Thursday, August 12, 2010

705 ~ Kunjungan mesra...


Sejak lima tahun lalu tinggalkan rumah ini... inilah kali pertama berpeluang melihat kembali rumah ini. Sebenarnya ini adalah rumah yang kedua kami sewa sewaktu menetap di Pulau Pinang. Asalnya kami tinggal di Bukit Dumbar. (Hajatnya nak ambil gambar.. tapi sebab masa yang sungguh terhad.. memenuhi kunjungan di tekak yang iyernye....)

Akak yang pilih kejiranan ini kerana rumah sebelah adalah keluarga melayu berbanding dengan di Bukit Dumbar berjiran dengan orang cina. Kami hanya tinggal selama setahun sahaja di Bukit Dumbar manakala selama 4 tahun di Lengkok Pemanchar, Gelugor.

Pagar ini memisahkan rumah akak dengan rumah Mak Ji Noraini.


Dari pemandangan hadapan rumah Mak Ji Noraini.


Dari pandangan hadapan rumah sewa kami. Sekarang dijadikan tadika.
Luas kawasan halamannya... memang seronok anak-anak bermain dalam kawasan rumah.


Di pagar ini jugak tempatnya akak dan Mak Ji berbual-bual dan juga tempat menukar makanan. Selalunya Mak Ji lah yang menghulur makanan kat rumah hijau tu...


Seronok dan rindu sungguh dengan Mak Ji.
Kami memang rapat antara satu sama lain. Kebanyakan saudara maranya akak kenal. Kadang-kadang petang-petang kami pergi tepi laut di Batu Maung mencari kepah... seronok...


Aqila ni.. sejak lahir akak lihat dia membesar.. sekarang dah sekolah darjah dua.


Aiman adalah satu-satunya kumbang antara Aqila, Aisyah, Ain, Qeeb dan Zahrah... Memang sejak lahir jadi rebutan kami semua... selalu kami ambil bawa balik kerumah kami....
Sekarang dah sekolah darjah satu... adik kepada Aqila...


Sesi bual-bual... banyak yang hendak di tanyakan dan diceritakan..


Ini pula adalah Cikgu Ina.. ibu kepada Aqila dan Aiman...


Dalam list ada tercatit nak jumpa Maktok dan Mak Ngah. Tapi sebab masa yang cukup terhad... tak dapatlah akak menemui mereka. Tambahan pula kalau dah jumpa mereka, kena juga singgah beberapa rumah teman mengaji yang lain... Insya'Allah... panjang umur kita jumpa lagi...

4 comments:

  1. Salam Akak


    tahun 94 , pB hari hari dok lalu kat situ.
    Kerja kat atas bukit tu.

    ReplyDelete
  2. pB,
    Waalaikummussallam...
    kalau kerja atas bukit tu... telekom yer????
    selalu makan kat Mina Restoren??? Gelugor...

    ReplyDelete
  3. Nnt bila I pi Penang, I nak pi cari rumah ni.. Selalu gak lalu sini.. Rumah BIL di Gelugor, Ayang my niece pun di USM..

    Nak pi cari sampai jumpa, amek gambaq, nak masuk my blog.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. Ja...
    I cabar u cari sampai dapat... hihihihii...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata