Wednesday, June 23, 2010

622 ~ Mula Dialysis.


Tadi Haji Mulok membuatkan akak berfikir semula. Mengingati semula bilakah tarikh sebenarnya akak mula dialysis menggunakan 'perm cath' di bahagian dada. Nak mengingatinya memang mengambil masa. Kata beliau, lagi lama kita dialysis... kita akan semakin lupa tarikh permulaan kita dialysis. Ini penting katanya.

Akak memang agak lembab nak mengingat tarikh sebenar.
Buku ' Temujanji' akak yang asal pun dah kemana. Ada tapi entahlah dimana akak simpan. Kita ni memang lah pelupa... ( Dah mula kena mengemas kini maklumat..... )
Tapi yang akak ingat ialah.. permulaan akak dialysis adalah sekitar bulan August 2008. Setelah beberapa kali keluar masuk wad untuk pelbagai pemeriksaan sehingga kena 'scope'. Selepas itu di beritahu kena dialysis... agak samar-samar juga. Terus buat pembedahan di bahagian dada untuk memasukkan tiub 'perm cath'. Kemudian buat pertama kalinya akak di beri rawatan dialysis di wad Nephro 7A.

Sekarang kena cari diary-diary lama kot-kotlah akak ada mencatatkan tarikh tersebut. Apa yang pasti tarikh tersebut hampir menyambut Ramadhan 2008 dan hampir pada tarikh hari lahir akak.
29hb Ogos 2008. Hari Jumaat ~ teka sahaja...
SN Zuraida adalah staff nurse yang mula-mula sambungkan 'perm cath' akak pada mesin dialysis.
Hari Isninnya akak mula dialysis di Unit Hemodialysis. SN Diana pula yang mengambil tugas memasang 'perm cath' ke mesin dialysis.
Sepanjang dialysis selama 2 bulan pertama, suami memang menemankan akak. Lama kelamaan akak dah uruskan sendiri.

Inilah rupanya kalau dah terlebih air, muka dan mata membengkak.. selalunya terjadi bila hari sabtu dan ahad tidak/tidak boleh berpuasa.

8 comments:

  1. Take care hajah. Keep track 'herstory 'ye..senang nanti.

    ReplyDelete
  2. Salam Rahmah, senyum lah sikit..serious nya..
    takuit akak..Jelingan yg sangat tajam..he he he

    ReplyDelete
  3. Relaks saja kak...
    bila lelama dah lali kot... ;p

    ReplyDelete
  4. kak kenapa petang baru ada en3?
    isshh..lama nunggu tadi
    ingatkan akak tak sihat ke...

    ReplyDelete
  5. kak hajah nora...
    terima kaseh... Insya'Allah...

    kak nani...
    hmmm... tak senyum dgn org yg ambil gambar..

    sya..
    pagi tadi duduk2 baca entry orang lain yg dah lama akak tak baca... berbulan2 tertinggal...
    petang ni baru ingat nak buat sendiri punya....
    heheheheh....

    ReplyDelete
  6. kak nani...
    sebenarnya gambar ni diambil semasa muka tengah bengkak sebab air dah berlebih.. pagi isnin... itu yang serius jer... nak senyum pun dah tak boleh... (baru teringat kenapa ambil gambar...)

    ReplyDelete
  7. DM...pernah buat operation? Syukur.. walaupun dialysis 3 kali seminggu tp masih boleh menjalani kehidupan normal.

    Besarnya laptop!!!!

    ReplyDelete
  8. Kak Zah..
    Saya pernah buat minor operation memasukkan 'perm cath' di tebuk di pangkal leher ke dada.
    Size laptop adalah mengikut umur. Untuk yang dah berumur macam saya, size yang besar membantu penglihatan. (antara lain.. kalau paparan kecil, tak nampak... hehehhehe)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata