Sunday, August 29, 2010

737 ~ Sekali lagi Pheeeeewwwww... Fengsan belum lagi...


Hari ni memang hari cuti. Mana-mana undang-undang pun kena cuti hari Minggu... Akak pun lepas solat subuh... sengajalah nak cuba-cuba belajar belayar ke Pulau Dudoq... Hmmmmm betul2 belayar jadinya... Hinggakan dengar bunyi tone sms jauh-jauh.. sayup-sayup.... Akhirnya adalah sorang budak gigi besi tu dah kejutkan ibunya....
Ingat senikata lagu Damai Yang Hilang...
' Anak-anak kecil mengejutkan ibunya..... '
tapi budak gigi besi cakap...
' Ibu.. bangun saya nak ***cing'..
Sebaik dengar ayat yang ada hujung 'ing' tu.. mau tak menggelupur bangun.. Pengalaman yang sudah-sudah.. orang yang tidur sebelah dengan budak yang kuwat ***cing memang harus lencun sekali...
Bangunlah ibunya membawa anaknya ke WC....

Nak tidur semula memanglah IMPOSSIBLE... Hmmmm........ sudahnya mengadap handphone dan mengadap lektok....

Nak jadi cerita... petangnya seluruh plug di dapur dah 'trip'. Hmmmm... ni kerja Minah Gyver ni.. sebab selalunya panggil Mc Gyver.. dia ambil masa nak bangkit bangun. Dia tak secergas minah Gyver.....mungkin sebab bila dah tugasnya d hospital selalu cepat dan pantas...(Nyawa Beb..) di rumah... dia lebih harap kat Mnah Gyver ni untuk bertindak cepat dan cekap...

Minah itu sudah tengok dekat suis board dan nampak ada satu plug yang turun tak mahu walaupun di tolak... Minah tu periksa seluruh plug di dapur... tau-taunya satu 1 plug yang tersuruk belakang MW... Kerja besar ni... nak kena angkut keluar MW. Nak ceritanya 2 hari lepas Minah Gyver dengan pertolongan anak jantina yang bernama Qeeb telah membaiki plug peti ais... Mujurlah anak Mc Gyver tu cekap... banyak betul pertolongan yang kami nikmati.... Contoh : Masa pintu bilik kami terkunci tak boleh keluar... anak kami yang itu juga mengopek pintu sampai kami boleh keluar.... di kopek-kopek pintu tu... dan akhirnya dengan sepenuh tenaga perempuannya di tolaknya pintu itu.... Hmmmmmmm.... sapa cakap anak perempuan tak boleh buat apa???????.....

Sekarang kena angkut MW pulak... Ayoyoyo.... puas Minah Gyver menung... Terus sms Mr McGyver usahakan panggil mana-mana electrician yang sanggup bekerja hari minggu. Mujurlah datang sorang electrician yang sanggup datang kerja hari minggu... Lega..... Banyak Lega...
Nak ceritanya...
Bila Allah nak beri pertolongan.... kita akan menerima dari berbagai bentuk.....
Alhamdulillah.....


8 comments:

  1. Syukur.
    Hari ini kita tolong orang, esok orang pula tolong kita.
    Begitulah..

    ReplyDelete
  2. la awat no sekarang ni musim alat letrik meragam ke.Makcik pun MW dah tak boleh jalan,plug pun dah terpercik bunga api.Mujurlah tak jadi apa apa.Tapi yang berat,tu electrician sini cuti ikut public holiday.

    ReplyDelete
  3. Azie..
    akak pun ikut fahaman yang sama... kita tolong orang.. orang akan tolong kita....

    ReplyDelete
  4. cikgu...
    macam tu lah gamaknya sekarang ni...
    mana-mana pun dengar ada ajer barang letrik yang masalah...
    memang mujurlah ada electrician yg sanggup datang hari minggu... hari tu cina baiki pintu pun sanggup datang hari minggu.... sekarang memang orang mencari duit tak kira hari kot....

    ReplyDelete
  5. en me....
    Alhamdulillah....
    rasa syukur tak terhingga.....

    ReplyDelete
  6. siapa kata orang pempuan tak boleh buatkan?

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata