Saturday, June 19, 2010

616 ~ JJTW


Petang semalam, anak-anak dibawa untuk riadah terakhir sebelum sekolah dibuka iaitu
Jalan-jalan Tonton Wayang.

Selesai solat Asar, suami pun membawa kami semua ke MidValley Megamall untuk menonton 3D Toys Story. Waktu tayangan adalah pukul 900 malam.

Sebaik tiba, kami semua mengisi perut di Carls Junior... Anak-anak yang hanya gemarkan burger MacDonald mendapat pilihan burger Mc Donald. Selera Ain dan Aisyah hanya menyukai cheese burger jenama Mc D.


Buah Ibu, Abah dan Qeeb kami lebih menyukai Portobello Burger. Memang Yummy.....
Tak boleh nak cewita...


Payah jugak nak menghabiskan... sebab burgernya besar dan kaya dengan bahan-bahan tambahan...


Budak Mc D.. seronok dengan cheese burger Mc D.. Budak Carls Junior seronok dan kekenyangan dengan burger portobello...


Selesai solat Maghrib, kami pergi ke Harvey Norman untuk membeli cenderahati buat anak teman sebilik akak di Mekah tahun 1992 yang akan berlansung hari ini (Sabtu). Kami berkawan baik sejak itu. Urusan pernikahan akak banyak dibantu oleh teman ini.
( Esok akak cerita dan ambil gambarnya...Insya'Allah...)
Sambil tu, mencuba kerusi untuk istirehat.. memang sedap daripada yang ada di rumah kita...


Masing-masing mencuba di kerusi rehat yang berlainan... Aisyah punya pilihan memang tepat. Empok dan selesa.... Adui... nak belilah untuk birthday 10tahun lagi.. (Sebab untuk b/day tahun ni dan 5 tahun akan datang pun... suami dah cover...)


Inilah kanak2 riang yang diberi peluang bergumbira sebelum cuti sekolah berakhir....


Sewaktu kami ramai-ramai menanti di sini, kakak terlihat sekumpulan artis dan sekumpulan anak-anak yatim. Artis seperti Nora dan suami Johan Nawawi sekeluarga, Wafa dan anak-anak dan beberapa nama yang tidak akak kenal sedang melayan sekumpulan anak yatim dari Ukay Perdana. Kelihatan Nora benar-benar melayan anak-anak yatim tersebut. Akak memang meminati Nora berpeluang sama-sama menunggu di luar panggung, bertentang mata lagi... tapi segan nak minta bergambar sama. Memang akak jenis yang maaaalllllu nak bertegur sapa. Pernah semasa akak dan kakak saudara dinner di PJ Hilton ternampak Kak Pah Aini... Kami masing2 memang minat, tapi tak sanggup nak terjah artis tersebut.

Puas memikirkan dalam liver... ' awatlah penyegan sangat.... kamera dah siap dalam poket seluar... datang jer dekat.. salam.. cakap Assallamualaikum... lepas tu cakaplah minat sangat kat dia..suka dengar lagu 'Dendam Dalam Diam' nyanyian dia... lepas tu mintalah qeeb ambilkan gambar....Eeeeee apalah susah sangat ker?.. Apa? Ingat dia makan orang ker?...' Itulah ayat2 yang terngiang2 dalam kepala sepanjang malam hingga ke pagi ini......

Aiyooooooo......
Manyak Lugi Looo....
Nora memang lebih ayu bila bertudung dan akak terlebih minat lagi dengan imejnya yang baru ini.... so sweetttttttttttttttttttt..................


6 comments:

  1. kita kalau jumpa akak pun rasanya malu nak tegur, hihihi... standard artis akak tau!

    ReplyDelete
  2. KGG...
    Janganlah gitu.. akak ni bukannya selebriti... kita sama-sama jer di bumi Allah ni.. jumpa nanti, tegur tau.. manalah tau kita sama-sama duduk minum petang kat oldtimer ker, nu-inn ker.. mohd chan ker..

    ReplyDelete
  3. Salam DM... dulu KZ pernah terserempak M.Nasir kat parking kereta di The Curve... KZ mmg minat kat dia. KZ selamba je pergi salam dgn dia..ha ha.. puas hati. Suami & anak2 pun terperanjat tengok KZ pergi bersalaman.... sampai hari ini masih teringat!

    ReplyDelete
  4. Kak Zah...
    Aduiiiii.... kenapalah saya tak seberani macam tu???? Sampai hari ni saya masih menyimpan rasa ralatnya.... Aduiiii..... Luginya....

    ReplyDelete
  5. Akak, kadang2 kita TERberani, kadang2 TErtakut dan kadang2 TERsegan..

    I pernah juga buat 'hal' dgn selebriti, har3 tapi bila jumpa selebriti yg KakZah jumpa kat restoran (ingat tak kita nyaris berjumpa dulu?); kelu kaki untuk bergerak. Takat nih yg I ralat tak bergambar dgn aruah D.Beramboi (I kan pemalu?). Masa tu dia ada dlm kedai jual gitar diShahAlam (I beli gitar sbb I kan rocker? Uwekk).
    Psst Akak, T pernah bergambar dgn Nora (sbb anak dia n T attend sama sekolah rendah dulu, dan Johan tu kan kan kan .. eh!! panjang plak mengomen. Sowi).

    ReplyDelete
  6. kak som...
    Hmmm...i setuju benar2 kata2 u tu...
    tersegan..termalu salah tempat kekdahnya...
    Alaaa.... T pernah bergambar dengan Nora?.. Ruginyer... kalau tak boleh i tunjuk2 kat u gambar i pulak dengan nora......

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata