Wednesday, June 09, 2010

Alhamdulillah....Berita Gembira...


Seperti biasa, hari ini akak ke dialysis seperti biasa bersama-sama suami.
Selesai dialysis, akak menghubungi suami dan diberitahu bahawa saat itu suami agak sibuk di ICL... akak pun merancang untuk mengambil kunci kereta dan pulang dahulu.

Sebaik tiba di ICL, terasa malas pulak nak memandu sensorang pulang kerumah. Suami mencadangkan akak menanti beliau selesai kerja di ICL dan pulang bersama-sama sebaik selesai kerjanya. Akak diberikan bilik untuk berehat sementara menanti suami selesai kerja.

###Sementara menunggu juga, suami mengambilkan sepinggan nasi putih dan berlaukkan sardin hanya untuk melapik perut kerana akak selalunya selepas dialysis memang akan tersangatlah lapar.. kadang-kadang boleh hypo dan fengsan... Kami makan berebut-rebut sepinggan.. tolak nasi sana, tarik lauk sini.. kekdahnya... ( ### Kak som...i teringat bila u tanya...)

Akak cuba buka desktop yang terdapat di bilik tersebut tetapi tidak dapat 'kemana-mana'. Di situ tiada pula wi-fi, maka akak buka lektok untuk menonton filem. Kira okay juga duduk sensorang sambil menunggu suami.


Verangan macam bilik 'shendiwi'...
My new 'opis'.....
Lagi vergaya... ye dak????....


Selesai menanti suami, kami ke Klinik Kardiologi untuk membuat 'echo-cardiogram'. Akak perlu melalui pemeriksaan Echo untuk melihat 'tahap' jantung akak. Dahulunya jantung akak tidak begitu kuat... setelah akak diberikan mesin dialysis yang baru, akak perlu menjalani pemeriksaan echo dan arahan adalah dari Pakar Nephro.

Setelah pemeriksaan dibuat, Alhamdulillah. Ada peningkatan keadaan jantung akak yang setahun dahulu tidak begitu kuat. Ianya agak lemah tetapi sekarang dah agak baik. Mungkin berkat doa dan ubat-ubatan, keadaan jantung akak sudah agak baik. Alhamdulillah sekali lagi. Syukur kehadrat Allah snw.

Selesai semua, kami pun pergi makan nasi daun pisang di Cyberjaya. Kekdahnya 'meraikan'.. berita gembira. Dengan perutpun memang lapar... berselera sajalah...


Sepatutnya dah cukup dengan lauk pauk yang disediakan, promoter kedai tu cukup licik mencadangkan itu dan ini. Akhirnya tak habis... kena bungkus lauk-lauk tersebut...
( Peringatan : Tak boleh makan nasi daun pisang di sini lagi... malam tadi akak ter..buang2 angin melampui batasan dan tengah malam cheri berii.... tempat makan ini dah tak masuk dalam senarai... )


Nasi akak memang habis... sebab memang lapar...


Syukur Alhamdulillah sekali lagi....

11 comments:

  1. Alhamdulillah... tumpang gumbira untuk AKAK..

    Saya rasa, bukan sahaja ubat, rawatan dan kebahagiaan AKAK yang turut membantu ke arah jantung yg lebih baik itu, tetapi juga kerana sikap positif AKAK dan sering fokus kepada perkara2 happy...

    Juga sering meluahkan segala rasa di blog utk kita kongsi bersama...

    kurang tekanan, gembira, gelak gelak... itupun suatu yg memberikan kita rasa ceria kan? Ubat stress...!

    Wehhhh daun pisang tu tak bungkus sekali kerrrr... hahahaha

    ReplyDelete
  2. azie..
    terima kaseh..
    (ingatkan mula2 nak jugak bawak pakai kat rumah daun pisang tu... tapi malu lah...)

    fa..
    memang dah cukup banyak.. kena promote lauk lain lagi.. saja dia nak menambah rega...(harga) kedai keling mmg mcmtu... lagi dia nak ketuk selagi boleh ketuk...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.... DM bertambah sihat... KZ tumpang gembira.... teruskan JJCM

    ReplyDelete
  4. Yaaa... "teruskan JJCM bersama anak angkat yg triple comel tu" :-)

    Akak, smlm you kata makan sepinggan share berdua kan? Sajalah tu *sambil monyokkan muka*.

    Alhamdulillah dgn izinNYA, kesihatan bertambah baik. Setuju dgn kata2 bernas Azie (jom masuk swimming pool sesama?).

    ReplyDelete
  5. Suami akak suka makan atas daun pisang kalau ada masak lemak pisang + sambal belacan + ikan kering. Akak guna pinggan yang corak daun pisang aje.

    ReplyDelete
  6. kak zah...
    Alhamdulillah.. terima kaseh kak zah. Semuga Ayim pun begitu juga sebab Insya'Allah.. setiap penyakit ada ubatnya... (saya dan suami pun tak sangka ketentuan Allah nak beri..)

    kak som..
    Memang.. sebelum kami pergi JJMM, suami ambil nasi dari pantry ICL berlaukkan sardin untuk kami makan berdua di 'opis' atas nun... (sepinggan you...) Akak kalau lepas dialysis, memang lapar.. suami takut akak fengsan hypo.. ambilkan nasi dan kami makan berdua... (tak melencong2 dan menyambil2 you....)
    Alhamdulillah.. dengan izinNya jua...

    Kak nora..
    kalau cenggitu, saya pun nak cariklah pinggan yg ada corak daun pisang.. ketagihlah nak makan dalam daun pisang.

    ReplyDelete
  7. Baru tengok lauknya, tak sempat nak merasa, peyut I dah rasa memulas!!

    Tadi I mamam nasik lemak daun pisang masa pi antaq TK kat simpang 3 rumpun bambu.. TK pun heran tgok I, ternganga2 mulut I sbb tak tahan pedas.. Org lain makan slumber je.. I siap order teloq mata, percik kicap kat atasnya, sbb nak kurangkan pedas nasik!!

    Berkat sungguh akak train bakal bibik I tu.. hihihih....

    ReplyDelete
  8. ja...
    lauk2 di atas, untuk dilihat dan bukan untuk dimamam... (akak 100% tak syorkan...)
    wah.. minggu lepas sekali, minggu ini sekali lagi makan nasi lemak.. daun pisang lagi.. aja you nak buat akak terlioq..
    Berkat tak berkat i train.. tak tentu lagi dia nak tukar majikan.. heheheheheheheheh.....

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..semoga akak sembuh dan sihat sepenuhnya...

    ReplyDelete
  10. Sya...
    jazakallahukhairan...
    terima kaseh turut mendoakan...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata