Sunday, June 20, 2010

617 ~ Memenuhi jemputan Kawan.


Akak dijemput oleh teman baik sewaktu di Mekah untuk menghadiri Majlis Kenduri Kahwin anak sulungnya di Taman Tun Dr Ismail. Kami dah mengenali sejak tahun 1992 sewaktu sama-sama mengerjakan ibadah haji. Kami ditempatkan sebilik bersama-sama 7 orang jemaah lagi dan hubungan baik kami berkekalan hinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.

Kami ditempatkan satu bilik bersama-sama Kak Ani (Arwah), Kak Anumma, Noridah, Mazihan, ibunya Mak Nah, ibu saudaranya Mak Dah dan Kak Munirah. Kami Kak Anumma dan Kak Munirah adalah jemaah dari Kuala Lumpur maka selepas ibadah haji kami masih meneruskan hubungan baik kami. Seringkali kami bertemu setiap jumaat untuk makan-makan di tempat pilihan masing-masing. Kak Anumma bekerja di Bank Negara Malaysia manakala Kak Munirah pula mempunyai firma arkitek sendiri.

Tahun lepas sewaktu Kak Anumma mengadakan Majlis Walimatulurus anaknya, akak tidak dapat datang kerana waktu itu kesihatan akak memang tak berapa baik. Kak Munirah dan suami turut menziarah akak di rumah dan di hospital sebaik mendengar akak tidak sihat.

Sewaktu akak tiba di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail, suami Kak Munirah, Hj Amaladdin yang menjadi Penyambut para tetamu kelihatan amat terkejut melihatkan kedatangan akak. Tak terkata akibat terkejut. Dia yang pernah menziarah akak di Hospital sewaktu akak di CCU dengan keadaan yang agak teruk, tidak menyangka akak akan datang juga ke Majlis anaknya. Tak puas-puas dia memandang bagaikan tidak percaya. Bayangkan kali terakhir dia melihat akak berat akak hanyalah 49kg.. terlalu lemah dan tiba-tiba sewaktu kami bertemu semalam akak dahpun 65kg... Nampak sihat.

Sewaktu berjalan masuk, akak dan suami mengangkat hadiah ini untuk kedua mempelai.


Inilah Puan Hajjah Munirah teman baik akak sewaktu di Mekah. Dengan beliau dan suaminya akak dapat menjalankan ibadah melontar tanpa sebarang masalah. Dan sewaktu akak bernikah, dialah orang kuat yang banyak membantu. Pergi shopping baju nikah dan ke Masjid untuk bernikah pun bersama-sama dengannya. Memang besarlah pertolongannya dan banyaknya kenangan diantara kami.
Kebetulan pula warna baju akak memasuki tema pengantin sekeluarga.


Pasangan pengantin iaitu Siti Amalina dan pasangannya.
Siti Amalina ini adalah anak kembar sulung kepada Kak Munirah.
Selamat Pengantin Baru dan semuga berkekalan kasih sayang dan jodoh hingga ke akhir hayat.



6 comments:

  1. Best friends forever, kata remaja sekarang.

    ReplyDelete
  2. kak hajah nora...
    Best Friend biar seribu..
    musuh.. jangan.. walaupun satu...
    pepatah 2010... heheheheheh

    ReplyDelete
  3. Semoga persahabatan kita pun berpanjangan hendaknya.... amin

    ReplyDelete
  4. Best betul masih berhubung dgn kawan lama yg selalu memberi dab menghulur bantuan.
    Moga persahabatan kekal dan utuh hendaknya.

    ReplyDelete
  5. Akak,
    Selama 6 tahun I berulang alik ke Taman Tun tu, tapi dah 14 thn tempat tu kian asing bagiku.. *sigh*

    *Nak teka apa ada dlm kotak hadiah tu. Hmmm..hmmm...

    ReplyDelete
  6. kak zah...
    Amin..Ya Rabbal Alamin....

    kak nani...
    Alhamdulillah.. dan Insya'Allah...
    Memang seronok bila bertemu kembali...

    kak som...
    nak teka?... boleh...
    tekalah...

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata