Seawal 800 pagi, Marina dah hantar sms bertanyakan samaada akak ingin ke KL... sebenarnya sejak hari Khamis lepas akak ingin ke KL kerana ada yang hendak di cari... tapi kami akhirnya bersetuju untuk ke KL pagi ini memandangkan kami tidak perlu terkejar-kejar pulang sewaktu anak-anak balik sekolah kerana hari ini cuti sekolah.
Akak beritahu akak hendak menunggu suami habis wawancara di TV1. Marina pun kata dia nak menonton juga. Kami menantikan sehingga pukul 930pagi, maka barulah kami bertolak ke KL.
Gambar ' Doktor dan Anda '....
Mujoqlah....
Selesai rancangan SPM... ( jangan lupa sambungannya di waktu yang sama minggu hadapan...) akak pun teruslah menuju ke rumah Marina. Parking kereta di sana, kami menaiki kereta Marina kerana Marina lagi cekap memandu di KL berbanding dengan akak.
Inilah jurupandu akak kalau akak ingin ke KL ( yang teramatlah jauhnya menurut kata seseorang tu....)
Kami berdua memang belum bersarapan. Akak pernah terbaca di suratkhabar mengenai warong mee rebus ini. Marina mencadangkan kami bersarapan di sini. Syukur Alhamdulillah.., tidaklah begitu susah nak mencari warong Rosli Mee Rebus. Hanya terletak di belakang Bangunan TNB.
Mee Rebus berkuahkan keledek dan terasa rempah ratusnya. Memang di puji.
Kami pernah mencuba mee rebus di suatu tempat tetapi rasanya tidak menepati tekak kami. Marina juga gembira kerana mee rebus yang kami makan ini memang sedap.
Selesai membeli kain-kain untuk dibuat baju kurung hari raya 5 veranak... ( tahun ini pakat anak-veranak pakai baju yang sama kain... B O R I A...) dan juga baju2 akak.... ( ini yg sebenarnya sanggup cari kain sampai KL nun.....) kami membuat persinggahan di rumah Ella. Kami memang selalunya kemana-mana bertiga tapi pagi tadi Ella tidak dapat turut serta. Beli kuih muih dan siap minum petang di rumahnya...
Kami dah bersedia dan bersetuju melantik Puan Marina sebagai Presiden Persatuan Bini-Bini Bangi.... kerana memandangkan kesibukannya asyik menjawap panggilan talipon. Hah!... memang shesuai...
sib baik dia tak tersasul...
ReplyDeletesib baik dia tak guna ganti nama diri pertama macam sesetengah doktor tu...
Fuyoooo! Bertambah glamer ler pasni Doktor yang hensem lagi kacak bermisai nihhh....
ReplyDeleteAmboiiii... baru jap tadi Azie makan Mee Rebus gak... so bila tengok gambar ni, kurang ler rasa teringin nyerr..
doktor...
ReplyDelete(nak ketawa guling2 dulu....)
masa akak bagitau dia.. dia senyum
sib baik sesangat dan dia tak pakai sut merah dan buat wambut funny.....
azie..
ReplyDeleteazie makan mee rebus kat mana?..
(pantang dengar.. nasi lemak dan mee rebus..)
sya tak dapat tengoklah kak
ReplyDeleteminggu depan ado lagi ye?
tolong ingatkan ye..
mee rebus..
mmm..lama syudah tak buat mee rebus
harus cari keledek nih.. ;o
sya...
ReplyDeleteminggu depan waktu yg sama.. TV1....
sya mmg harus cari keledek.. masak lebeh... hantar semangkuk ke bangi... hehhee...
I sempat tgok sat je, Akak.. Bizi sukat jalan semlm, tgok sat tu pun kat umah adik I, sementara menanti depa bersiap nak join I sukat jalan..
ReplyDeleteRaya nnt, mesti ada n3 Kumpulan Boria BBB ek? mesti kiut punyalah!!
ja...
ReplyDeletekalau pasal mem'bayang'kan serah kat ja...
akak pun tak sabar nak antar tempah...
Salam DM.... cepatnya beli baju raya.... apa tema tahun ni? Baguslah kan.... nnt lambat2 tailor tak nak pulak. Tailor KZ di Serdang tau.... dh 20 tahun dgn dia
ReplyDeleteMee Rebus pasar malam jer KAK....:)
ReplyDeletekak zah..
ReplyDeletekalau nasib baik, tailor masih terima tempahan.. puasa pun dah dekat ni... takder tema.. ambil kain ikut cukup sebab dekat 18meter... ada yang berkenan tapi tak cukup.. terpaksa pilih yg lain pulak... jadinya tahun ni kena warna coklat dan oren.. (dah lama tak pakai sama...)
Kak zah tinggal seremban kan.. jauh jugak hantar ke serdang tu...
azie...
sedap tak?.. kadang2 ada yang sedap ada yang sedih nak cakap...