Monday, June 28, 2010

627 ~ Isnin yang mencabar...



Seperti biasa.. setelah 2 hari berehat-rehat di rumah... pagi ini kena bersiap-siap untuk ke Opis. Punyalah malas bila tiba hari Isnin.
Tapi terpaksalah juga... Untuk itu akak cuba nak ceriakan hati dengan memakai baju warna Unggu... Tak mahu pakai warna biru...

Tiba di opis.. singgah beli makanan di kantin dahulu. Nampak nasi lemak, nasi goreng dan mee. Rasanya dah muaklah nak makan nasi lemak, cuba ambil lontong bersama-sama dengan kuah kacang.

Mesin pulak pagi ini meragamlah pulak. Lama jugaklah menunggu nak siap. MA Rozi dah cucuk jarum tapi masih tak boleh nak disambungkan kerana mesin agak meragam. Nak pindah tempat duduk rasa malaslah pulak sebab segala-galanya dah di keluarkan dari beg dan kalau nak kena pindah, kena kemas semula. Start balik semula. Berdoa muga2 mesin okay...

45 minit kemudian, setelah MA Rozi mencuba tutup mesin dan buka semula... mesin pun nampaknya dah okay. Kira tak payahlah pindah memana....
Dah siap pasang semua akak pun terasa lapar sangat. Tekak pulak rasa tak lalu pulak nak makan lontong. Minta bibik belikan nasi lemak. Kesudahannya Nasi Lemak jugak...

Selesai makan nasi lemak dan secawan kopi panas... relax menonton ER. Rindu betul dgn Dr Greene. Layan sampai 3 episod.

Masa tinggal lagi seminit nak habis, nampak darah beku di saluran darah (blood line) yang arah jarum masuk. Panik sebentar dan panggil SN Ros. Mujurlah SN Ros datang segera dan berikan bantuan, Jika sekiranya termasuklah darah beku tersebut dalam salur darah (fistula) mahunya jadi kerosakan pada salur darah. Tentu sekali kena 'repair' dan leceh nak kena buat appointment. Sebaik SN Ros keluarkan darah beku tersebut, rasa lega semula. Syukur Alhamdulillah.

Terima kaseh SN Ros...

11 comments:

  1. salam akak....

    lama tak menyinggah ek..sihat ke tu..
    moga ceria..

    ReplyDelete
  2. salam kak
    suspen sya..
    nasib akak perasan kan?
    syukur alhamdulillah... ;p

    ReplyDelete
  3. kalau gitu, akak kena lah sentiasa perhati. Pernah berlaku ke sebelum ni?

    ReplyDelete
  4. salam amy...
    alhamdulillah.. sihat sebenarnya..cuma kena penyakit 'monday blues'.. tiap hari isnin memang kena... tapi hari ni jadi lagi teruk bila mesin meragam dan darah membeku...

    Sya..
    ALhamdulillah... mujur memang tak leka tertidor ke.. sebab kalau darah beku dah masuk, jadi masalah lain.. Akak punya BP naik tadi sebab panik...

    Fa..
    memang sepatutnya pesakit jangan tertidor.
    1. takut tertarik tangan yg dicucuk jarum hingga jarum tertanggal..~ bila dah tertidor manalah kita sedar..
    2. kalau jadi begini ataupun BP tiba-tiba rendah, jika kita tidor.. boleh bawa maut sebab tak siapa perasan apa yg terjadi pada kita sebab dlm satu2 masa ada 20 pesakit. Petugas tak boleh nak jaga semua. Ada pesakit kena serangan jantung sedang dialysis, duduk jauh dari kaunter (pilihan pesakit yg mahu jauh dari kaunter) meninggal ketika sedang dialysis. Kesihan petugas sebab mereka yg dipersalahkan. Walhalnya pesakit yg hendak 'privacy'.

    ReplyDelete
  5. sib bek darah beku tu tak sempat nk masok..isk..
    ai ni pulak kan kak...dah 2 hari kencing berdarah. biasa mmg berdarah la kalau tgk ngan microskop tu. tp ni terang2 nampak. dah gi klinik tadi, doc ckp biasa sbb badan ai tgh x sihat. Tp rasanya kalau smp esok pon berdarah lagi mmg kene menyerah diri kat sepital...isk..risau!

    ReplyDelete
  6. Ai..
    Eloklah Ai buat pemeriksaan berkaitan dgn kencing berdarah tu. Rasanya tidak elok juga kalau tidak mengetahui puncanya.
    Akak doakan muga2 Ai tidak ada apa-apa yg memudharatkan.. Insya'Allah.

    ReplyDelete
  7. Salam Mah,
    dengar cerita u, mencabar sungguh buat dialysis ni yer. Kerana dah rutin, mah nampak relaxs jer kan. Semoga mah terus sihat dan ceria slalu hendaknya..

    ReplyDelete
  8. Salam DM.... apa2 yg melibatkan hospital mmg KZ takut....Cousin KZ kata buat dialisis sakit... dia pun buat 3 kali seminggu ...tp DM relaks je... boleh makan2 lagi ... syukurlah semuanya OK

    ReplyDelete
  9. Akak, syukur xde masaalah berbangkit dan berbangun..

    I memula couldn't believe my eyes bila Akak kata dah muak dgn nasik lemak.. Baca sampai habis, hmmmppphhh!! nasik lemak jugak akhirnya!!

    ReplyDelete
  10. akak, tajuk tu hari Isnin yang mencabar....hari ni buatlah entry hari Selasa yang menyewonokkan!!! heee...

    ReplyDelete
  11. Salam Yati...
    kalau diikutkan, dialysis ni memang mencabar. Macam2 boleh terjadi. Tapi, alhamdulillah.. bila dah tau serba sedikit taklah begitu susah sangat.. lagipula petugas dan teman sama2 dialysis byk beri semangat...

    Kak Zah...
    awal2 terpaksa berulang ke hospital, memang sesuatu yang tidak menggembirakan tapi alhamdulillah.. bila makin lama keyakinan tu makin kuat. Penting bila persekitaran semuanya bersama dengan kita...

    Ja..
    Entahlah.. akak pun sendiri tak percaya kenapa akak tak boleh tinggalkan nasi lemak macam akak tinggalkan boipren dulu?.. kuat betul tarikan nasi lemak... hehehehehe...

    Fa..
    Thank you.. bagi tajuk untuk hawi ini...
    Akak pun dah buntu sebenarnya... kita tengok hari selasa menyewonokkan ke tidak... baru pukul 930pg... belum sewonoklah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata