Monday, June 21, 2010

620 ~ Kenangan masa kecik - Umang2.




Bila lihat gambar umang-umang ni semula... teringatlah akak kenangan akak sewaktu kecil dan berkait pulak ceritanya dengan umang-umang.

Masa akak kecik dulu... akak adalah seorang budak yang paling nakal. Ramai yang mengenali akak sejak kecil mengakuinya. Apa saja yang akak tak buat... panjat pokok..(pokok apa yang akak tak panjat?.. maybe pisang dan kelapa jer kot.. yg lain.. semua akak panjat.. lebih2 kalau pokok jambu dan pokok kuini....) main layang-layang.. (tapi tak pernah layang2 dapat melayang..) main polis-polis ( suka jadi polis - menyiasat macam-macam geng)... main askar-askar ( sampai kena panggil 'david' - sebab berlagak macam boy ).. kutip tiket bas ( simpan banyak-banyak...) cari (spider )labah-labah...( tak pernah pun jumpa labah-labahnya - habis segala semak samun belakang IJN dulunya macam belukar kecik, akak dan kawan-kawan redah... )

Sekarang kalau akak pergi IJN, sengaja akak cari tingkap yang ada pemandangan bahagian belakang IJN. Boleh nampak rumah lama akak dan kawasan belukar semak samun akak susup sasap masuk cari kenkononnya 'spider'. Muncung spider pun tak pernah jumpa. Puas jugak memikirkan idea cerdik sapalah yang mengajak kami ramai-ramai masuk belukar semak samun tu cari 'spider'????

Okay.. cerita mengenai umang-umang tadi.

Akak ni tinggal dengan mak sedara iaitu adik kepada mak akak. Namanya Makcik Ramlah. Dia adalah seorang wanita yang begitu tertib orangnya, tidak pandai berbohong, jujur, kata-katanya memang selalu betul. Tapi olehkerana akak ni memanglah terkenal dengan nakalnya... selalulah ada sesi baik dan gaduh dengan makcik Ramlah ni. Bila sesi baik, sayang sangat dengan makcik Ramlah ni. Kalau dia duduk berehat-rehat kat beranda rumah kami, akak akan turut serta dengannya.. mula-mula sama-samalah kami duduk memerhatikan kereta lalu lalang depan jalan besar rumah kami iaitu Jalan Raja Muda. Sekarang dikenali Jalan Raja Muda Abdul Aziz.. Sebelum tu Princess Road... Mula-mula duduk sama-sama.. lepas tu.. sorang budak dah terbaring atas pangku Makcik dia..

Bila lalu kawan baiknya, (kawan baik makcik Ramlah) iaitu Kak Esah... Makcik Ramlah akan tiak ( panggil ) lebih kurang cenggini... " Uuuuttt... Esah!.. tak singgah?.. " Esah yang sedang jalan laju nak pulang kerumah terhenti sekejap.. nampak Kak Esah tu perhati arah kami. Kita yang duduk dalam gelap ternampak-nampak orang yang kena panggil tercari-cari suara yang memanggil. Best sungguh mengenakan dengan memanggil nama orang yang sedang lalu. Banyak juga yang jadi mangsa kami. Kami ni duduk di beranda dengan keadaan gelap gulita. Harapkan sinaran bulan dan lampu ( Kerajaan ) jalan. Kak Esah pun datanglah singgah dan duduklah borak-borak sampai akak pun nak terlena. Akak ni dari kecik suka menyibuk orang tua bercerita.. ( Sebab tu, sampai tua ni suka sangat 'put 2 and 2 together' kekdahnya... ) Kalau pasal si anu, si a, si b... memang akaklah handal....
Bila akak nak terlena, akak akan baring atas pangku Makcik Ramlah.....
( Itu bab kasih sayang ).

( Bab Menaikkan Darah makcik Ramlah ).
Makcik Ramlah ni suka sangat memasak dan membersihkan rumah. Kalau pasal masak.. memang superb. Takder tandingan. Tapi kepantangannya jangan ' mencekop'. Maksudnya ambil makanan tak guna sudu. Terus ambil makanan tu. Kita budak lagi... ( Alasan ) tiapkali makcik Ramlah hidangkan makanan,.. akaklah yang akan mencekop dulu. Dah kena marah. Bila makcik Ramlah tegur.. akak merajuk. Akak pikir makcik Ramlah tak kasi makan. Merajuk sangat. Tak boleh nak pikir makcik Ramlah cuma tak beri akak ambil tanpa sudu. Masa tu pikir Makcik Ramlah ni kedekut. Terus ngadu dengan mak.

Nak ceritanya pula... Mak akak ni memang garang orangnya. Bukannya boleh akak mengadu apa-apa.. sure siapa-siapa yang kena adu tu kena 'sebijik' dua kata dengan mak. Mak pun tanpa periksa.. marah jugak kat makcik Ramlah. Tak fasal-fasal bergaduh dua beradik tu. Tang ni memang akak hiba.. kenapalah akak jahat sangat masa tu... sikit-sikit mengadu kat mak.. sikit-sikit mengadu... menitis airmata akak mengenangkan kisah kejahatan akak terhadap makcik Ramlah.

Jadinya bila dua beradik tu dah bergaduh, Makcik Ramlah pun geramlah kat akak. Kami kan tinggal serumah. Bila dia nampak akak ada kat dapur dan dia nak jalan masuk tandas... dia akan jalan mengiring.. (konon-kononnya tak mahu pandang muka akak...) dia jalan menyenget sebijik macam umang-umang. Kalau mak akak nampak... mak akak akan ketawakan Makcik Ramlah dan kata 'umang-umang'. Makcik Ramlah dengar lagilah marah... siap jeling-jeling lagi.

Tapi... bila kakak sulung pada dua beradik ni datang, iaitu Mak Tua...mereka berdua samaada berlakon ataupun betul-betul akan mula berbaik-baik semula. Akak pun sepertimana budak2 lain masa tu.. mudah lupa.. dan akan bertegur dengan makcik Ramlah semula. Kami masam muka taklah lama......

Rindu sungguh akak pada zaman dahulu. Akak memang paling nakal.... Kalau boleh diputarkan semula masa... seribu keampunan akak ingin pohon dari makcik Ramlah. Banyak dosa akak padanya.
Al-Fatihah buat makcik Ramlah.

5 comments:

  1. Hish..budak2 belum akal baligh lagi, apalah yg Rhamah tahu..sememangnya budak2 nakal kan..
    Tapi kalau kita dah tua bangka masih tak reti2 dosa pahala yakni masih ada sifat mengadu domba then baru lah keji nama nya...

    ReplyDelete
  2. Makcik Ramlah mmg tinggal 'permanent' ke dgn family DM? Kesian makcik Ramlah... nasib baik dia sabar...tak bungkus kain baju angkat kaki pergi duduk tempat lain..... Alfatihah

    ReplyDelete
  3. Kak nani..
    Alhamdulillahlah.. dah tua-tua ni.. perangai serupa macam tu tak saya amalkan.. (agaknya dah puas mengadu masa kecik.. dah besar.. malas dah nak jadi 'reporter karat'..) heheheheheheh

    Kak Zah...
    Makcik Ramlah ni, adik kepada mak saya dan dia tidaklah berkahwin hinggalah akhir hayatnya. Orangna memang baik dan kurus. Nanti saya ceritakan hal makcik Ramlah ni dalam entry akan datang.
    Alhamdulillahlah hati dia tak sampai nak bungkus kain baju duduk tempat lain... (dia memang sayangkan kakaknya dan rumah pusaka tersebut..)

    ReplyDelete
  4. orang dulu² suka panggil kawan wooot woooot gitu kan? hehehe... comel tau!

    ReplyDelete
  5. KGG...
    wah... u pun pernah jumpa 'panggilan' cenggitu... best kan...
    (bagai terdengar-dengar bila u tulis cenggitu..)

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata