Tuesday, June 01, 2010

Restoren Makanan Cina Muslim Pertama di Bangi


Sekembalinya suami dari kerja, suami beritahu bahawa Restoren Makanan Cina Muslim Mohd Chan Abdullah telah dibuka. Kami memang menanti-nantikan tarikh pembukaannya.
Malamnya selesai solat isyak, akak dan suami pun terus menuju ke restoren tersebut.

Melihatkan pada menunya, lebihkurang sahaja dengan Restoren Haji Sharin Low di Bukit Antarabangsa.
Pssttt Fa... Jika u ke Bangi... boleh sangatlah u kemari...

Sambutan dari peminat makanan cina muslim memang amat-amat menggalakkan. Terdapat banyak kereta-kereta yang di 'parking' diluar premis restoren.. Untunglah kebanyakan kedai-kedai yang berdekatan dengan restoren tersebut belum dibuka sepenuhnya. Jadinya kebanyakan kereta yang memenuhi 'parking lot' kesemuanya adalah pengunjung restoren tersebut. Kedua-dua tingkat restoren tersebut penuh dengan pengunjung.

Tanpa berlengah, akak dan suami pun membuat pesanan.

Udang Goreng Butter.


Itik Panggang.

Baby Kailan dan sos Tiram.

Daging Goreng Halia.

Tauhu Kukus.


Rasa masakannya memang menepati citarasa kami.
Selamat mencuba.

23 comments:

  1. AKAKKKKK.... sedap nyer makan. Tingin nak cuba. Kalu saya, utk menu chinese style ni, saya suka Yee Mee Kungfu ker.. Kuew Teow Cantonese kerrr.. Wantan kerrr... perhhh!

    ReplyDelete
  2. fuyyyooooo kakkk...sedapppnyeeee makanan tuuu...ehehhehe...semangatnye tgk ..hehe

    ReplyDelete
  3. kat kj ada 1 tmpt chinese food kak...
    aritu 1st time pi rasa...
    sedap gak

    ReplyDelete
  4. azie...
    kesemua yg azie sebutkan ada di sini... marilah mencuba...

    amy..
    mmg memenuhi citarasa selera... jom join makan...

    ReplyDelete
  5. mimi...
    jika kena gayanya.. masakan cina muslim mmg sedap... selamat menjamu selera...

    ReplyDelete
  6. ada address/GPS point kak?
    butter prawn tu sgt menarik...

    ReplyDelete
  7. baru terbaca dalam blog Cik Manggis semalam.....aduhhh duh duh....bila la nak ke Bangi ni?

    ReplyDelete
  8. doktor..
    ada branch kat kelana jaya
    B-G-06, jln SS6/20, Dataran Glomac,
    Pusat Bandar Kelana Jaya,
    (behind bank islam)
    017-882 8861
    selamat mencuba.....

    ReplyDelete
  9. fa...
    dah tak perlu lg fa cuba jauh2 mcm kota damansara-dong yi shun tu.. kat bangi dah ada...:-)
    anak fa dan abg fa pun ada di bangi...

    ReplyDelete
  10. kadang2 gi kat cawangan kelana jaya dia...air amra/asam boi dia sodapppp

    ReplyDelete
  11. harus pergi nih
    dekat bangi tu berhampiran bangunan apa kak?

    ReplyDelete
  12. wokeyyy...
    thanks Akak!!
    selamat 'mencuci'!!!

    ReplyDelete
  13. sya...
    dekat dgn PKNS..
    alamat:
    30, jln medan pusat 2C, seksyen 9
    (belakang papparich)
    Pusat Bandar Baru Bangi
    tel: 019-6133808...
    selamat menjamu selera...

    doktor...
    no problemo...

    ReplyDelete
  14. Akak, kalau Akak dengaq bunyi mcm ayaq ujan menitis kat atas bumbung kete Akak tu, ketahuilah Akak, itu sebenaqnya bunyi ayaq lioq I yg menitis tis tis.. terlioq tgok gambaq mknan kat sini!!

    ReplyDelete
  15. saya tak pandai makan chinese food nih. tapi buttered prawn adalah kegemaran!!!

    http://twinkywinykstars.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Di Sungai Udang Melaka ada sebuah kedai Nasi Ayam yang diusahakan oleh keluarga Cina Muslim. Nasi Ayam Hainan,cita rasa chinese style, complete dengan sayur taugeh. Ramai juga peminatnya.

    ReplyDelete
  17. ja..
    jika sampai banjiq besaq kat sg petani.. taulah akak pasai apa...

    salam kenal drama mama,
    terima kaseh menyinggah...
    buttered prawn memang the best....

    kak hajah nora,
    Insya'Allah akan saya cuba... boleh bagi alamat atau nama kedai???

    ReplyDelete
  18. Akak, dari semalam I kuar masuk kat 'restoran' you nih namun gewammm sbb gambar kothong jer. Dahlah tu, internet cam sloth bila I berada diruang udara restoran you nih... (cari peluang habis2an berleter).

    Ja oh Ja ... jom kita banjir kilatkan 'restoran' Akak nih.

    ReplyDelete
  19. kak som...
    kesiannyer... dahlah dalam keadaan tak shihat..
    mahaplah banyak-banyak kerana kesulitan yang dihadapi..
    hehehehehehehhehe..... ja memang dah nak hampir banjirkan kereta i.. u pulak nak banjirkan restoren i... lencunlah kami anak veranak...

    ReplyDelete
  20. mmg sedap..z dah cuba ngan aida....Ni aida kata kat bangi ada kedai tupai-tupai

    ReplyDelete
  21. rozi..
    memang sedap... kat jln reko memang dah bukak tupai-tupai... hmmm.. bertambahlah jumlah kedai makan best kat bangi ni....

    ReplyDelete
  22. Emm my husan cina tpi xpndai msk cina

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata