Setelah membuat entry mengenai pokok mangga di 'dusun' akak yang sekangkang kingkong tu.. banyak 'feedback' yg akak dapat. AKhirnya setelah berbual dengan kawan akak yani @ manjalara di Ipoh, selesai solat zohor, akak bergegas ke Nursery yang selalu akak pergi di BBBangi.
Sebaik masuk ke Nursery tersebut, niat asal yang hanya ingin membeli baja dan tanah telah bertukar menjadi membeli pokok2 buah. Akak teringin sungguh nak merasa memetik buah di pokok shendiwi di halaman rumah shendiwi. Tak kiralah dalam pasu ataupun di tanah. Akak dah tak kira. Cerita Yani @ manjalara bahawa pokok mata kucingnya menjadi-jadi buahnya dan "rasa buahnya yang tersangatlah manis hingga ke tekak..." itulah ayat2 Yani.. akak menjadi begitu teruja untuk membeli pokok mata kucing.
Tapi malangnya yang hanya ada dan sudah berputik ialah pokok Longan. Hmmmmm longan pun lebihkurang mata kucing jugak... Okay ajerlah. Terus akak beli sepohon pokok Longan yang telah berputik sebanyak 11 biji. (Sengaja akak kira supaya nanti akak tahu mana perginya tiap-tiap se'kilo'.... Hahahahahahaha... Verangan.... Baca sajaer, percaya jangan sekali.....)
Ternampak pula sepohon jambu batu yang sedang berputik. Membuatkan akak teruja sangat untuk memilikinya. Nak merasa mengambil buah jambu yang besar (mcm jambu ipoh yg akak beli di sitiawan...), guna gunting.... yer.... gunting juga akan akak beli untuk menggunting buah-buahan yg berbuah tu...
Inilah gambar si Mujibul Rahman yang gigih mencampurkan tanah baja dengan tanah biasa untuk akak menanam pokok2 akak di 'dusun' akak itu.
Selesai urusan membeli, akak dan qeeb ada urusan lain yang perlu dilakukan di tempat yang sama. Misi Mengisi perut.
Qeeb memilih Mee Rojak...
Akak memilih Mee Goreng Mamak. Punyalah dah lama tak kemari.. melepuh-lepuh dalam mulut makan mee yang baru di goreng. Kami tak mintak cendol kerana cendol akan membuatkan akak lagi haus, kami mengambil air sirap sahaja.
(#### nota tambahan:
selepas makan mee goreng ni... petang ni akak terasa mual pulak.. jangan ada sesiapa terpedaya juga nampak kesedapan mee ini.. perut akak dah rasa funny... serius ni....)
Setiba di rumah, akak melihat semula pokok mangga dan pokok limau purut.
Pokok Limau Purut mahu pula berbuah (walaupun se'kilo' dan subur...)
Akak beli 2 biji pasu yang terlebih besar juga. Hajatnya nak mengalihkan mangga yang akak tanam di pasu 2 tahun dulu tapi.... bila akak pulang akak lihat mangga akak tu ada pulak nampak ada tumbuh macam nak ber'bunga'.... Akak batalkan niat nak alihkan pokok mangga tu, takut merajuk pulak 'bunga mangga' tersebut...
(#### nota tambahan lagi...
ada sesiapa yg mahir tentang buah/pokok mangga...
yang keluar tunas tu, adakah bunga mangga ataupun pucuk mangga??????)
Gambar Pokok Longan yang akak ambil di Nursery...
Buah Longan yang sebanyak 11 'Kilo'....
Putik jambu ada 3 'kilo'...
pokok longan dah ada..pokok jambu batu dah ada..tak teringin ke tanam anggur lak..(saja je nak mengapi2kan cik rahmah kita ni..kut2 teruja lak nak tanam pokok anggur)
ReplyDeletesaja je dia menunjuk2 dia makan mee goreng mamak..geram nye..mintak sikit ..ahaks.
yani...
ReplyDeletekat umah awak ada tanam anggur jugak ker?.. tunjukkan gambar..
(siap jengket2kan kening...)
Wah, gigihnya dia! Takpe...berbudi dengan tanah, insyaallah dapat hasil. Tapi I kan dah 'phase out' bab becucuk tanam kat laman ni...(er..yg lagi satu, masih tak reti2 nak slow down!hihi! tergatal ler pulok!!)
ReplyDeleteYelah, I pun setuju nak mengapi2kan Mah macam manjalara cakap tu...'tak nak tanam pokok anggur?'
Hikhik!
Akak, longan memanglah mata kucing (tak lebih tak kurang, kan?).
ReplyDeleteDah beli topi nyonya dan glove lum??
ehem..selamat berkebun! Kena check tiap2 hari.... pagi2 sebelum matahari naik tu, takut2 ada semut, kerengga ke, tak pun ladybird ke...kedhondon x de ke?
ReplyDeletelili...
ReplyDeleteu pun sama macam manjalara.. biar i bagitau...
'anggur itu masam...'. I suka yg manis2 jer...
(sedang memikirkan juga mana nak dicari benih anggur...)
kak som...
kenapa dia panggil longan bukan mata kucing?.. kalau sama, tak sia-sialah i beli..
(esok i cari topi nyonya pulak dgn glove..~ perlukah akak cari 5 set sekali?????)
Fa...
kedhondhon dah 3 kali tanam. 3 kali mati... dah serik...
bila dia hidup subur, hanya sebentar saja merasa memotong buahnya bergugus2.. lepas tu pokoknya mati kerana jangkitan serangga yg menjadikan semua daunnya menjadi putih macam 'snow' turun... buahnya pun jadi tak besar2. lama-lama pokoknya kering. serik nak membeli lagi. 3x jadi cenggitu...
kak
ReplyDeletebila dusun dah menjadi
bolehlah sya datang T.O.L.O.N.G petik dan makan... ;p
sya..
ReplyDeletememang itulah niatnya..
bila buah longan dan jambu boleh dipetik berkilo2..
memang tak habis nak makan anak veranak..
memang akak akan minta kenkawan di sini jugak menolong petik dan menghabiskan.. hehehehehehe.. sedapnya venrangan...
Kawan saya pun sama macam AKAK.. minat tanam2 sampai dia proses sendiri baja (Tinja) utk tanaman dan boleh jual pula.
ReplyDeleteLembu bela sendiri, buat baja sendiri.
Ramai orang beli baja dia utk tanam bunga dan buah, tapi saya langsung takda seni (tangan panas, kata orang). Memang tak pandai tanam menanam...
azie..
ReplyDeleteakak ingatlah..
akak pun jenis tangan panas jugak...
sebab banyak pokok yg akak tanam mati...
tapi, nak tengok yang ini
mati ke hidup...
kalau mati jugak...
SAH lah...
Salam DM... kalau tak silap KZ gambar tu pucuk mangga.. daun nak keluar lg bukan bunga
ReplyDeleteCS... org Siam panggil longan org Msia panggil cats' eye....(tapi tak 100% sure)
Akak, harus beli 5 yg tu dan yg tu *taknak cakap terang2 nanti ada org jelezz*.
ReplyDeleteMama, kekdahnya seperti oren dan orange adalah buah yg sama? *wink*
Amboooooiiii Akak niiihhh!! sempat plak dia berkenalan dgn si Majibul Rahman yg gigih tu..
ReplyDeleteOOOppppsss.. Rahman - Rahmah.. Oh tidaaaakkkk!! Katakan ini dosta belaka!! Mana itu tuan doktor?
Akak, nnt cucu2 Akak bila coti skolah musti balik makan buah2an kat dusun sekangkang kingkong Akak tu..
kak zah,
ReplyDeleteadoi... harap2 jer...
kita dah tempah lori nak hantar buah mangga yg ber'kilo2' tu... pucuk mangga.. si bibik pun tak tahu. memang nak kena hantarin pulang si bibik tu...
kak som...
mmg kena beli 5 juger...
hmmmmmmm.......
ja...
u segala apek u kenal.. i baru nak berkenalan dgn mujibul rahman u dah terkejut... i saja suka tanya nama mat bangla sebab nama depa 'hebat2' bunyinya...
itulah pasalnya, akak gigih menanam sekarang... biar anak cucu dpt merasa buah2an dari dusun 'granny' depa.
amah..
ReplyDeletememang ada tanam pokok anggur..tapi tak memjadi..
sebabnya ada org tangan dia gatal dari satu pasu ke satu pasu dia ubah(tu keja anak sulong teman le tu).
dia merajuk kut terus menemuai ajalnye ..
yani..
ReplyDeletemungkin itu anggur banyak masam... sebab tu tak menjadi...
carilah benih lagi, cuba pulak tanam...