Saturday, June 05, 2010

Jejak Kasih siri 3..


Kisah hari jumaat memang padat...
Sejak dari awal pagi, akak keluar bersama-sama suami dan anak-anak ke sekolah dahulu kemudian ke hospital.
Tiba di hospital, akak sempat mengambil angin dan gambar di luar bilik dialysis. Sebenarnya di hospital serdang, terdapat taman-taman kecil yang di hiasi dengan 'landscaping' yg menarik.. terdapat beberapa taman di setiap tingkat hospital. Taman yg ini adalah diluar bilik dialysis.




Sengaja akak ambil gambar bangunan yang kelihatan pada gambar ini. Salah satu tingkat ini adalah CCU. Rupa-rupanya CCU dan unit dialysis kedudukannya setentang.


Sempat singgah di gerai makcik nasi lemak dekat shell dan esso di bangi.
Campuran kari dan sambalnya yang 'superb...'


Bukti dan sebab-sebab mengapa boleh parking senget... sebab 'line' nyer pun senget.


Pulang dari dialysis, berkejar ambil anak-anak di sekolah, hantar pulang kerumah dan keluar semula menemankan suami ke Masjid untuk solat Jumaat. Kemudian, berkejar ke Mid Valley untuk siri Jejak Kasih siri ke 3.

Suami menghantar akak hingga ke depan pintu Restaurant 'Delicious'. Kelihatan Deli, Mariam, Yati dan suzanne telahpun tiba. Selepas upacara salam dan cium-cium... kami pun mulakan berborak.

Bila mengimbau kembali kenangan lama waktu sekolah, kami memang seakan kanak-kanak sekolah semula...

Bergambar dengan suzanne.

Bergambar dengan kak azie dan norjiba.
Kisah akak dan kak azie memang unik... kami pernah menjadi pasangan pengantin sewaktu hari guru 1980.


Olehkerana ramai yang dapat hadir, maka upacara mengambil gambar terpaksa menggunakan 2 segmen...
dari kiri : Akak, Suzanne, Habibah, Ramlah, Salmi, Kak Azie, Yati.

Dari kanan : Norjiba, Faridah, Deli, Mariam, Yati, Kak azie dan salmi....


Syukur Alhamdulillah. Pertemuan yang dirancangkan sepenuhnya oleh Deli menjadi satu lagi siri Jejak Kasih setelah 2 pertemuan terdahulu menggabungkan kumpulan yang berbeza. Semuga hubungan silaturrahim kami akan berterusan hingga keakhir hayat. Amin.

10 comments:

  1. amboi, berderet ramai2 ambik gambar ye... :D

    ReplyDelete
  2. fa...
    kena ada sorang yg bagi arahan...
    masing2 dah macam kena pukau bila dah lama tak jumpa... adlah sorang tu yg keluarkan arahan.. time ambil gambar.. time minum.. time makan... kalau tak, ada yang balik tak bergambar...

    ReplyDelete
  3. Wowww..! seronoknya Jejak Kasih camni.. Mesti jadi kanak-kanak remaja semula tu..

    ReplyDelete
  4. seronok jumpa kawan lama kan?
    sya dah jumpa kakak senior dalam FB
    perkembangan yang sangat baik...

    ReplyDelete
  5. azie,
    memang seronok... macam2 yg terkenang... jd kanak-kanak ribena dan milo semula...

    sya...
    teramatlah seronoknya...
    jika ada masing2 kelapangan, buatlah reunion.. bermula kecil2an, kemudian akan menjadi besar2an...Insya'Allah...

    ReplyDelete
  6. akak one of the camerawomen la ye...kalau Aicah ada mesti dia suruh tunjuk peaceeeeee....hehe

    ReplyDelete
  7. fa...
    ramai yg bawa camera, tp yg uploadnya akak sorang jer.. manalah makcik2 yg lain ni?... (hah! tgh geram lah ni, panggil makcik...)masa amik gambar, dekat 5 kamera.. gambar yg upload inilah satu...
    Fa...
    semalam akak lalu pekan bidor, nampak petai banyak betul nak singgah konvoi dgn abah... taklah singgah mana-mana.... sebab nampak petai teringat entry fa dengan sambal udang petai... teringat-ingat...

    ReplyDelete
  8. Semlm ada Jejak Kasih skolah rendah I dolu, tp I tak pi sbb buat kat Aloq Staq.. Nak ajak TK pi pun dia dah tak sanggup sbb dlm seminggu dah 5 kali pi balik A Staq..

    Nak nyampuk Akak dgn Fa.. Akak tau tak Akak, petai Bidor mmg sedapppp.. I kalau pi KL utk mkn angin, mmg dkt sampai Bidor I ajak TK ikut jln persekutuan, tanak pakai PLUS hiway, semata2 sbb nak singgah beli petai kat pekan Bidor tu..

    ReplyDelete
  9. biasa le akak...kameranye banyak...yg uploadnye sorang..kalau teman ada..teman boleh jadi kamera man gak..
    selalunye kita berdua je suka upload gambar bila ada jejak kasih ni..siap le nanti 1 ogos nanti ambik gambar sampai habis 'kodak'..hahaha

    ReplyDelete
  10. ja...
    nyesai sungguh tak singgah beli....
    betul2 nyesai...(nak hantuk kepala kat meja...)

    yani...
    betul.. yg lain mmg maleh...
    u dgn i jer yg 'efisien..' kan...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata