Sunday, June 06, 2010

Ke Delicious lagi....


Sedang rancak berbual dengan teman2... suami hantar mesej... minta jumpa depan panggung untuk menonton Iron Man 2. Lihat jam dah dekat pukul 6ptg. Terus mintak diri dan berkejar pula akak ke tingkat 3 untuk bertemu suami depan panggung. Memang sesak sungguh jadual hari jumaat lalu.

Waktu tayangan dah hampir, kami terus masuk panggung tanpa sempat membeli makanan. Suami assume akak dah kenyang makan tapi sebabkan seronok berbual-bual, makanan dah tolak tepi. Mujurlah Deli, bertindak cekap dan pantas memesan makanan untuk kami semua. Ambil lah serba sedikit. Sekadar mengalas perut kerana bila bertemu kenkawan lama, berbual adalah tujuan/matlamat utama. Masing2 tidak begitu ghairah nak makan melainkan berbual-bual. Reunion dah masuk kali ketiga, tiapkali bertemu.... begitulah yang terjadi.

Kena ada yang initiate ajak makan, ajak bergambar.... kalau tidak.. masing2 sudah tidak kisah nak buat apa-apa selain berbual... Betul2 banyak yg ingin di perkatakan setelah 30 tahun tak bertemu. Ada yang terjadi sewaktu sekolah dahulu tinggal berjiran.. sering kemana-mana bersama-sama.. bila dah berpisah selama 30 tahun.. bertemu dan bersalaman tapi dah lupa siapakah gerangan teman yg disalamnya... hebat betul jarak masa 30 tahun merubah wajah dan watak seseorang itu... (pada yg lebih baik dan bagus..kekdahnya...)

Dalam panggung, akak terasa lapar sangat tapi jalan cerita Iron Man 2 memang best.. sehinggakan perut yg berbunyi menjadi 'boleh ditanggung'. Hebat sungguh aksyen pelakon dan jalan cerita dalam filem itu.

Selesai menonton, suami mengajak makan. Akak mencadangkan kami pergi semula ke Restoren Delicious. Akak ingat nak order olio oglio tapi pergi pilih yang bunyi dalam menu menarik tapi sebab akak kurang suka spaghetti yang ada 'cheese' begini.. tidaklah memikat sangat si tekak minang. Makan pun sikit saja.. perut masih kelaparan. Cumanya air minuman yang akak pesan memang sedap... Soda Lychee dan Lime... Masa dgn kenkawan akak order Raspberry Soda...


Yang hijau dan berdaun pudina itulah Soda Lychee dan Lime...
Suami memilih jus tembikai dan banana smothies....


Suami memang tak boleh berpisah dengan steak... Lupa nama steaknya...

Akak asalnya nak olio oglio tapi baca menu ingatkan yg ini lagi sedap.. memang sedap cumanya si tekak minang tak boleh nak makan spaghetti yg ada kuah cheese.. tekak minang suka spaghetti yg biasa-biasa masak dgn olive oil jer... no cheese...


Selesai makan ingatkan nak pergi tengok barang2 letrik, hmmmm.... kepenatan.... bayangkan dari pagi berkeajr dari opis ke mid valley... jumpa kenkawan duduk berbual 3 jam dan ini dah nak menyampaikan pukul 1000 malam.. mana boleh tahan lagi... terus ajak balik...
hari ahad kemari lagi nak bawa anak nonton Shrek 3.

7 comments:

  1. Sepatutnya masa akak gader2 dgn kengkawan tu kan, ada seorang wanita yang sedang tekun menikmati makanan dan minuman tanpa menghiraukan orang lain yang sedang sibuk berpok pek pok pek gitu..hehehe. Dan wanita itu pula tak kisah kalau sambil2 dia makan, disuruh pula mengambil gambar menggunakan kamera Sonynya yang cute itewww...hahhaa....

    Akak lalu Bidor tak beli PETAIIIIII!!!!!!! Hish, ruginya, RM10 dia boleh dapat setambun!! Boleh makan sambil tengok tv! Hihihi....

    Akak, doktor punya steak tu, kecik bebenor, cukup ke?

    ReplyDelete
  2. lama gak tk g tguk wayang dgn anak2..
    filem shrek 3 dah main ke kt pnggung...rasa nk bawak anak2 g nonton nnti...

    ReplyDelete
  3. fa..
    akak pun menyesal lah tak singgah beli petai...
    akak tak dapat nak bawa perempuan tu sekali sebab perempuan tu bukan selalu datang KL...
    steak tu nampak kecik tapi tebal sungguh, tak sedap... cepat muak...

    ida..
    musim cuti sekolah ni memang sesuai tgk wayang dgn anak-anak... jom...

    ReplyDelete
  4. Kalu saya lak, masuk panggung jer mesti nak usung air. Makan takper, leh tahan, tapi air mesti ada sebab dok dalam aircond tekak cepat kering...

    Lama sungguh tak makan spagheti tuh. Jom kita pi SR bila-bila? hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Mah,

    Tadi dah tulis komen...tapi pandai sangat pi refresh...hilang apa yg saya tulis! hehe!

    Ni nak ulang ler apa yg I tulis tadi...
    bab spaghetti ni, I cuma makan yg masak sendiri, sebab dah difusionkan ke tekak melayu..pedas berasap...baru ada kick! hikhik))

    ReplyDelete
  6. salam akak..

    waahhhh...bestla nengok air tuuu...steak pun nampak best tuu....smlm baru lepas makan steakk..hehehhe

    ReplyDelete
  7. azie..
    td masuk panggung bawa budak2, makan punyalah kenyang, masuk panggung... tgk kjp, terus tertidur... dah nak habis baru bangun... rugi.. nak minum dah tak boleh sebab dah minum masa makan...
    jom.. bila senang, kita dating... azie kerja kat mana?

    lili...
    nanti nak tukarlah resepi spaghetti... biar sesuai dgn selera.

    amy..
    air memang makin banyak restaurant dah pandai buat yg sedap2.. steak tu, akak memang tak berapa enjoy...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata