Kami mendapat jemputan dari sepupu suami yang tinggal di Sitiawan untuk hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan sulung mereka. Arahan yang diberikan dari FIL benar-benar menjadi penyebab kami wajib menghadirkan diri. FIL yang telah tiba sehari lebih awal telah memberitahu masa perjalanan yang agak lama iaitu 5 jam dari Kuala Lumpur ke Sitiawan.
Pagi sabtu, seawal jam 700 pagi akak dah dikejut oleh suami supaya bersiap-siap untuk mandi dan bertolak seawal mungkin. Akak yang sedang ABC, harus juga bangun awal pada hari cuti. Rasanya memang malas nak pergi tapi sebagai isteri, kena/wajib kena menemani suami walau kemana jua... ( Tak gitu kak som dan ja??? )
Sebelum meneruskan perjalanan jauh, kami berhenti sarapan di sebuah restoren berdekatan dengan rumah. Selesai makan, perut pulak rasa memulas.. inilah penangan dari roti sardin yang di letakkan sekali hirisan cili api. Akak yang merasakan lebih selesa jika 'buang air' di rumah, terus mengambil kunci kereta dan terus pulang kerumah. Tinggallah suami meneruskan sarapan. 20 minit kemudian, akak tiba semula ke restoren menjemput suami.
Kami pun meneruskan perjalanan seawal pukul 900 pagi. Melalui Lebuhraya Kesas dan Lebuhraya Utara Selatan terus menuju ke Bidor.
Perjalanan menghala ke Utara mengalami kesesakan akibat ramainya pengguna lebuhraya yang ingin pulang bercuti ke kampung ataupun membawa keluarga beristirehat ke pusat peranginan.
Juga pengguna yang harus/wajib menghadiri perkahwinan.
Pemandangan bukit dan gunung-gunung, memang indah...
Lebuhraya dah mula sesak...
Hampir pukul 200ptg, kami pun tiba di UniKL, Sitiawan. Sepupu suami yang bertugas sebagai pensyarah di sana telah menyewa dewan untuk kenduri anak mereka. Kami hanya duduk sebentar untuk menjamu selera dan 30 minit kemudian, kami pun pulang bersama-sama dengan FIL yang telah tiba sejak semalam (jumaat).
Kepenatan dan harapkan suami yang mengambil video pengantin, maka tiadalah gambar pengantin.
Agak terkejut juga kerana di Sitiawan ada sawah padi...
Akak dan MIL sedang menunggu suami dan FIL habis solat. Kami duduk-duduk berbual dalam kereta.
Berkonvoi dengan FIL.
Bukti dah sampai Bidor. Akak pernah mempunyai kenalan yang berasal dari Jeram Mengkuang, Bidor. Jika kami punya banyak masa, tentunya akak dah cari kenalan akak itu. Tapi, perjalanan kali ini tak sesuai... kami dah kepenatan.
Perjalanan pulang yang juga kelihatan pemandangan yang indah.
Berhenti berehat untuk minum petang di Hentian R & R Ulu Bernam, Tg Malim. Kami menjamu selera dengan Mee Kari Istimewa.. memang sedap...
Selesai makan dan minum, kamipun meneruskan perjalanan. FIL teruskan perjalanan hingga ke Melaka dan kami keluar di tol Bangi.
Cukup-cukup penat dan rasanya tidak berbaloi....
Wow, mana tak penat, perjalanan sehari suntuk! Tabik sebab akak berusaha pergi. Fa ni, kalau sepupu yang kawin pun tak tentu boleh pegi....
ReplyDeletefa..
ReplyDelete(nada bisik...)
FIL dah keluar arahan... suami akak anak yang taat.. kami benar2 kepenatan dan tak akan sanggup kalau kena ke sitiawan lagi... sorriiiiii...
akak,
ReplyDelete(lagi perlahan dari bisik)
x pe, x pe, pegi rehat. Malam ni tidor awalll...
Ishh..awal apaaa!!!! Dah pagi dah ni!! Akak..jom kita pegi ngendap Cik Som dgn Cik Ja nak? Hehehe
DM... jemputan kahwin dpd saudara mara 'wajib hadir'... tak baik tak pergi melainkan ada hal yg lebih penting. KZ 5 tahun berulang tiap2 2 minggu dr Klang ke T.Intan...lalu Sabak Bernam, Sitiawan ... Ayim bersekolah di SEMESTI.
ReplyDeleteKalau AKAK bertolak sebaik lepas Subuh, harus leh dapat duduk lama skit.. Cuma masa banyak terbuang di highway yang jem..
ReplyDeleteTakper, yg penting hasrat tertunai, kunjungan keluarga itu penting juga. Kalu bukan kita yg menyokong kaum kerabat, siapa lagi...
Salam ...
ReplyDeleteAkak, wajib dan harus kita temani suami kemana aje dia nak pergi (tapi untuk I, I pilih harus boleh tak?)
Kenduri kendara sedara-mara ... well .. I lah orangnya yang paling ......... (tak sanggup nak habiskan ayat). Apa pun Fa, nape kita serupa?? Hadoii..
Fa...
ReplyDeletesebaik hbs ayat terakhir, akak dah fengsan.. tak dpt nak ikut fa mengacau kak som dan ja...
kak zah..
terima kaseh bg semangat setelah saya rasa 'down' sgt sebab keletihan...
azie..
terima kaseh juga... hati yg geram dah sejuk sikit...
kak som..
i pun cenggitu jugak, malas gi kenduri tapi... arahan yg kuat dari FIL... kami sayang dan hormat pd abah drp sekadar dtg sebab dijemput...