Kali ini seperti yang pernah akak janjikan marilah akak mengimbas kembali kisah sewaktu tragedi 13 Mei 1969...
Sehari sebelum peristiwa berdarah berlaku, jalanraya di hdapan rumah akak iaitu Jalan Raja Muda.. mengalami kesesakan lalulintas akibat kebanyakan penyokong-penyokong Datok Harus Idris ingin berkumpul beramai-ramai di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor yang terletak sebaris dengan rumah akak.
Akak dapat merasakan sesuatu yang tidak kena bila jalanraya yang selalunya agak kurang kenderaan yang melaluinya, boleh menjadi begtu sesak. Kelihatan juga bas-bas yang membawa ramai penyokong-penyokong Datuk Harus Idris.
Saudara mara akak yang lelaki datang berkunjung ke rumah kami sebelum meneruskan perjalanan ke rumah Menteri Besar. Arwah abang mat datang dari Ampat Tin bersama anak bujangnya abang Aris dan abang Alias.. Arwah abang Mat Yassin, arwah abang Buyong dan abang Baini pun turut serta. Mereka ini adalah anak saudara kepada emak akak.
Kami semua tidak dibenarkan keluar rumah. 'Curfew' kata emak. Pihak tentera dan polis datang berkawal di sepanjang jalan selama seminggu. Di hadapan rumah akak ada sebuah Sekolah Rendah Princess Road, disitu ditempatkan sekumpulan askar. Kami diberikan makanan dalam tin. Akak pun tidaklah keluar-keluar rumah apabila melihatkan keadaan begitu rupa.
Seminggu selepas itu, keadaan di hadapan rumah akak agak sunyi dan tiada lagi kumpulan tentera dan polis yang berkawal. Kelihatan pula dua tiga orang pemuda (anak-anak muda kg baru) membuat kawalan sesama sendiri. Mereka membawa parang dan buluh yang sudah di tajamkan hujungnya. Akak boleh lihat mereka berkumpul di tepi jalan raya kerana ianya betul-betul di hadapan rumah akak.
Tak lama kemudian (kebetulan akak dan emak sedang memandang keluar tingkap depan rumah kami) kelihatan sebuah kereta mini minor lalu. Kereta tersebut di tahan oleh pemuda-pemuda melayu tersebut dan pemandunya di arahkan keluar. Kami dapat lihat pemandunya seorang lelaki berbangsa cina bersama-sama dengan isterinya dan anak kecilnya.
Sebaik pemandu tersebut keluar dari kereta seperti yang di arahkan, pemuda-pemuda melayu tersebut telah memukul lelaki cina tersebut bertubi-tubi. Kami ternampak juga isteri lelaki cina tersebut telah melarikan dirinya bersama-sama anak kecilnya yang sedang didukungnya menghala kerumah kami. Emak akak yang melihatkan kejadian itu terus turun kebawah dan membuka pintu dapur. Bagai di suruh, perempuan cina tersebut terus meluru masuk kedalam rumah kami.
Pemuda-pemuda melayu yang melihatkan isteri lelaki cina itu lari dan berjaya masuk kerumah kami terus menerpa kerumah kami pula. Mereka meminta emak akak membukakan pintu supaya mereka boleh terus mengambil isteri lelaki cina itu untuk dipukul. Tapi emak akak meminta mereka beredar.. masih teringat lagi kata-kata emak akak, " Aku orang tua... pandang aku ni... hormatkan aku... jangan apa-apakan perempuan cina ini...."
Waktu itu, akak menggigil-gigil melihatkan keadaan fizikal perempuan cina tersebut. Mulutnya berdarah dan sedang menangis sambil memangku anaknya. Emak akak memberikan minuman buat perempuan cina tersebut. Pintu dapur kami dikunci kemas siap letak palang pintu lagi.
Pemuda-pemuda melayu yang mendengarkan kata-kata emak akak pun beredarlah. Mereka pergi semula ke tepi jalan dan kami boleh lihat mereka membuat sesuatu. ( Akak dan emak akak bercerita selepas keadaan menjadi aman ~ Menurut kata emak akak, dia melihat tubuh lelaki cina itu dihumbankan kedalam longkang besar depan rumah kami dan di cucuk-cucuk dengan buluh ) Apabila isteri lelaki cina itu bertanyakan pada emak, emak memberitahu suaminya dah dapat melarikan diri setelah dibantu oleh polis.
Pada sebelah petangnya, emak berjaya memberitahu penyewa rumah kami iaitu Arwah Haji Aris seorang Sarjan Polis dan dengan bantuan Arwah Pak Haji Aris dan sekumpulan polis yang datang kerumah kami mengambil isteri lelaki cina tersebut. Kami pun tak tahulah kemana pula isteri lelaki cina itu dibawa.
Begitulah kisahnya yang terjadi ketika kejadian 13 Mei. Ada keluarga melayu yang diselamatkan oleh kaum cina sewaktu pergaduhan tersebut dan begitu juga keluarga cina yang diselamatkan oleh melayu. Kejadian cina perempuan jual sayur dan ikan yang ingatkan keadaan sudah reda dari pergaduhan di bunuh turut juga akak dengar. Dahulu kebanyakan kaum cina perempuan dan lelaki akan datang membawa kandar bakul penuh dengan sayur-sayuran dan ikan datang berjaja sekeliling kawasan Kg Baru. Tiap-tiap kawasan ada penjajanya. Memikirkan keadaan sudah selamat, mereka meneruskan jualan mereka hingga terkorban.
Kisah punca-punca terjadinya pergaduhan 13 Mei ada akak baca melalui sebuah buku yang dibeli oleh suami. Fahamlah akak kenapa ianya berlaku. Semuga peristiwa seperti itu tidak akan di alami lagi oleh kita dan anak-anak kita. Insya'Allah...
Peristiwa yg amat menyayat hati..moga Allah lindungi Malaysia dari gejala2 sebegitu..Amin
ReplyDeletehajah,
ReplyDeleteSaya ingatlah 'pasar mobile' jualan sayur dan ikan terus ke rumah. Ingatlah Ah Seng yang servis di rumah mak saudara. Guna basikal aje. Setiap pagi bila Ah Seng sampai maka berkumpulah kaum SRT pilih sayur, ikan. Masa 13 Mei akak berada di Section 16, PJ. tak kau kisah pun, tau-tau curfew. Semoga negara kita selamat dan tidak lagi berlaku peristiwa seperti 13 Mei,1969.
salam kak nani...
ReplyDeletememang menyayat hati apabila mereka yang tak berdosa pun turut terkorban. Muga Allah lindungi Malaysia dari gejala2 sebegitu.. Amin YRA.
kak hajah nora...
saya juga mendoakan begitu juga.. Amin.YRA.
Rindu sungguh saya mengenangkan nyonya2 cina yang separuh umur datang terhenjut-henjut bawak dua bakul raga besar di kandar dibahu... bila dah selalu jumpa, mesranya bagai bertemu mak saudara...
terima kasih berkongsi sejarah ni kak
ReplyDeleteharap akan ada lagi cerita2 sejarah ni,sya memang teruja pasal sejarah negara.
sya...
ReplyDeletekebetulan akak berada di tempat kejadian, bolehlah dijadikan cerita buat kenangan... kalau tak, tak tahu juga kisah sebenarnya...
masa kejadian berlaku, akak dalam darjah satu. Setiap kali ke sekolah, akak akan di hantar ke sekolah oleh rakan cina bapa akak. Pada hari tu, akak pelik kenapa jalan raya lengang dan kereta yang akak tunggu tak datang2..Tercongok lah kat tepi jalan raya batu 4 jalan Ipoh tu. Pas tu akak lihat bapa akak datang bersama rakan cina tu dan dia bawa parang. Semua kena senyap...Masa tu kami tinggal di kuarters orang puteh tempat bapa akak kerja. Nasib baik kat situ tak ada apa apa yang berlaku...Bila dah besar sikit, baru lah akak tau pasal peristiwa berdarah 13 mei ni.
ReplyDeletekak ezza..
ReplyDeletekiranya kawasan (jln ipoh) tu lagi menyeramkan sebab bercampur dengan cina... syukurlah tak jadi apa-apa yer...
Salam DM... KZ pun ada story. Masa 13 Mei, bapak KZ baru je meninggal pd 19hb Mac. KZ tinggal dgn arwah mak, abg & adik. Mmg menakutkan.. org kg bunuh sorang cina ni & cuba nak campak mayatnya dlm kawasan kami. Tp sbb gate berkunci, dia org tak terangkat nak campak mayat tu, di tinggalnya mati depan gate.... sampai sekarang tak boleh lupa. Rmh cina tu tak pasal2 di bakar... sbb dia je satu keluarga cina dlm kg tu.
ReplyDeletesalam ziarah kak...bila baca kisah ni..tersentuh hati saya...rasa macam mana keadaan kita semasa peristiwa darurat tu berlaku..saya pernah diceritakan kisah 13 Mei ni oleh ABAH saya...teruja, bersemangat, takut pun ada..harap2 kita masih selesa dan aman di bumi Mlayisa ni..salam perkenalan kak....
ReplyDeleteAkak, 13 Mei 1969, I baru umoq 3 thn 7 bulan 28 hari.. Sdg berbahagia dgn Maktok n Tok Abah..
ReplyDeleteKpg Baru pernah jadi tempat I bermain, Akak.. N also ada 'sentimental value'nya sdiri.. Nnt2 I citer.. (x hingat I penah citer ke tak..)
salam kak zah...
ReplyDeletekesihannya kisah cina tu... dahlah tinggal sendirian di kawasan tu, kena bunuh pulak.. malang sungguh... kekecohan kat tmpt lain, sampai cina tu dibunuh...
salam matahatijiwa..
salam perkenalan buat u juga...
Insya'Allah.. akak juga berharap begitu juga.. amin YRA..
ja...
umoq akak 4tahun 7 bulan 21hari.. kecik sikit dari Aisyah.. ketika umuq lain dari tu, akak tak ingat apa2.. masa 13mei ini akak boleh ingat pakai baju apa.. cawan warna apa..
u belum lg pernah cerita ttg kg baru...
cerita nanti yer....
salam akak..
ReplyDeleteayah saya pun pernah crita gak pasal 13 mei ni.masa tu dia skolah menengah kat beranang,n 9.ari tu..dia ponteng skolah then p kl nak tengok wayang..x ingat kat ner..dia ada bg tau..tapi saya lupa.kira lama gak ar dia ter stuck kat situ..siap nampak org2 melayu kita terbang2 lagi..(silat)
ps...ayah saya keturunan minang gak..asal usul padang...
salam nadhs kayel...
ReplyDeleteakhirnya dapat juga mencari blog nadhs. semuga persahabatan terjalin...
kisah tersekat kat panggung ni, akak pernah dengar dari saudara iaitu dia tersekat dalam panggung federal di Chow Kit. Memang suasananya agak kelam kabut semasa dalam panggung tersebut dan bila dia keluar, dia nampak serupa apa yang ayah u nampak...
Nampaknya kita ni dari rumpun yang sama... welcome...
Ya Allah kak... :(
ReplyDelete