Tuesday, June 15, 2010

609 ~ Ozooom



Tiapkali Aisyah ingin menonton Tv sedangkan ibunya memang sedang menonton.. Aisyah suka meminta ibunya bermain ozom dengannya. Niatnya jika ibunya kalah, ibunya kena berhenti menonton dan biarkan Aisyah yang menonton cerita kegemarannya.

Aisyah : Ibu, jom ozooooomm...

Ibu : OK...

Aisyah : Ozoooooommmmmm... (sambil buat bentuk batu...)

Ibu : (Buat bentuk gunting....) Aisyah kalah... Ibu gunting batu, sampai putus...

Aisyah : Alah... (Tak puas hati...) jom ozom balik...

Aisyah : Ozoooommmmmmm.. ( sambil buat bentuk ular...)

Ibu : ( Buat bentuk gunting ) Aisyah kalah... ibu gunting, ibu boleh gunting ular... hahahahahah..

Asiyah : Alah..... ( Lagi tak puas hati...) jom ozom balik semula... sekarang saya jadi buaya...

Aisyah : Ozooooommmm... ( sambil buat bentuk buaya...)

Ibu : ( Buat bentuk batu ) Aisyah kalah... ibu batu.. batu baling kat buaya, buaya berdarah.. lepas tu buaya mati... hahahahahahahahhaha..... seronoknya....

Aisyah : Alah... ibu ni asyik menang..... jer... ( dah mula nampak awan mendung dan akan hujan..)

Tiba-tiba berbunyilah dari bilik air...

Abah : ( Sambil buka pintu bilik air..) Ibu, seronoknya menyakat anak sendiri.....

Hah! terus ibu diam..... Ibu teruskan menonton tanpa gangguan.... Aisyah lari ke bilik kakak-kakaknya.

Ibu : ( Dalam liver) Siapa suruh kacau ibu tengah tengok tv.. memanglah nak cari nahas....


14 comments:

  1. Anak konon2 sulung memberontak!

    Batu kena gunting??? Nih kena bawak kemuka pengadilan dunia ... Tak aciii..

    ReplyDelete
  2. CS..
    mujuqlah aisyah belum pandai lagi..
    habis tu.. main ozom mana ada ular dan buaya?..
    memanglah aisyah nak terkena....

    ReplyDelete
  3. siannye kat budak tetik tu... :P tp cerdik. pepandai je tambah asom ada boya + ular! ekekekeke

    ReplyDelete
  4. ozooomm..akak dr kata tadi

    kebiasaan cara pemakanan, dan tabiat kita boleh diubah
    tp lelaki tak boleh diubah melainakan di thailand, tp kenyataan w/pun berubah tetap lelaki jugak

    lg satu, orang lelaki lebih berisiko tinggi menghidap penyakit jantung
    salah satu faktor pemakanan, merokok dsbgnya

    mmm..banyak lagi, tp tak dapat nak ingat sebab tengok ala ala
    intai kami antara nampak saje... ;p

    ReplyDelete
  5. Ai..
    budak kecik tu tak tahu mak dia dah main ozoomm sejak 46 tahun dahulu... dia nak lawan memang mencari nahas...

    Sya..
    doktor byk cakap pasal pemakanan...
    kami sedang melawan nafsu makan...
    kami dah kurangkan makan...

    ReplyDelete
  6. tak aci ibu main tipu..ada ke gunting boleh menang ngan batu..batu kalu baling kat gunting,gunting boleh patah ooo..tak aci..tak aci..ibu main tipu..

    ReplyDelete
  7. salam akak..
    ni kalau ida main ozooom dgn akak or aisyah mst kalah ni, sbb tk biasa main...

    ReplyDelete
  8. tipu!!!!!!!!!!!!
    buaya boleh makan batu!!!
    mana boleh gunting batu!!!!
    mah nak ajar Aisyah...'gunakan roket!!! sure semua kalah!!

    ReplyDelete
  9. yani...
    hahahahaha..inilah kelebihannya punya anak kecik.. boleh buliiii.....

    ida..
    kalau ikutkan main dgn aisyah, mmg akan kalah saja.. dia akan keluarkan macam-macam bentuk yg kita hidup dah 46tahun pun tak pernah nampak...

    doktor..
    akhirnya aisyah gunakan dua-dua tangan buat bentuk 'love'..
    dia akhirnya menang....
    sebab ibu dia 'love' anaknya...

    ReplyDelete
  10. Syuatu hari nanti, itu AISYAH akan pandai juga main ozom tuuu... masya tu IBU Aisyah myesti kalahhh...

    ReplyDelete
  11. azie..
    umur baru 5 tahun dah buat bentuk tambahan ular, buaya dan love... mak dia yg dah 46tahun pun tak pernah jumpa bentuk tu...

    ReplyDelete
  12. Akak, nak menakai skit kat sini..

    Boleh dak sambung citer, apa jadi lps Aisyah lari ke bilik kakak2nya??? aaauuuwwww!!

    ReplyDelete
  13. ja..
    tak dak apa ah...
    ibu aisyah mana buleh kena tegoq..
    dah muncung...

    ReplyDelete
  14. he style has lived much longer than its Abercrombie clothing counterparts from the 1980s; it may be because of its relatively abercrombie Jeans inoffensive style or because people just love Abercrombie Pants animals, but it's less frowned upon.Today you can find high quality blanket and sheet Abercrombie Tees sets in a cheetah print. These are common enough that you could even go to a department store and find them, Abercrombie Shorts so you should have no problem finding cheetah printed sheets and blankets if they are what you are looking for. These can be a great accent to a more contemporary home theme Abercrombie Sweaters , though obviously are not great for homes that are more conservatively or classically decorated. Curtains that have this type of pattern are more difficult to come by.

    ReplyDelete

Jemputlah Komen barang Sepatah Dua Kata