3hb Ogos 1996..
Sehari sebelumnya ibu dimasukkan ke dalam wad kerana untuk pemerhatian kerana darah tinggi ibu menjadi sangat tinggi.
Pagi 3hb Ogos 1996, doktor buat pemeriksaan dan mendapati dah buka 2 cm. Ubat diberi dan jantung baby di pantau....
Pukul 1000 pagi, jururawat mendapati pergerakan dan denyut jantung baby tidak seperti yang sepatutnya. Doktor di panggil dan doktor dapati ibu harus dibedah.
Ibu memang tersangat terkejut dan takut bila disebut akan dibedah. Abah yang sedang berada di Hospital UKM diminta datang segera ke Pusrawi kerana ibu harus dibedah dengan kadar segera. Doktor mendapati baby dah lemas.
Kawan baik ibu iaitu Doktor Aini seorang pakar bius menasihatkan agar ibu bersedia untuk dibedah. Dia menerangkan serba sedikit untuk menenangkan hati ibu.
Abah tiba dan persetujuan terus diberi. Ibu terus dimasukkan ke dalam Dewan Bedah dan team yang akan menjalankan pembedahan adalah terdiri dari Doktor Habibah, Doktor Aini dan petugas yang semuanya perempuan.
Memikirkan Doktor Aini dan Doktor Habibah adalah pakar dalam bidang masing-masing, akak tidaklah berasa takut dan ragu-ragu. Kami berbual-bual bagi menghilangkan rasa gemuruh dan akhirnya terdengar tangisan baby. Dr Habibah mengenalkan Qeeb pada ibu. Keadaan Qeeb pada masa itu adalah tersangat biru kerana Qeeb telah menelan air ketuban dengan banyaknya. Doktor Aini terus berusaha untuk menyelamatkan Qeeb dan abah turut berada bersama-sama disitu.
Alhamdulillah... walaupun Qeeb dilahirkan lemas tetapi Qeeb dapat diselamatkan dengan doa semua kepada Allah snw. Syukur Alhamdulillah.
Qeeb dimasukkan kedalam incubator untuk dipantau selama sehari dua. Ibu dihantar ke wad.
Hari ini juga adalah hari yang paling bersejarah kerana seluruh Malaysia pada hari ini mengalami 'blackout' akibat dari pencawang utama yang terbakar. Seharian jugaklah Pusrawi menggunakan bekalan elektrik yang terhad dan tiada penghawa dingin di dalam wad tersebut. Memanglah terasa sangat panas dan tidak selesa.
Keesokannya baharulah ibu dapat menatap wajah Qeeb. Memang comel. Kakak sudah menunjukkan kasih sayangnya pada Qeeb. Seronok sungguh melihatkan kakak sungguh gembira dengan kelahiran adik baru dalam hidupnya.
Dihari yang bermakna ini ibu dan abah memanjangkan doa agar Qeeb menjadi anak yang solehah, anak yang berjaya hidupnya di dunia dan juga di akhirat.
Ini kisah anak no berapa?
ReplyDeletekasih ibu....
ReplyDeletepB,
ReplyDeleteini kisah anak yang kedua....
Doktor...
ReplyDeletebenar... kasih ibu
dan kasih semuanya....
Hepi besday Qeeb..
ReplyDeleteJgn lupa pinta hadiah sekeping air ticket ke Korea (upah jadi kamewa gal ibu).
Salam Akak, hehe.. how are u?? *sambil lambai2*
kak som...
ReplyDeleteooooiiiiittttttttt....
( ibu qeeb pun takder budget nak bagi hadiah tu..)
I kena deletekan ini lah...
bahaya...
nanti qeeb dapat idea.....
B/P i dah go upstairs.....
selamat hari lahir qeeb... ;p
ReplyDeleteSya..
ReplyDeleteterima kaseh...
HAPPY BESDAY QEEB - semoga dirahmati dan diberkati Allah. Dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan tubuh badan.
ReplyDeleteDari Ayman, Nadia, Mak Da dan Pak Da. Btw Justin Bieber kim salam...hehe
Selamat hari lahir, Qeeb
ReplyDeleteDari makcik blogger dari utara.
Semoga diberkati sepanjang usia
Jadi anak,kakak,kawan yang disayangi,disenangi
Oleh semua insan yang mengenali.
Semoga Allah merahmati
Mak da...
ReplyDeletethank you...
Makcik blogger a.k.a. cikgu...
ReplyDeleteterima kaseh...
Sungguh istimewa anak gadis bernama QEEB ini. Moga terus cemerlang dan menjadi anak yang solehah...
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun...
azie...
ReplyDeleteJazakallahukhairan... Amin Ya Rabbal Alamin....
Hepi belated besday Qeeb.... sbb aunti jauh nuuuun di negeghi oghang putih.... terlepas... time difference.... he he salahkan time
ReplyDeleteKak zah...
ReplyDeleteakan saya sampaikan ucapan kak zah tu...
terima kaseh...
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete