berbuka. Lagilah terasa malas nak masak apa-apa. Hanya belikan kuih muih dan air tebu dan kelapa untuk semua.
Setibanya di rumah mak.. kakak dan seluruh ahli keluarganya dah tiba. Begitu juga dengan adik. Itupun dah penuh kawasan meletak kereta di hadapan dan tepi rumah mak. Kelihatan macam ada kenduri kecil.
Berkumpullah semuanya dari yang tua hingga yang kecil...
Sebaik bunyi azan, akak dah tak pandang kiri atau kanan terus saja menyendok lauk yang dimasak oleh mak. Mak kalau dah masak Lomak cili api... lebih2 lagi semalam emak masak lomak robung dengan daging... hmmmmm... memanglah menyelerakan. Mungkin dah namanya emak... Masakannya memanglah yang terbaek.
Selesai makan baru ternampak suami dah takda di kerusi makan. Cari punya cari, tanya punya tanya... rupanya suami awal-awal dah bangun menunaikan solat maghrib di surau yang berhampiran dengan rumah. Hmmmm... dahsyat sungguh akak semalam... Makan punya makan... suami bangun pergi surau pun tak sedar. Rupanya pepatah ' makan terlalu sedap hingga mak mertua lalu pun tak perasan...' adalah benar. Bahaya sungguh ni.....
Mujur juga anak-anak dah diuruskan oleh mak-mak sedara mereka...
Mungkin juga bila dah berkumpul beramai-ramai begitu memang seronok. Makan berlumba-lumba ambil lauk yang sedikit... Yang sikit jadi rebutan... itulah yang sedap rasanya...
Aisyah yang kecil ini pun seronok bila bertemu dengan 'anak saudara'nya... Aisyah menjadi 'Makcik' semalam. Diam tak diam Aisyah dah mempunyai 2 orang anak saudara manakala akak dah menjadi 'Nenek' kepada dua orang cucu.... Hmmmm..... makin tualah kita yer.....
tak bawak camewa ye.......
ReplyDeleteYalah Fa... wan mah ni tak bawak kamera... kita tingin nak tengok lauk lomak cili api robung & daging tu. :(
ReplyDeletefa...
ReplyDeletesemalam... memang andeh...
bukan selalu berkumpul ramai2 macam tu...
lupa nak bawa camewa...
lili...
ReplyDeletebetul tak cadangan saya... bila Fa.. di tukar jadi Wan Fa... Zuuuupppp dapat tempat pertama.....
Habislah Wan Lili dah ada penyaing....
Wan Ja... Wan Som... Jom berla'wan'....
Amboiiii... leh bayangkan kalu semua lak bermalam. Masing2 berebut cari sarang masing2 dengan toto tilam selimut bantal busuk segala.
ReplyDeleteSonoknya keluarga besar. Sedar tak sedar, dah jadi Nenek dah yerrr...
Azie,
ReplyDeleteKalau bermalam... ramai-ramai begitu... memanglah gamat.. bilik air cuma 2... gamat sungguhlah jadinya...
Memang dahlama sedar dah jadi nenek.. tapi baru ni nak mengaku... heheheheheheee
Alhamdulillah...Rahmah masih punya Mak untuk di ziarahi dan menikmati masakkan nya..
ReplyDeleteMemang sedaplah tuh, rebung daging masak lomak padi...ummmppphhh..memang kalau akak sekali pun mesti terlupa org yg tersayang kat sebelah..
he he he
Salam DM
ReplyDeleteBeruntung masih ada Mak dan dpt berkumpul adik beradik. Rmh mak DM kat mana? rugi betul takde gambar... KZ boleh bayangkan betapa meriahnya...daging + rebung masak lomak cili api... hmmmm ....favorite den
kak nani...
ReplyDeleteAlhamdulillah...
air tangan mak tu yg special tu....
tak boleh nak banding kan...
kak zah...
ReplyDeletemak saya tinggal di hulu langat... mmg terasa rugi bila lupa bawak camera... duduk makan beramai-ramai tu yg patut ada gambar...
mak saya masak lomak tu, pakai kerisek.. itu yg buat ada ummmmmppppp......
kalau ada gambar mesti meriah nih...
ReplyDeletekak pepatah tu dah tukar, makan sodap suami hilang pun tak nampak.. ;p
Sya....
ReplyDeletesetuju.......
pepatah mak mertua tu dah tak shesuai....
mmg patut tukar..